(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA &
" SEMOGA BAHAGIA SAMPAI SYURGA"
Ratu Rimba Niagara shared Kami taat setia Kdymm Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota Kelantan's photo.
- DI SYURGA KASIH KITA TERSIMPUL MATI
RAKYAT BETA YANG DIKASIHI,
MARILAH BERSAMA BETA;
PERTAHANKAN BUMI MALAYSIA INI,
SUSAH SENANG KITA BERSAMA.
BETA PERTARUHKAN NYAWA,
DEMI RAKYAT MALAYSIA TERCINTA;
INILAH TANDA CINTA BETA,
PADA RAKYAT & MALAYSIA TERCINTA.
TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SEINCI,
DI BUMI BERTUAH MALAYSIA INI;
KITA LAYARKAN PERJUANGAN ILAHI,
AGAR KITA SEMUA DIBERKATI.
USAHLAH DIBIMBANG DUHAI RAKYAT,
KASIH BETA ADALAH MENGUTAMAKAN RAKYAT;
KERANA ITU TANGGUNGJAWAB BETA PADA RAKYAT,
BERUSAHA SELAGI DAYA MAJUKAN RAKYAT.
JANGANLAH DARJAT MEMISAHKAN KITA,
DARAH KITA WARNA YANG SAMA;
BERSAMALAH MAJUKAN NEGARA KITA,
SUSAH SENANG KITA BERSAMA.
ANDAI BETA DIJEMPUT ILAHI,
JAGALAH BUMI BERTUAH MALAYSIA INI;
AGAR DAPAT GENERASI WARISI,
BARULAH TENANG DI SANA NANTI.
KIRIMAN DOA AMAT DINANTI,
JANGAN DILUPAI SAMA SEKALI;
ALAM BARZAH TEMPAT ABADI,
SEMENTARA QIAMAT DATANGI.
MOGA KITA BERTEMU LAGI,
DI SYURGA NEGERI ABADI;
SEGALA KEINDAHAN DIKECAPI,
DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
(GURINDAM KALBU DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SULTAN KELANTAN & SELURUH RAKYAT KELANTAN KHUSUSNYA DAN MALAYSIA AMNYA)
4 Syaaban 1434H
14 Jun 2013M - MARILAH BERSAMA BETA SUSAH SENANG KITA BERSAMA
TUANKU DIRAJA SULTAN KELANTAN BERJIWA PAHLAWAN FISABILILLAH DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA AKAN DIPERTAHANKAN SEHINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI
RAKYAT BETA YANG DIKASIHI,
MARILAH BERSAMA BETA;
PERTAHANKAN BUMI MALAYSIA INI,
SUSAH SENANG KITA BERSAMA.
BETA PERTARUHKAN NYAWA,
DEMI RAKYAT MALAYSIA TERCINTA;
INILAH TANDA CINTA BETA,
PADA RAKYAT & MALAYSIA TERCINTA.
TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SEINCI,
DI BUMI BERTUAH MALAYSIA INI;
KITA LAYARKAN PERJUANGAN ILAHI,
AGAR KITA SEMUA DIBERKATI.
USAHLAH DIBIMBANG DUHAI RAKYAT,
KASIH BETA ADALAH MENGUTAMAKAN RAKYAT;
KERANA ITU TANGGUNGJAWAB BETA PADA RAKYAT,
BERUSAHA SELAGI DAYA MAJUKAN RAKYAT.
JANGANLAH DARJAT MEMISAHKAN KITA,
DARAH KITA WARNA YANG SAMA;
BERSAMALAH MAJUKAN NEGARA KITA,
SUSAH SENANG KITA BERSAMA.
ANDAI BETA DIJEMPUT ILAHI,
JAGALAH BUMI BERTUAH MALAYSIA INI;
AGAR DAPAT GENERASI WARISI,
BARULAH TENANG DI SANA NANTI.
KIRIMAN DOA AMAT DINANTI,
JANGAN DILUPAI SAMA SEKALI;
ALAM BARZAH TEMPAT ABADI,
SEMENTARA QIAMAT DATANGI.
MOGA KITA BERTEMU LAGI,
DI SYURGA NEGERI ABADI;
SEGALA KEINDAHAN DIKECAPI,
DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
(GURINDAM KALBU DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SULTAN KELANTAN & SELURUH RAKYAT KELANTAN KHUSUSNYA DAN MALAYSIA AMNYA)
4 Syaaban 1434H
14 Jun 2013M
RAKYAT KELANTAN AMAT SANJUNGI
Sultan Kelantan berhemah tinggi,
Memerintah Kelantan adil saksama;
Rakyat Kelantan amat sanjungi,
Raja dan rakyat saling bekerjasama.
RATU RIMBA NIAGARA
6 Ogos 2012
17 Ramadhan 1433H
BALASLAH KASIH SAYANGNYA DENGAN RAHMAT KASIH-MU
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan
Seorang hamba yang benar zuhud
Mengutamakan rakyat lebih daripada
Kepentingan sendiri
Segala masalah rakyat ingin dibantu
Sedaya mampu
Masalah rakyat masalah baginda juga
Hari-hari yang difikirkan
Rakyat...rakyat...rakyat...
Hidup baginda sepi tanpa rakyat
Kasih sayang baginda pada rakyat
Tidak berbelah bahagi
Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
Hinggakan rakyat tidak merasakan
Yang berada di sisi mereka seorang raja
Yang berkuasa memerintah seluruh negeri Kelantan
Namun apabila berbicara dengan baginda
Masih menjaga adap
Berbicara bahasa istana penuh sopan
Hinggakan seluruh rakyat Kelantan
Berasa amat terharu dengan
Sikap rendah diri raja mereka
Pada baginda
Apalah ertinya pangkat
Jika pangkat itu tidak memberi
Apa makna kepada rakyat
Dan baginda amat takut
Apabila tanggungjawabnya
Sebagai seorang raja akan
Dipertanggungjawabkan
Di akhirat kelak
Apa yang hendak
Dijawabkan nanti jika
Baginda lalai dengan tanggungjawabnya
Pada rakyat Kelantan
Ya Allah...
Kau Maha Penyayang
Kau Maha Memahami Isi Hati
Kau pandanglah kasih sayang raja kami ini
Kau balaslah kasih sayangnya pada kami
Dengan rahmat kasih-Mu
Dan balaskanlah dengan balasan Syurga
Dan kami jua mahu bersamanya
Menikmati Syurga-Mu
Penuh kasih sayang
Berkat ikhlasnya hidup berkasih sayang
Kerana-Mu tika di dunia
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
14 April 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL & KHAI NOOR & PUTRI RIMBA NIAGARA)
8 Mei 2012
(DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
6 Ogos 2012
PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Semua benda ada penciptanya,
Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
Apa dicipta penuh bijaksana,
Demi kebaikan seisi alam.
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
i) Ampun tuanku beribu ampun,
khilaf patik harap diampun;
Di setiap karya patik nyatakan,
Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.
ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
Rela berkorban nyawa demi negaraku;
Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
1Malaysia sayangkan negaraku.
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Di parlimen tempat besidang,
Para pemimpin pilihan rakyat;
Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Negara aman ketangkasan polis bertindak,
Menggadai nyawa membanteras jenayah;
PDRM & ATM berjiwa patriotik,
Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
Jiwa tenang setenang air di kali ;
Seruan yang indah kata yang santun,
Pasti membaca berulang kali.
ii) 1Malaysia idea Perdana Menteri,
Galakkan rakyat bersatu padu;
Pelbagai kaum hormat menghormati,
Agar negara terus di mercu.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 April 2013 - Tuanku Sultan sedang bersalaman dengan Rakyat Jelata... Allahu Akhbar
- DI SYURGA KASIH KITA TERSIMPUL MATI
RAKYAT BETA YANG DIKASIHI,
MARILAH BERSAMA BETA;
PERTAHANKAN BUMI MALAYSIA INI,
SUSAH SENANG KITA BERSAMA.
BETA PERTARUHKAN NYAWA,
DEMI RAKYAT MALAYSIA TERCINTA;
INILAH TANDA CINTA BETA,
PADA RAKYAT & MALAYSIA TERCINTA.
TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SEINCI,
DI BUMI BERTUAH MALAYSIA INI;
KITA LAYARKAN PERJUANGAN ILAHI,
AGAR KITA SEMUA DIBERKATI.
USAHLAH DIBIMBANG DUHAI RAKYAT,
KASIH BETA ADALAH MENGUTAMAKAN RAKYAT;
KERANA ITU TANGGUNGJAWAB BETA PADA RAKYAT,
BERUSAHA SELAGI DAYA MAJUKAN RAKYAT.
JANGANLAH DARJAT MEMISAHKAN KITA,
DARAH KITA WARNA YANG SAMA;
BERSAMALAH MAJUKAN NEGARA KITA,
SUSAH SENANG KITA BERSAMA.
ANDAI BETA DIJEMPUT ILAHI,
JAGALAH BUMI BERTUAH MALAYSIA INI;
AGAR DAPAT GENERASI WARISI,
BARULAH TENANG DI SANA NANTI.
KIRIMAN DOA AMAT DINANTI,
JANGAN DILUPAI SAMA SEKALI;
ALAM BARZAH TEMPAT ABADI,
SEMENTARA QIAMAT DATANGI.
MOGA KITA BERTEMU LAGI,
DI SYURGA NEGERI ABADI;
SEGALA KEINDAHAN DIKECAPI,
DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
(GURINDAM KALBU DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SULTAN KELANTAN & SELURUH RAKYAT KELANTAN KHUSUSNYA DAN MALAYSIA AMNYA)
4 Syaaban 1434H
14 Jun 2013M
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Semua benda ada penciptanya,
Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
Apa dicipta penuh bijaksana,
Demi kebaikan seisi alam.
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
i) Ampun tuanku beribu ampun,
khilaf patik harap diampun;
Di setiap karya patik nyatakan,
Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.
ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
Rela berkorban nyawa demi negaraku;
Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
1Malaysia sayangkan negaraku.
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Di parlimen tempat besidang,
Para pemimpin pilihan rakyat;
Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Negara aman ketangkasan polis bertindak,
Menggadai nyawa membanteras jenayah;
PDRM & ATM berjiwa patriotik,
Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
Jiwa tenang setenang air di kali ;
Seruan yang indah kata yang santun,
Pasti membaca berulang kali.
ii) 1Malaysia idea Perdana Menteri,
Galakkan rakyat bersatu padu;
Pelbagai kaum hormat menghormati,
Agar negara terus di mercu.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 April 2013
PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARADANA SASTRA/SASTERA NUSANTARA KARYA RATU RIMBA NIAGARA DISIARKAN BERTUJUAN MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA SENUSANTARA
RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA
Bertolong-tolonglah kamu dalam berkebajikan kerana
itulah bekalan untuk dibawa ke alam akhirat...
itulah harta yang abadi kamu punya.
Moga dimurahkan rezeki melimpah ruah atas kebajikan
yang diberikan kepada rakyat. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Syukur Alhamdulillah Raja kami dimurahkan rezeki melimpah
ruah berkat doa rakyat atas keperihatinan membela nasib rakyat.
Kuasa raja yang diKurniakan Allah adalah untuk dimanfaatkan
kepada rakyat. Syukur kami dikurniakan raja berjiwa rakyat.
RAJA & RAKYAT BERPISAH TIADA.
DAULAT TUANKU!
Syukur Alhamdulillah Raja kami dimurahkan rezeki melimpah ruah
berkat doa rakyat atas keperihatinan membela nasib rakyat.
Kuasa raja yang diKurniakan Allah adalah untuk dimanfaatkan
kepada rakyat. Syukur kami dikurniakan raja berjiwa rakyat.
RAJA & RAKYAT BERPISAH TIADA.
DAULAT TUANKU!
Ya Allah murahkan rezeki kerabat diRaja Kesultanan Siak Sri Indrapura
atas niat suci membela nasib rakyat yang memerlukan.
Turunkan Rahmat Kasih-Mu sehingga ke akhir hayat raja dan juga rakyat .
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rima Niagara
4 Syaaban 1434H
13 Jun 2013
WARKAH UNTUK GROUP MAJLIS PENERUS KESULTANAN SIAK SRI INDRAPURA MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kepada Yang DiMuliakan Tengku Kamaruddin Haji Sani...
yang sudi menjemput patik ke Group Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura Malaysia seterusnya melantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura Malaysia.
Syukur Alhamdulillah dengan izin-Nya hamba dijemput ke Majlis Kerabat diRaja Kesultanan Siak Sri Indrapura , Malaysia. In Shaa Allah selagi terdaya dan mampu menyumbangkan karya dan idea kepada ahli para Majlis yang dihormati dan disanjungi sepenuh hati sepenuh iman...In Shaa Allah AAmiin.
Sudah hampir tiga tahun hamba menjadi sahabat Tengku Kamaruddin...ketika di awal perkenalan...Tengku banyak membantu hamba berkarya bertemakan kisah diRaja. Hamba katakan pada Tengku ..hamba suka mengarang kisah-kisah diRaja dan berharap Tengku sudi memberi sokongan/dukungan. Tengku dengan senang hati sedia memberi kerjasama dengan menyiarkan sejarah-sejarah diRaja Kesultanan Siak Sri Indrapura di wall baginda . Hamba benar teruja. Dan hamba rasakan bagaikan mimpi mendapat bahan-bahan penulisan bertemakan diRaja. Sebelum ini hamba mengarang kisah dongengan tentang diRaja. Berkat persahabatan di alammaya ini...hamba berjaya menulis kisah-kisah diRaja pelbagai tema dengan begitu banyak sekali. Hampir ratusan teater bangsawan diRaja hamba karangkan berbentuk puisi, pantun , syair dan gurindam. Hamba teruja dengan karya-karya hamba sendiri kerana hamba minat sangat dengan dunia diRaja ...hingga hamba wujudkan kerajaan hamba sendiri iaitu kerajaan Rimba Niagara.
Seluruh rakyat hamba adalah penghuni rimba niagara dan hamba dilantik oleh rakyat hamba sebagai Ratu Rimba Niagara yang menjadi Raja memerintah Rimba Niagara. Bukanlah hamba ini taksub sangat atau perasan hendak menjadi Raja atau Ratu...tapi demi penghayatan yang mendalam pada watak Raja & Ratu. dengan memegang watak Ratu menjadi sumber kekuatan hamba terus berkarya bertemakan Kisah diRaja. Maka lahirlah teater bangsawan diRaja ,'PUTRI RIMBA NIAGARA & TUAN PUTRI RIMBA NIAGARA'. Nama pena hamba RATU RIMBA NIAGARA @ PUTRI NILAM PURNAMA.
Nama hamba Putri Nilam Purnama diberi oleh rakan yang setia memberi sokongan/dukungan kepada karya-karya hamba dari kerabat diRaja Jembal Kelantan Khai Noor yang tidak mahu memakai gelaran Tengku. Yang lucunya yang benar raja tak mahu gunakan gelaran tengku yang hamba bukan raja gunakan gelaran ratu....hinggakan ada yang mengatakan hamba ini taksub ingin menjadi raja@ratu. Rasa malu memang lah ada sebab tiada terlintas sedikit pun di hati ini untuk menjadi raja atau ratu. Ini cumalah nama pena untuk penghayatan mengarangkan kisah-kisah diRaja . Kerana dunia hamba adalah karang mengarang sejak dari kanak-kanak lagi hamba minat menulis.
Begitulah terujanya hamba dalam dunia sastera yang hamba minati. Semua tema hamba minati. Sejujurnya hamba ini bukanlah seorang yang bijak pandai boleh menulis pelbagai tema.... tanpa izin Allah swt hamba tak bisa menulis biarpun satu ayat . Bakat menulis hamba ini adalah Kurniaan dari Allah swt dan hamba amat bersyukur tanda rasa bersyukur hamba menulis selagi mampu dan daya hamba.
Karya-karya yang hamba karangkan...In Shaa Allah andainya diizinkan Allah dibukukan , dipentaskan, difilemkan dijadikan filem animasi...diterjemahkan dalam pelbagai bahasa...punyai sebuah kota buku. Karya-karya hamba semuanya ada di kota buku tersebut ...jika kota buku itu menjadi realiti...itulah dunia fantasi jadi realiti...mereka bila masuk ke kota buku itu akan merasa sesuatu kelainan yang luar biasa...bagi kanak-kanak pastinya tidak mahu beranjak bila masuk ke kota buku yang hamba beri nama, "KOTA SASTERA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA" di kota itu segala karya sastra yang selama ini fantasi ceritanya di pentaskan untuk dipertontonkan kepada pengunjung yang datang....di kota itu ada taman permainan kanak-kanak, galeri, perpustakaan, pementasan teater bangsawan diRaja, Universiti Kreatif Sastera Ratu Rimba Nigara dan banyak lagi ." Itulah impian hamba dalam dunia sastera yang hamba minati ini. Jika Allah izinkan inilah harta warisan yang hendak hamba tinggalkan kepada anak cucu Nusantara tersayang. Samada berjaya atau tidak berjaya hamba serahkan kepada Tuhan. Hamba sudah usaha sedaya mampu kepada Allah lah hamba bertawakal. Harap rakan-rakan grup sudi mendoakan ya.
"Ya Allah Kau Kurniakan aku bakat menulis aku syukur Ya Allah...
Janganlah bakatku ini membuatkan aku taksub dalam pakaian kesombongan yang menjuruskan aku dalam kemurkaan-Mu...
Aku menulis tanda aku syukur aku menulis apa jua tema matlamatnya cuma satu mahu mengajak diriku dan
semua yang membaca karya-karyaku Meng-Agungkan-MU Meng-Esakan-MU di sebilang masa dan ketika. Mahu mengukir nama-Mu di hatiku di hati semua dan membawa kalimah Syurga-Mu, hingga ke nafas terakhir kami...itulah matlamat
sebenarnya aku bersastera Ya Allah. Untuk menjaya misi dan visiku ini aku tidak terdaya melakukan sendiriaan Ya Allah....aku amat perlukan para hamba-MU berjiwa akhirat untuk bersamaku merealisasikan impianku ini. Makanya sebelum mataku terpejam buat selamanya Kau Kurniakan para hamba-Mu bagi merealitikan cita-citaku.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Moga rakan-rakan grup, fb dan alammaya sudi mendoakan cita-cita hamba dimakbulkan Allah Azzawajallah.
In Shaa Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Kepada semua rakan group Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura, Malaysia sudi memberi sokongan/dukungan setiap kali karya hamba bersiaran. Sudilah memberi komen yang bernas lagi mantap seiring dengan tema. Boleh memberi idea dan cadangan pada karya tersebut. Segala komen dari para ahli group amat penting bagi hamba untuk dibingkaikan di Galeri Sastera Nusantara RATU RIMBA NIAGARA.
Sekian. Salam hormat . Salam santun untuk semua yang dikasihi dunia akhirat. Wassalam.
Rakan Group Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura, Malaysia,
RATU RIMBA NIAGARA
4 Syaaban 1434H
13 Jun 2013M
0 comments:
Post a Comment