Friday, 28 June 2013

BERSAMA KITA REALITIKAN SYURGA MILIK KITA IN SHAA ALLAH AAMEEN



BERSAMA KITA REALITIKAN SYURGA MILIK KITA IN SHA ALLAH AAMEEN

KUNING-KUNING KERABAT DIRAJA,
PANTUN SANTUN BERBUDI BAHASA,
SUNGGUH SANTUN PANTUN DIRAJA,
PANTUN BUDI BERHATI SYURGA.

KUNING-KUNING KERABAT DIRAJA,
PANTUN SANTUN BERBUDI BAHASA,
SUNGGUH SANTUN PANTUN DIRAJA,
PANTUN BUDI BERBUNGA BAHASA.

WARNA KUNING WARNA DIRAJA,
CANTIK BERSERI DIPANDANG MATA,
TERSUSUN INDAH BAHASA DIRAJA.
DIDENGAR DIHAYATI PENYEJUK JIWA.  

MAWAR KUNING DI TAMAN ISTANA,
DI PETIK OLEH SI PUTRI JELITA,
PUTRI JELITA AMAT BIJAKSANA,
SUKA BERBAKTI PADA RAKYAT JELATA.

PUTRI NILAM PURNAMA KESAYANGAN RAKYAT JELATA,
PENYEJUK JIWA AYAHANDA DAN BUNDA,
SIANG DAN MALAM BERTEMANKAN TINTA,
KASIHNYA PUTRI DI MANA JUA RAKYAT BERADA.

PUTRI MENULIS TINTA TENTANG DIRAJA,
HASRAT DIRAJA MAHU SEDIA BERBAKTI UNTUK RAKYAT,
SUDILAH RAKYAT MENDUKUNG INSTITUSI DIRAJA,
DEMI KESEJAHTERAAN NUSANTARA JUGA RAKYAT.

HULUBALANG DIRAJA SEDIA BERBAKTI,
KEPADA RAJA DAN SEMUA RAKYAT NUSANTARA,
JASA BAKTI KEPENDEKARANNYA AMAT DIHARGAI,
DEGUPAN MERDEKA NUSANTARA SENTIASA MEMBARA.

RAJA MEMERINTAHKAN HULUBALANG BERSIAP SIAGA,
MEMERANGI MUSUH MENGHALANG NIAT SUCI DIRAJA,
AGAR IKATAN TALISIRATURRAHIM SENTIASA DIJAGA,
SIAPA YANG ENGKAR AKAN DIMURKAI RAJA.  

RAJA MAHUKAN SIRATURAHIM SEMURNI HATI SYURGA,
DIBERI BUDI DIBALAS RACUN BERBISA,
KEIMANAN PENAWAR RACUN BERBISA,
TAUTKAN SIRATURAHIM BERHATI SYURGA.

RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA,
SUSAH RAKYAT SUSAHLAH RAJA;
SAKIT RAKYAT SAKITLAH BAGINDA,
ITU TANDANYA KESERASIAN RAKYAT DAN RAJA.

RAJA MENGASIHI RAKYAT,
RAKYAT MENYANJUNGI RAJA;
SEHATI SEJIWA RAJA DAN RAKYAT,
RAKYAT MENDAULATKAN INSTITUSI DIRAJA.

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
RAJA YANG MENGUASAI SEKALIAN ALAM
TIDAK ADA YANG DAPAT MENANDINGI ALLAH YANG MAHA BESAR
PADA HAMBA-NYA TERPILIH DIBERI KUASA MEMERINTAH
SELURUH HAMBA-NYA AGAR MEMATUHI SEGALA PERINTAH-NYA
DENGAN RASA TAWAUDUK MEMUJI MEMUJA-NYA
DISEBILANGAN MASA DAN KETIKA
MENYURUH HAMBA-NYA BERKASIH SAYANG DEMI-NYA
BERKASIHAN BELAS MEMBANTU HAMBA-NYA YANG DIZALIMI
MENJAGA TALIISIRATURRIM BERHATIKAN SYURGA
AGAR SEMUA HAMBA-NYA
DIBALAS SYURGA FIRDAUSI
YANG LAYAK DIMILIKI OLEH SEMUA HAMBA-NYA TANPA TERKECUALI
ASALKAN BERAKHLAK MULIA SEMULIA RASULLULLAH DAN SITI KHADIJAH
LUASNYA SYURGA SELUAS ALAM SEMESTA
MAKA REBUTLAH PELUANG
SEBELUM TERLAMBAT
BUANGKAN SEGALA TAMAK HALOBA
GILAKAN PANGKAT GILAKAN HARTA
HINGGA HILANG KESANTUNAN DALAM BERBUDI BAHASA
ASALKAN DAPAT APA YANG DIINGINI MEMILIKI SEGALA PESONA DUNIA
SEDANGKAN HIDUP CUMALAH MIMPI
SYURGA NERAKA ADALAH PASTI
MANA SATU YANG KITA MAHU
SYURGA ATAUPUN NERAKA
DI NERACA AKHIRAT
DITIMBANG SEADILNYA
SEMUANYA MENJADI SAKSI
TERSELAMAT TIMBANGAN MASUKLAH SYURGA
SUBHANALLAH INDAH-NYA SYURGA TAK TERKATA
TAK SELAMAT TIMBANGAN MASUKLAH NERAKA
NAUZUBILLAH AZAB SENGSARA AKAN DIRASA
TAK KIRA SIAPA RAJA ATAU RAKYAT
SEMUANYA DIHITUNG TANPA TERKECUALI
DI DUNIA SEMUANYA SAMA
BERSTATUS HAMBA SAMPAI HARI PEMBALASAN
MOGA BERKAT BERTALISIRATURRAHIM BERHATIKAN SYURGA
DIPILIH KITA SEMUANYA MASUK SYURGA
SUBHANALLAH INDAH-NYA DI KALA ITU
KITA BERSATU HATI DI DUNIA MENG-AGUNGKAN ALLAH DI SEBILANGAN MASA
DI SYURGA KASIH KITA TERPATRI MENIKMATI SYURGA
DAN BERSAMA MELIHAT ALLAH AZZAWAJALLAH DI SYURGA FIRDAUSI
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
INILAH YANG HENDAK KITA SAMA-SAMA PERJUANGKAN
AGAR PENYATUAN HATI DAN MATLAMAT YANG SAMA
KITA SAMA-SAMA MARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA
YANG KITA MAHUKAN RAJA DAN SULTAN BERHATI SYURGA
MENGAJAK KITA SAMA-SAMA MERAIH CINTA ALLAH AZZAWAJALLAH
DENGAN RAHMAT KASIH-NYA
KITA SEMUA MENDAPAT BALASAN SYURGA FIRDAUSI
AAMIIN YA RABBBAL A'LAMIN.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
GEMA SUARA SELURUH RAKYAT NUSANTARA MEMARTABATKAN INSTITUSI
DIRAJA NUSANTARA....

KARYA DITULIS ADALAH ILHAM DARI-NYA.
MAKANYA SUDILAH BERSAMAKU MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA
DENGAN NIAT BERSAMA KITA REALITIKAN SYURGA MILIK KITA SEMUA
IN SHA ALLAH AAMEEN AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

ILHAMKU DARI-NYA
TANPA-NYA AKU TIDAK DAPAT MENULIS BIARPUN SEBARIS AYAAT
SELAGI IZIN-NYA KUTULIS SEMAMPU DAYA SEBAIK MUNGKIN
KERANA MAHU KUPERSEMBAHKAN TULISANKU INI KEPADA-NYA
DAN KUKONGSIKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI MEMBACA KARYA-KARYAKU

DENGAN SETULUS IKHLAS DAN KASIH SAYANG KEPADA SEMUA RAJA DAN
RAKYAT JELATA NUSANTARA,
RATU RIMBA NIAGARA @ PUTRI NILAM PURNAMA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
29 Jun 2013  
 
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
19 Syaaban 1434H
29 Jun 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;