Saturday, 29 June 2013

MAAFKAN BILA KU TAK SEMPURNA




  1. 23Like ·  · Promote · 
  2. Like ·  · Promote · 
































































































































































































































































shared a status.

ADAM DAN HAWA CINTA IDOLA

by Ratu Rimba Niagara (Notes) on Tuesday, August 9, 2011 at 7:22am
Hidup di Syurga terasa sunyi,
Sedangkan semuanya ada pasangan;
Kesunyian Adam Allah memahami
Dijadikan Hawa sebagai pasangan.
Bersyukur Adam Allah memahami keperluannya,
Mendapat cinta dan kasih sayang seorang wanita;
Hawa cantik rupawan seindah budi bahasanya,
Patutlah Allah jadikan Hawa ibu mithali segala manusia.
Adam dan Hawa tinggal di Syurga,
Memadu cinta dan kasih sayang sejati;
Wangian Syurga sewangi wangian cinta,
Mereka bersyukur Kebesaran Allah yang dicintai.
Demi cinta Adam kepada Hawa,
Terpengaruh dengan hasutan iblis;
Dituruti kehendak Hawa memakan buah larangan di Syurga,
Lalu terpisahlah mereka di bumi sukanya iblis.
Setelah sekian lama mereka terpisah,
Masing-masing tercari-cari;
Cinta di hati tidak berubah,
Di Jabbar Rahmah pertemuaan dua hati.
Kisah cinta sejoli Adam dan Hawa,
Menjadi idola pasangan bahagia;
Bersyukur dalam sujud kepada yang Esa,
Takdir cinta bahagia selamanya.
Justeru hargailah cinta Adam,
Adam pula menghargai cinta Hawa;
Allah merestui cinta yang terpendam,
Biarpun dipisahkan angkara alpa.
Adam dan Hawa Cinta Idola,'
Menjadi idola bagi pasangan yang ingin bahagia;
Bahagia di dunia dan di akhirat juga,
Allah restui cinta dua insan abadi selamaNya.
Karya: Rhs NS
9 Ramadhan 1432H
9 Ogos 2011
3Like ·  · Unfollow Post · Promote · 
  • 2 people like this.
  • Ratu Rimba Niagara Terima kasih Stephen K Nanggang kerana memberi sokongan kepada karyaku. Kebaikkanmu dengan rakyat amat kukagumi lalu kuabadikan di blogku ...tanda persahabatan suci antara kau dan aku. Sudilah kau membacanya dengan hati yang gembira ya...begitu juga adikmu Poul Nanggang walaupun kucuma mengenalinya di alam maya tapi terasa dekat di hati. Perjuangannya di bidang sastera amat kukagumi moga dia terus berjaya hingga ke peringkat tinggi.
  • Ratu Rimba Niagara Terima kasih Sinar Rembulan budi baikmu takkan kulupa...kau juga sahabatku sumber inspirasiku..gambar keindahan bulan kirimanmu di wall ku telah kukarangkan bait-bait syair yang kusendiri amat kukagumi KebesaranMu Tuhan benar-benar membuat hatiku syahdu tak terperi justeru ku ingin berkongsi bersama dengan pembaca di alam maya lalu kusiarkan di blogku: sasterakuduniaku.blogspot.com 
    agar mereka tahu betapa Allah Itu Pencipta Yang Amat Sempurna Tiada siapa yang dapat menandingi KebijaksanaanNya.
  • Ratu Rimba Niagara Terima kasih sahabatku Adie Adnan kau sahabat yang kukagumi berjiwa patriotik melebihi dirimu sendiri negara aman rakyat aman makanya aman sejahteralah agamamu agamaku beramal semahunya tanpa halangan kerana berkatnya kesejahteraan negara yang mempuyai pemimpin ikhlas membela rakyat tanpa apapun parti tetap dilayan sebagai warganegara Malaysia yang ada hak masing-masing.

TUHAN JIKA INI RAMADHAN TERAKHIRKU

by Ratu Rimba Niagara (Notes) on Wednesday, August 3, 2011 at 8:35am
Tuhan jika ini Ramadhan terakhirku...
Terimalah
amalanku
berilah pengampunanMu
bukakan hati hamba-hambaMu
yang pernah kukenali atau tidak
biarpun aku tidak mengenali tapi mereka mengenaliku
dapat memaafkan segala kesalahanku pada mereka ...
begitu juga semua keluargaku... sanak saudaraku
juga teman-teman facebook yang kukenali atau tidak
maafkan aku ...
sesungguhnya aku insan yang tak sempurna
biarpun aku menjaga segala perbuatan dan tutur kata
sebaik yang mungkin
tapi
siapalah aku
yang serba tidak sempurna
tapi percayalah
hati dan kalbuku
tiada lain yang kufikirkan
melainkan untuk berbuat baik
kepada semua manusia keranaNya
bukan mengharapkan apa-apa pun balasan!

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
redhailah hidup matiku!
Kerana aku ingin bertemuMu
dalam keadaan tenang
tanpa dibenci hamba-hambaMu yang hidup
waima makhluk yang Kau Ciptakan
di muka bumi ini!
Lancarkan lafaz
LaaillaahaillaAllah MuhammadarRasullullah
di kala nyawa sampai di kerongkongku nanti.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Rha NS
3 Ramadhan 2011
3 Ogos 2011
3Like ·  · Unfollow Post · Promote · 

DEMI KASIH DAN SAYANG

by Ratu Rimba Niagara (Notes) on Saturday, August 13, 2011 at 8:41am
Dulu...aku tak pernah menghargai diriku
Yang kutahu berkorban untuk demi sebuah kehidupan
Demi kasih dan sayang
Tapi apa yang kukorbankan tak ada yang sudi hargai
Hatiku dilanda duka
Cermin bisulah menjadi sahabat setiaku
Ada kalanya terdetik hatiku
Agar Allah ambil saje nyawaku
Kerana kasih yang kuberi
Tersisih disisih
Namun kuterus bersabar bertahun lamanya
Seakan berabad lamanya
Demi sebuah kebahagian yang dicarinya
Kuundur diri
Lalu ku menyendiri
Bermuhasabh diri
Bermunajat pada Tuhanku
Redha atas takdirNya
Aku yakin Allah sentiasa bersamaku
Walaupun hidupku
Tidak dipenuhi kasih dan sayang
Allah Maha berkuasa
Mengilhamkan padaku
Untuk menyemai benih-benih
Kasih sayang
Di hati-hati yang kudus kasih sayang
Melalui karyaku...
Aku mencurahkan kasih sayang
Melalaui karyaku...
Yang dibaca mereka menerima kasih sayang
Kasih sayang yang kesemai
Hidup merimbun di serata polosok dunia
Itulah impianku
Itulah kepuasanku
Kasih sayang yang kupupuk:
Kasih sayang sesama insan
Kasihkan haiwan
Kasihkan alam
Kasihkan Allah dengan sentiasa muhasabah diri sendiri
Kini barulah aku hargai diri sendiri
Syukurku dalam sujudku.
DEMI KASIH DAN SAYANG II
Itulah dugaan kehidupanku...
Itulah harapanku
Demi meraih
Cinta Allah
Kasih sayang manusia seluruhnya
Moga apa yan dikarang dari dalam kalbuku ini
Boleh membuatkan sahabatku
Menyayangi dirimu
Dirimu amat berharga!
Sayangilah ia
Kerana kita akan tempuh
Alam di Sana yang kekal abadi
Bidadari Syurga menunggumu di Sana Insya-Allah
Dan bilamana kau memiliki Cinta Allah berkat kesabaranmu
Tentu kau bersyukur dengan ujian yang diberikan kepadamu
Duhai sahabatku!
Kita saling muhasabah diri ...
Kerana kita sentiasa tidak sempurna
Dalam menuju ke jalanNya
Yang penting ikhlas apa yang dilakukan
Bukan mahu pandangan manusia
Tapi mahukan pandangan Allah
Moga berkat keyakinan kita kepadaNya
Allah membalas CintaNya untuk kita
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Rha NS
13 Ramadhan 1432H
13 Ogos 2011
3Like ·  · Unfollow Post · Promote · 

YA ALLAH KAU PERKENANKAN HAJAT KALBUKU INI

by Ratu Rimba Niagara (Notes) on Monday, August 15, 2011 at 4:33am
Ya Allah...
Bila mana hati sudah terpana dengan Dzat CintaMu Tuhan...
Segala dipandang didengar adalah zikirku padaMu Tuhan
KehadiranMu terasa menyelubungi kalbu
Rasa jantungku berhenti berdegup bila lupakanMu
Ya Allah...
Berilah kekuatan padaku yang tidak pernah sempurna
Tapi kucuba melakukan kesempurnaan cintaku padaMu
Dengan Belas EhsanMu Balaslah Cintaku ini.
Kumohon...Kumohoh Kau Perkenankan hajatku ini
Kasihanilah aku hambaMu yang tak pernah jemu
MemujiMu
MengagungkanMu
Berkorban apa saja demiMu
Hidup bersandarkan CintaMu Yang Maha Agung Lagi Maha Suci
Kau Maha Mendengar
Kau Mendengar segala rayuan kalbuku
Kumerayu padaMu
Dengan air mata penuh keinsafan ini
Penuh ketakwaan ini
Balaslah cintaku ini Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sebelum aku bertemu denganMu
Berilah aku peluang melakukan segala amal kebaikan yang Kau Redhai
Sehingga ke hujung nafasku yang terakhir
Itulah yang kuidamkan itulah yang kuhajatkan sebelum aku pejam mata
Dengan SifatMu Yang Maha Memahami kehendak kalbuku ini
Yang KuasaMu Tiada Siapa Dapat MenandingiMu
Kau Perkenankan Hajat Kalbuku ini
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Rha NS
14 Ramadhan 1432H
14 Ogos 2011

DEMI HAYAT YANG KAU PINJAMKAN INI

by Ratu Rimba Niagara (Notes) on Tuesday, September 6, 2011 at 10:37am
Ya Allah demi hayat yang kau pinjamkan ini
Tolong bantu aku Ya Allah
Aku hamba- Mu
Yang sentiasa
lalai terpesona dengan dunia tak ingat mati
lemah tidak berdaya melawan kelekaan mempesonakan
malas beribadat untuk bekalan barzah
bila berbicara
sering menyakiti hati manusia sedar atau tidak
berbual kosong tanpa ada nilaian di sisiMu
suka mengumpul harta untuk kemegahan diri
suka menghina dan mengumpat keji kerana merasa diriku sempurna
suka berbangga dengan kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki
sukakan kejahatan daripada kebaikan
Mulai saat ini...
Detik ini...
Aku mahu bertaubat...
Aku mahu berubah...
Membuang segala sikap jelekku ini Ya Allah
Tapi siapalah aku Ya Allah
Aku tidak berdaya kalau tidak
Hidayah Kasih DariMu
Justeru dengan air mata taubatku ini
Kau sinarkanlah kalbuku ini
Sinaran Nur Hidayah KasihMu Yang Abadi
Agar aku menjadi hambaMu yang
taat segala perintahMu dengan iman
yang telah dipasakkan dengan ilmu Al-Quran dan Hadis
Ya Allah
Demi hayat yang Kau pinjamkan ini...
Berilah aku peluang dan ruang
untuk melakukan segala amal soleh yang Kau redhai
sebelum aku bertemu denganMu
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Rha NS
8 Syawal 1432H
6 September 2011
1Like ·  · Unfollow Post · Promote · 
(KU GAPAI BINTANG DENGAN RASA TAWAKL KEPADA  ALLAH AZZAWAJALLAH)
29 Jun 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;