Friday, 14 September 2012

SI RATU PUJANGGA KARYA EMAS




  • SI RATU PUJANGGA KARYA EMAS

    Jika kita menulis hanya memikirkan
    untuk keberuntungan duniawi
    sampai bilapun kita tak ke mana...
    itulah satu-satu karya yang
    digilap...digilap...di gilap...
    tapi tak juga berkilau-kilauan
    kasihan si pujangga itu
    terpedaya dengan karya yang satu itu...
    usia dah senja masih lagi mahu gilap karya
    yang satu itu agar digilap menjadi emas...
    jika sampai mati juga tak jadi emas gimana
    alamat mati kempunan sajalah kita....
    pujangga menggilap karya sendiri agar jadi emas....
    jika ditakdirkan mati belum tentu jadi emas malah
    tidak dipandang sebelah mata sudahlah masa hidup
    terus menggilap-gilap karya sendiri tapi tetap juga
    dibakulsampahkan memang kasihan terpedaya
    dengan iluisi karya sendiri yang mahu dijadikan emas.

    Karya rakan sastra yang tak ada nama
    walaupun berkarya ratusan karya di katakan
    macam pasir berdebu tak berharga...
    karya yang sudah ada nama juga yang disanjung
    yang dijadikan idola...
    kalau beginilah sikap si pujangga yang menggilap
    karya sendiri untuk dijadikan emas...
    dan bila jadi emas baru dilamar si media massa
    bermakna dia terpedaya dengan ilusinya sendiri
    sampai bilapun ilusinya tak akan menjadi kenyataan
    andai kata jadi kenyataan dia akan terus mendabik dada
    tika dia diiktirafkan Ratu Pujangga Dunia...dia akan
    berkata begini..."Lihatlah dunia....!!!
    Inilah hasil karya yang kugilap sejak puluhan tahun dulu...
    kini sudah menjadi karya emas...
    satu saja karya sudah jutaan ringgit nilaian ....
    lihatlah dunia...siapa aku Si Ratu Pujangga Karya Emas!"

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    13 September 2012
    Like ·  ·  · Thursday at 11:03am
  • BANGSAWAN DIRAJA, TUAN PUTRI RMBA NIAGARA'

    CERMINLAH DENGAN HATI AGAR SERUNAI JIWAMU BENDERANG

    Bercerminlah dengan hati agar serunai jiwamu benderang,
    ...Continue Reading
    Like ·  ·  · Thursday at 9:44am
  • MISTERI KEHILANGAN RAJA INDONESIA

    Hai Garuda diRaja ke mana kah mahu kamu terbang itu?

    Tuanku Putri mahu tahu ke mana hamba hendak terbang?
    ...Continue Reading
    Like ·  ·  · Thursday at 9:36am
  • PERJUANGAN DALAM BERKARYA TAK BOLEH PAKSA

    Duhai rakan sastraku...

    Sastra adalah satu perjuangan
    Dengan rasa ada sukarela
    Jika dilantik tanpa setuju mereka yang dilantik
    Akan jadi sepi juga
    Mereka bukan tidak mahu
    Tapi mereka ada banyak komitmen
    Tugas yang terikat
    Persatuan..kerjaya...keluarga dan sebagainya
    Semua orang boleh kata boleh atas dasar minat
    Tapi mereka tetap juga terikat dengan masa
    Makanya kita tak boleh paksa untuk memaksa
    Yang pentig kita faham keadaan mereka
    Dan mereka akan rasa dihargai kerana memahami mereka
    Jadinya jika mereka dengan secara sukarela bukan paksa rela
    Untuk menyandang jawatan itulah yang terbaiknya
    Dalam perjuangan tiada paksaan
    Seperti kamu menyiarkan karya-karyamu
    Tiada siapa memaksa menyiarkan karya
    Dan bila kamu sudah menyiarkan karya
    Kamu tak boleh paksa orang baca karya kamu
    Dan like karya kamu dan komen karya kamu
    Tak boleh... tak boleh... tak boleh
    Itu di luar bidang kuasa kamu untuk memaksa

    Tapi aku tak kisah jika di grup orang
    tak baca tak like tak komen
    kerana itu hak mereka

    Tapi jika dia jadi rakan fb aku
    dia mesti memberi sokongan
    habis habisan padaku
    kerana itu aku ambil mereka
    jadi rakan fbku
    jika mereka sepi menyepi
    aku ucapkan selamat tinggal
    duhai rakan fb kerana aku
    tiada masa untuk menunggu
    maafkan aku

    Itulah arti perjuangan
    Dalam sasterakuduniaku
    Jika kau nak tahu

    Kau minat sastra
    Aku minat sastra
    Dan semua di sini minat sastra
    Tapi biarlah dengan cara tersendiri
    Jangan sesekali kita mengajar mereka
    Kerana mereka lebih arif daripada kita
    Kita ambil tahu sajalah karya kita

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    12 Sept 2012
    Like ·  ·  · Wednesday at 9:42pm
  • KARYAKU BAGAIKAN KACA YANG TAK BERNILAI

    Duhai rakan sastra ...
    kenapa kau bilang karyaku
    bagai kaca yang bertaburan tanpa nilai

    aku berkarya
    pagi petang siang malam bersiaran
    tanpa henti memerah kodrat pemikiran
    kamu bilang macam itu...
    kenapa adakah kamu sakit
    hati setiap karyaku bersiaran
    sedangkan kamu menyiarkan karya kamu
    aku tidak pun sakit hati
    malah aku suka
    berkaryalah semahumu
    tiada siapa yang melarang
    kita di grup ini lagipun
    bukan sama-sama cari makan
    kerana karya yang disiarkan
    bukan dibayar satu sen pun
    dan tak terfikir pun hendak
    mendapatkan pengiktirafan
    karya sehebat sasterawan negara
    ahh...siapalah aku penulis yang tiada nama
    lainlah kau penulis yang sudah ada nama

    bagiku biarlah orang kenal karyaku
    tak kenal aku pun tak apa

    kalau aku tahu aku akan
    dijemput oleh 20 grup
    untuk menyertai ahli mereka
    aku akan gunakan nama pena saja
    tapi aku tak tahu
    apa yang akan berlaku
    tanpa tahuku

    sebelum ini setiap karyaku
    aku hanya gunakan nama samaran saja
    kerana aku tak mahu orang kenali aku

    aku gunakan nama pena
    putri rimba niagara
    ratu rimba niagara
    itu pun menjadi isu
    berangan hendak menjadi
    putri dan ratu konon

    aku sentiasa sedar aku siapa
    tiada siapa-siapa
    nama pena putri dan ratu itu
    hanyalah untuk
    mengundang ilham
    untuk mengarang
    watak kerabat diRaja
    tak lebih dari itu
    salah ke
    itu pun memegang watak
    putri dan ratu rimba niagara
    yang memerintah kerajaan penghuni rimba
    bukan penghuni manusia
    takkan itu pun nak sakit hati

    makanya aku harap dengan
    penjelasan aku ini ...harap
    kau sudi memahami dunia
    sasteraku yang aku dambakan
    dalam hidup ini ...
    dan aku sentiasa sedar karyaku
    tidaklah sehebatmu
    seperti yang kau katakan
    bagaikan bertaburan
    kaca yang tiada nilainya
    aku terima kata-katamu
    dengan hati sebagai insan
    yang terlalu kerdil
    pabila aku berkarya

    moga kau teruskan
    perjuanganmu
    menghasilkan karya
    yang hebat berkilauan-kilauan
    seperti permata berlian
    hingga nilaiannya
    dipuja dipuji manusia
    hingga kapan pun
    karyamu adalah pesona dunia
    yang mengagumkan
    si pengagum sastera
    aku sentiasa sedar aku tidak setandingmu
    menghasilkan karya yang puitis-puitis
    siapalah aku yang menulis
    terperuk di hutan belantara
    Rimba Niagara
    hanya puisiku
    dihayati diminati oleh
    seluruh penghuni
    Rimba Niagara
    dan aku tenang
    berkarya di sini
    aman... damai... tenteram...

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    12 Sept 2012

    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
    15 Sept 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;