Saturday, 15 September 2012

PANTUN RATU CUKUP BERKESAN RIMA DAN RANGKAP DIJAGA INDAH


    • OLDER POSTS
    • Salam persahabatan nusantara
      Dari jauh hamba datang
      Untuk saling bertegur sapa
      moga berpadu ukhuwah kasih sayang
      Like ·  ·  · 15 hours ago
      • Yahya Isa ...
        Diambil juga buah salak,
        asam kelubi jauh di muara;
        biarlah jasad dipisah jarak,
        dalam hati terasa mesra.
      • Rabeah Mohd Ali Dalam hati terasa mesra,
        Senyuman menguntum menjawab salam;
        Kita serumpun melayu senusantara,
        Menyambung ukhuwah berkirim salam.
      • Yahya Isa ...
        Termenung resah puteri mengidam,
        dihulur manisan kerabu mangga;
        menyambung ikhuwah berkirim salam,
        menyubur warisan karya pujangga.
      • Rabeah Mohd Ali Karya pujangga warisan bangsa,
        Untuk dihadiahkan cucunda tercinta;
        Senusantara berpadu berbahasa,
        Bahasa melayu bahasa bangsa.
      • Yahya Isa ...
        Kuanggap emas rupanya suasa,
        kemas jahitan di lengan busana;
        Bahasa Melayu bahasa bangsa,
        terjejas dirancu penderhaka durjana.
      • Rabeah Mohd Ali Bahasa melayu bahasa bangsa,
        Akan dimartabatkan tanpa jemu;
        Tak akan berani si penderhaka durjana,
        Pejuang sastra pertahankan bahasa melayu.
      • Rabeah Mohd Ali Bangunlah para pejuang bahasa bangsa,
        Lalaimu pertahankan akan kecewalah moyangmu;
        Makanya kau disandarkan harapan anak bangsa,
        Agar bahasa bangsa melayu menjadi kebanggaanmu.
      • Rabeah Mohd Ali Para pejuang tak akan biarkan,
        Bahasa bangsa dipersendakan;
        Disepikan di biarkan tanpa dipedulikan,
        Bahasa bangsa warisan moyang kesayangan.
      • Yahya Isa ...
        Berlegar Aduka menanti di taman,
        Berserah sahaja melihat nyonya;
        Agar bahasa menjadi kebanggaan,
        Dikerah semua menobat daulatnya.
      • Rabeah Mohd Ali Daulat bahasaku daulat bahasaku,
        Kita bersama mendaulatkannya;
        Tanpa rasa takut di hatiku di hatimu,
        Lambang cinta pada anak bangsa.
      • Yahya Isa ....
        Rendang dinda tidak bersisa,
        sedap dimasak khasiatnya kaya;
        Lambang cinta anak bangsa,
        Sederap gerak terus berkarya.
      • Rabeah Mohd Ali Indah sungguh kanda berpantun,
        Penuh adap penuh sopan;
        Karya dinda karya kepahlawanan,
        Untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.
      • Yahya Isa ....
        Pantun ratu cukup berkesan,
        rima dan rangkap dijaga indah;
        Untuk memartabat bahasa kebangsaan,
        Berganding kita menyusun langkah.
      • Rabeah Mohd Ali Pantun tuan apa kurangnya,
        Lagi dibaca tercetus idea;
        Ingin aturkan langkah setelitinya,
        Agar segala matlamat dalam izin-Nya.
      • Yahya Isa ...
        Bersinar permata nilam taranya;
        Hiasan berseri di songkok mahkota;
        Agar segala matlamat dalam izin-Nya,
        Ikhlaskan hati dan bertawaduk kita.
      • Rabeah Mohd Ali Setiap langkah adalah perjuangan,
        Memartabatkan bahasa jiwa bangsa;
        Agar kita tidak merasa penyesalan,
        Berpanjangan hingga tiadanya kita.
      • Sri Mawar .
        Bantal kekabu rasa selesa
        tidur malam membuai lena
        bahasa indah tunjukkan bangsa
        sastera kita merungkai makna.
      • Yahya Isa ...
        Busana dinda bertatah ratna,
        cantik buatan harganya mahal;
        sastera kita merungkai makna,
        bagai beliung memotong tebal.
      • Sri Mawar ,
        Rasa hati amatlah bebal
        kasut di curi di tengah laman
        bagai beliung memotong tebal
        kukuh berseni sepanjang zaman.
      • Rabeah Mohd Ali Sastera kita merungkai kata,
        Untuk ditinggalkan generasi tersayang,
        Dari sekarang kita seia sekata,
        Tanda generasi kita kasih dan sayang.
      • Rabeah Mohd Ali Kukuh berseni sepanjang zaman,
        Begitu hebatnya bahasa ibunda;
        Bahasa ibunda tak akan ketinggalan zaman,
        Kerana kitalah generasi penerus tinggalan ibuda.
    (PETIKAN DARIPADA  GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
    16 Sept 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;