Ratu Rimba Niagara shared a status.
ITULAH AKU
Kalau aku hanya harapkan wang royalti
hasil penulisanku
Sudah lama aku jadi pengemis di jalanan
Mana tidaknya karyaku yang diterbit
Boleh dibilang dengan jari
Sudahlah boleh dibilang dengan jari
Dapat royaltinya pun tidak seberapa
Itu belum lagi dihantar ke meja penerbit
Awal-awal lagi sudah dibakul sampahkan
Sedangkan aku tertunggu-tunggu bilakah
Karyaku disiarkan di dada akhbar
Aku tak kisah kalau tak dapat wang hasil dari karyaku
Tapi yang aku mahukan karyaku dibaca oleh semua insan
Aku terus bersabar menantikan karyaku disiarkan
Biarpun puluhan tahun lamanya aku terus bersabar
Biarpun aku hampa karyaku tidak disiarkan
Aku redha kerana Allah mahu mengujiku
Aku terus berkarya dan terus
Sahabat setiaku adalah
Rohku sahabat setia yang ajak berbual dengannya
Alam teman bicaraku
Haiwan yang melata
Berbicara dengan malaikat
Kalam Allah
Zikir padaNya
Berdoa padaNya
Mengadu segala permasalahan padaNya
Membuat baik sesama insan
Semuanya itu menenangkan jiwaku
Aku tenang dan bahagia dengan hidupku begitu
Biarpun di kiri kananku cubaannya
Bagaikan tsunami datang membadai
Kutempuhi dengan air mata kecekalan
Asalkan Kekasihku tahu aku sabar dengan ujianNya.
Kerana dengan ujian yang pelbagai rupalah
Aku diKurniakan ilham yang mencurah-curah untuk menulis
Baru kini aku mengerti Duhai Kekasihku
Syukurku dalam sujudku
Menangis aku terharu dengan KurniaanMu yang amat berharga ini
Kalau nak difikir secara logik siapalah aku
Yang tak ada kelulusan apa dalam pelajaran
Bukan pelajar yang pintar
Cuma berbekalkan minat dan bakat Anugerah dariNya
Tanpa harapkan mana-mana penerbit lagi
Untuk menyiarkan karya-karyaku
Aku siarkan di Alam Maya
Di blogku kusiarkan apa saja yang terdetik di kalbu
Teman facebookku juru runding bahasaku
Pada merekalah tempat pengkritik karyaku yang sejati
Mereka semua sumber inspirasi untukku berkarya
Terima kasih teman-teman facebook semuanya
Sokongan daripada kalian yang tidak berbelah bagi
Aku hargai dan tersanjung di kalbu
Jika aku ditakdirkan menjadi penerbit buku
Akan kuberi royalti secukupnya pada penulisku
Jika karya yang dihasilkan tidak seberapa
Dana kepadanya akan kuberikan
Agar dia dapat berkarya semahunya
Jika karyanya tidak berkualiti
Akan kuajak teman-temanku yang pakar bahasa
Mengajarnya tentang bahasa indah bahasa puitis
Bahasa ilmu yang dimahukan pembaca
Kan kubimbing
Kan curahkan ilmu
Apa saja karyanya akan dibedah
Sebelum disiarkan pakar-pakar bahasa akan membantunya
Atau dia boleh siarkan di blognya
Sebanyak manapun mahunya
Asalkan dia penuh yakin karyanya itu
Kalau dia mahukan karyanya di jadikan Galeri
Akan kuturutkan kemahuannya
Akan kubangunkan sebuah istana indah untuk Galerinya
Agar dapat dipertontonkan kepada yang sudi datang
Aku akan berbangga kepada penulis tersebut
Kerana minatnya sama dengan minatku
Cita-citanya sama dengan cita-citaku
Dia tak ubah sepertiku
Bahagianya bahagiaku
Dan itulah aku.
Karya: Rha NS
27 Julai 2011Ratu Rimba Niagara shared a status.
YANG BAIK SEMUANYA DATANG DARI ALLAH
Lima belas tahun lalu aku dijemput menjadi
tetamu Allah di Mekah Mukarramah
Permergiaan aku ke sana ditaja oleh keluargaku
Aku pergi bersama ibu dan anak saudaraku.
Dirasa bagaikan mimpi pabila sampai di sana
Air mata tertumpah dalam kesyahduan Cinta
Dirasakan Allah terlalu dekat denganku
Di mana-mana mereka Mengagunngkan Allah
Membaca Kalam , berzikir tanpa jemu ,
Bertawaf , Bersaie. membaca Al-Quran
Ketika bersaie aku teringat pengorbanan
Siti Hajar mencari air untuk anaknya Nabi Ismail
Menangis aku dalam syahdu
Ketika bertawaf teringat Nabi Ibrahim
Mendirikan Kaabah bersama anaknya Nabi Ismail
Ketika menzirahi makam Rasullullah,aku teringatkan
perjuangan Rasulullah dan kasih sayang Rasulullah kepada umatnya
Menangis aku dalam syahdu
Ketika menziarahi perkuburan Baqi' menangis lagi aku
mengenangkan keluarga Rasullullah dan sahabat-sahabata Rasulllullah
dan pejuang-pejuang islam yang syahid di medan perjuangan ketika
menengakkan Agama Islam
Beribadat di Mekah Mukarramah seperti aku mengalami alam
akhirat...semuanya mengangungkan Allah semuanya tertumpu
pada Allah...di hati tiada yang difikir hanyalah Allah
Allah Alllah Allah
Kau Yang Maha Agong
Kau Yang Maha Besar
Kau Yang Maha Berkuasa
Kau Yang Maha Menentukan
Beribadat di Mekah Mukarramah seperti tidak mahu pulang
Alangkah bahagia menjadi warga Mekah Mukarramah
Semuanya mengangongkan Allah
Semuanya ingat mati
Semuanya mahu hidup dalam beribadat
Semua mahu mati dalam ibadat
Semuanya mahu menjadi kekasih Allah
Semuanya mahu menjaga tingkah laku tutur kata
Agar tidak melanggar murka Allah
Tutur kata di sana adalah doa mustajab
Justeru mereka berkata yang baik-baik
Belum lagi berdoa baru terdetik saja di hati Allah makbulkan
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Baru saja aku terdetik hendak membeli Surah Yassin
Seorang hambbal Allah telah memberikan aku surah Yassin Masya-Allah
Aku mengisi masaku di Masjidilharam
Aku membeli tasbih dalam kadar yang banyak
Tujuannya aku akan menghadiah kepada mereka yang
telah menyemak bacaan Yassinku
Guru-guruku semuanya muslimah Arab
Mereka faham apabila aku menggunakan bahasa isyarat agar mereka
sudi menyemak bacaan Yaasin yang ku baca
Setelah habis kubaca kuhadiahkan tasbih kepada mereka
Mereka terus memelukku dengan kasih sayang dan berdoa untukku
Terharu aku sangat-sangat
Kerana taksub dengan guru arab untuk menyemak bacaanku
Selalunya tak pernah permintaan aku dihampakan oleh muslimah arab
Entah macam mana di depan aku ada muslimah arab yang berpudah
yang tak nampak wajahnya...ku pergi duduk sebelahnya dan terus
membaca ayat Yassin...setelah habis kubaca kuhadiahkan tasbih untuknya
Aku menangis syahdu besarnya KuasaMu Tuhan...Kau tak pernah menghampakan
aku....Kau sentiasa benarkan selagi mendapat redhaMu Allahu Akbar
Kehidupan beginilah yang kumahukan...mendapat redhaMu Ya Allah
Yang amat kukagumi pada muslimah arab ini...mereka kuat ibadat
Keyakinannya pada Allah seratus peratus
Amat menghargai orang yang membuat kebaikan padanya
Aku kesihan melihat mereka sakit-sakit kaki dan aku ambil air zam-zam
merenjiskan kakinya sambil mendokankan supaya kakinya sembuh
mereka memelukku dan selepas itu berdoa panjang untukku
bila seorang sudah melunjur kaki berbaris melunjur kaki
Terima kasih Ya Allah kerana izinkan aku membuatkan kebaikan yang kusuka
Satu lagi tak dapat kulupakan di pagi Jumaat, pintu Kaabah dibuka
kelambu Kaabah ditukar yang baru...Selepas sembahyang sunat dhuha
aku berdoa mengadap pintu Kaabah yang terbuka luas...tidak jauh daripada
situ, aku ternampak seorang muslimah arab tua terbaring lemah
yang peliknya aku orang lalu lalang tapi tidak memperdulikannya
aku segera mendapatkannya dan memangkunya...kuberinya minum air zam-zam
dan menyapu air zam-zam ke wajahnya yang sudah berkedut seribu
"Aku berdoa untuk kesembuhannya."
Dengan izin Allah dia sembuh dan terus bangun dari pembaringannya. Dia terus memelukku dan berdoa.
Sedang aku terfikir-fikir kenapa tiada orang mahu membantunya...nenek
tua itu hilang sekelip mata. Masya-Allah! Subhanallah! Allahu Akbar!
Ya Allah setiap yang baik semuaNya datang dariMu Ya Allah
Kau terimalah aku sebagai hambaMu yang suka membuat kebaikan
Hidup dalam kebaikan dan mati dalam kebaikan
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
1 November 2011Ratu Rimba Niagara shared a status.
Inilah hikmah di sebalik pertemuan yang DiaturNya pada kita ...agar saling berkongsi ilmu tanpa jemu tanpa bosan hingga ke penghujung nyawa....Amin Insya-Allah
ALLAH TIDAK MENGHITUNG BERMULANYA KAMU TAPI MENGHITUNG DI AKHIR HAYAT HIDUP KAMU MAKANYA SENTIASALAH BERPRASANGKA BAIK DENGANNYA BERSIAP SEDIA DENGAN BEKALAN YANG ADA NILAIAN DI SISINYA. UNTUK MENDAPAT BEKALAN YANG ADA NILAI DI SISINYA...ILMU ADALAH PENTING....Ratu Rimba Niagara shared a status.
KAULAH PERMATA DALAM SEJUTA
Duhai sahabat permata hati...
Darimu aku belajar banyak perkara:
Berkasih sayang demiNya
Menjalinkan ukhuwah talisiraurrahimi
Menghargai sahabat biarpun berlainan benua
Berkawan tidak memilih darjat keturunan
Mengalah demi menjaga hati
Tidak berputus asa
Erti sabar
Erti kehidupan
Erti kemanusiaan
Berlawak jenaka yang tidak mengguris hati
Sentiasa tenang
Kemurnian hati
Erti cinta
Saling membantu
Saling memahami
Kerendahan hati
Merendah diri
Bertolak ansur
Pemurah
Pemaaf
Tak sombong
Jiwa korporat
Jiwa kepahlawanan
Jiwa cintakan Agama Bangsa dan Negara
Tidak semua orang ada sikap seperti ini....
KAULAH PERMATA DALAM SEJUTA!
Moga dengan sikap-sikap mu Allah SWT meredhai hidup dan matimu.
AMIN AMIN AMIN YA RABBAL A'LAMIN
Karya Rha NS
15 Mac 2012Ratu Rimba Niagara shared Ratu Rimba Niagara's photo.
CINTAILAH AKU SEBAGAIMANA SETIANYA OMBAK MENGHEMPAS PANTAI!Ratu Rimba Niagara shared Ratu Rimba Niagara's photo.
DEMI KASIHKU KERANA-NYA DARAHKU SEBAGAI TINTA!!!Ratu Rimba Niagara shared a status.
BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
6 Jun 2012
WWW
0 comments:
Post a Comment