Rubianto Tanoto
DI BULAN ADA RINDUKU
KASIH YANG TERKASIH
REDHALAH PEMERGIAANKU
TELAH TERCATAT HIDUPKU HANYA SETAKAT ITU
DICEPATKAN TIDAK DILAMBATKAN WALAUPUN
SESAAT PUN TIDAK, AKU REDHA PEMERGIAANKU
MENINGGALKAN DUNIA INI
DUNIA MEMANG SEMENTARA
TIADA YANG KEKAL
DI ALAM BAQALAH KEKAL ABADI
PERGI TINGGALKAN DUNIA TAK AKAN KEMBALI LAGI
AKU TINGGAL DI SINI DENGAN PARA KEKASIH-NYA
SUBHANALLAH SYURGA NAN INDAH
YANG TAK TERJANGKAU OLEH PEMIKIRANMU
CUKUPLAH AKU KATAKAN PADAMU
INDAHNYA HANYA MEREKA YANG PERNAH MENYAKSIKAN
DAN MENGALAMINYA YANG FAHAM BETAPA INDAH-NYA SYURGA
SEGALA KEINDAHAN YANG ADA DI DUNIA INI CUMA
1% SAJA YANG DIPERLIHATKAN ALLAH AZAWAJALLAH
PADA HAMBA-NYA 99% ADA DI SYURGA
SUBHANALLAH INDAH....INDAH...TAK TERLAFAZ INDAH-NYA
KASIH YANG TERKASIH
KASIHKU PADAMU KASIH DUNIA AKHIRAT
SEMASA AKU DI DUNIA
SEMUA YANG BERHIDUP DI DUNIA INI
AKU KASIH AKU RINDU SEMUANYA DEMI-NYA
BUKAN KARNA DIA SIAPA-SIAPA
BIARPUN HATIKU DIROBEK-ROBEK
DENGAN PENGHINAAN DAN CERCAAN
KARNA AKU TIDAK MEMILIKI PESONA DUNIA
AKU TETAP KASIH DAN SAYANG PADA MEREKA
WALAUPUN MEREKA MEMUSUHI AKU SEKALIPUN
AKU TETAP KASIH DAH SAYANG PADANYA DEMI-NYA
AKU TAK PERNAH MENARUH DENDAM WALAUPUN
SEBESAR ZAHRAH YANG ADA DI HATI BERTAMBAH RINDU DAN SAYANG...
AKU SUDAH MAAFKAN SEGALA KEKECEWAAN AKU PADANYA SEPANJANG AKU BERHIDUP DI MUKA BUMI DULU...
KASIH YANG TERKASIH
KETIKA AKU HIDUP
WALAUPUN SIAPAPUN AKU CUMA KAU SEORANG SAJA
YANG SUDI BERSAHABAT DENGANKU
SENTIASA MENGIRIMKAN PUJANGGA-PUJANGGA INDAHMU
KITA SALING BERBALAS PUISI SYAIR GURINDAM PANTUN
AKU AMAT SUKA SETIAP KALI PUISIMU BERSIARAN DI WALLKU
KITA BAGAIKAN SEPASANG ANGSA PUTIH BERADA DI TASIK SYURGA
MEMANDANG BULAN KITA TAK JEMU BERZIKIR PADA PENCIPTA BULAN
TUHANMU TUHANKU TUHAN SEMESTA ALAM HANYA DIA YANG LAYAK
DISEMBAH DAN DI-AGUNG-AGUNGKAN SETIAP MASA DAN KETIKA
KASIH YANG TERKASIH
AKU DAPAT RASAKAN BETAPA KAU SEPI TANPAKU
KITA TAK BISA LAGI BERPUISI BERSAMA-SAMA
BACALAH PUISI-PUISI YANG TELAH BANYAK KU TINGGALKAN
DI WALL FBKU UNTUK HILANG RINDUMU PADAKU
DAN SETIAP KALI BULAN MENGAMBANG TATAPLAH BULAN
KARNA RINDUKU ADA DI SITU UNTUK MEMBALAS RINDUMU KASIH....
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
26 Jun 2013
CINTA ITU INDAH
Salam sejahtera buat rakan yang kukasihi...
Walaupun ku tak mengenali mu
Sudilah terima puisiku sebagai tanda kasih sayang dariku
Moga di sini kita semua dapat berpuisi nan indah-indah
Karna Cinta Itu Indah ...
Seindah terbitnya pelangi di malam hari
Bahasa-bahasa cinta pun indah-indah
Jika bahasa cinta itu di luar batas ...
Akan membuatkan kita rasa cinta itu menghinakan
Karna cinta itu indah
Gunakan bahasa yang indah-indah
Cinta itu suci
Sucikan dengan ikatan murni
Barulah cinta itu menjadi CINTA SYURGA
Cinta Oh Cinta...
Ku hargai dan sanjungimu
Karna kau membuat hati-hati berpelangi cinta
Pabila dalam hati ada taman pelangi cinta
Senyuman pun terukir
Pelangi cinta suci
Sesuci CINTA SYURGA
Pasti bahagia membahagiakan
Cinta yang terpatri di dunia
Bawa ke Syurga-Nya
Makanya burulah cinta
Yang boleh membawa ke Syurga-Nya...
Cinta...oh! Cinta...
Aku memburumu tak kira di mana kau berada...
Cinta kepada:
Tuhanku Yang Mencipta Alam ini
Semua penghuni bumi dan langit
Bahagia rasa hati pabila hidup
Mencintai semua yang ada
Karna-NYa
Sebab itulah CINTA ITU INDAH!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
26 Jun 2013
RINDUKANMU TIADA PENGHUJUNGNYA
Rindumu selalu kunanti dalam mimpi
Tapi lagi kutunggu tak juga kunjung tiba
Kau sepikan rinduku lalu kusepi tanpa rindumu
Rindumu kunanti tanpa jemu
Tiada penghujung...
Biarpun malam kan tiba
Bersama dengan indahnya purnama malam
Pengubat sepiku
Ingin kulupakan rindumu
Namun rindumu datang bertamu di hatiku
Biarpun tanpa diundang
Kutetap rindukanmu
Biarpun kau telah membuang rinduku di ombak rindu
Lagi kau buang
Lagi kurindu
Serindu-rindunya
Mujurlah helang malam sudi menjelma di bulan purnama
Serasa kau hadir membalas rinduku
Terubatlah rinduku padamu...
Rindukanmu tiada penghujungnya...
RATU RIMBA NIAGARA
26 Jun 2013
MAKA KAU IZINKAN SEGALA KEBAIKAN YANG KUDAMBAKAN YA ALLAH
BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb
Duhai sahabat akhiratku yang bernama Sya'ban
Kedatannganmu kunanti penuh rindu
Moga kau sudi mentarbiyahkan aku
Agar aku dapat beribadat tanpa lelah demi redha Ilahi
Duhai sahabat akhiratku yang bernama Ramadhan
Ganjaran pahala berlipat kali ganda akan diKurniakan Tuhanku
Makanya kau selalulah tarbiyahkan aku agar
Aku sentiasa diberi rezeki kesihatan dan bermurah hati
Suka bersedekah di bulan Ramadhan agar terkikis
Segala sifat bakhilku pada mereka yang memerlukannya
Ya Allah...dengan izin-Mu jua aku dapat
Beramal soleh pada bulan syaaban dan ramadhan
Maka Kau izinkan Ya Allah segala kebaikan
Ya kudambakan...Sesungguh-Nya Kau
Bersama hamba-Mu yang berbuat kebaikan
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
RATU RIMBA NIAGARA
17 Syaaban 1434H
Wardah Nawwarah:
Syukur Alhamdulillah buat sahabat2 ku.. Manusia yang berkawan kerana Allah Taala, kalau berpisah pun kerana Allah Taala. Sabda Rasulullah SAW:Maksudnya: "Tiadalah dua orang yang saling cintamencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai Allah itu, orang yang lebih banyak cintanya pada rakannya."
Bersahabat kerana Allah Taala, ikatan amat kuat sekali. Ia diikat oleh satu akidah. Ia berkawan tidak ada kepentingan dunia yang sementara ini. Bersahabat lah kerana iman, akhlak dan kerana ketaqwaan. Bersahabat seperti ini adalah kuat ikatannya. Insya Allah biasanya sampai mati.Psahabatan seperti ini mendapat perlindungan di Mahsyar dari Allah Taala yang mana hari itu tidak ada perlindungan melainkan perlindungan dari Allah Taala. Sabda Rasulullah SAW:Maksudnya: Cinta kasih-Ku terlimpah di atas mereka yang berkasih sayang kerana-Ku. Akan Kunaungi mereka di bawah naungan Arasy pada hari Kiamat yang mana pada hari itu tiada naungan melainkan naungan-Ku."(Riwayat Abiddunya)sama2 kita nantikan kehadiran Syaaban n Ramadhan dgn penuh keinsafan..Sekali lagi diucapkan.. wa jazakallahu ahsanal khoir, waffaqoniyallahu wa iyyakum.. syukran jazilann khairann.. :)
BERTEMU DAN BERPISAH KERANA-NYA
Cinta dan rindu
Bagaikan irama dan lagu
Kerana cintalah datangnya sayang
Sayang pada Tuhan
Sayang pada diri sendiri
Sayang semua yang ada di langit dan di bumi
Itulah rindu kasih dan cinta
Yang perlu ada pada kita semua
Barulah kedamaian ada di kalbu
Dan kita saling mengerti
Kenapa kita di wujudkan di dunia ini
Saling menghargai
Saling berkasih sayang kerana-NYa
Insya-Allah Syurga milik semua
Yang berkasih sayang kerana-Nya
Bertemu dan berpisah kerana-Nya
Di Mahsyar Insya-Allah kitakan bertemu
Atas ikatan ikhlas setulus hati kerana-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
RATU RIMBA NIAGARA
17 Syaaban 1434H
(PETIKAN DARIPADA WALL WARDAH NAWWARAH & RATU RIMBA NIAGARA)
26 Jun 2013
4Like · · Unfollow Post · Share · Promote
- Ratu Rimba Niagara Gimana dengan karya-karya yang bersiaran di malam yang syahdu ini ya dinda? hehehe
- Putri Danggan Rejanges Remandung ho oh syahdu kanda kenapa kah gerangan? apakah dirimu sdang galau kah hihi
- Ratu Rimba Niagara hehehe sesekali bagi pembaca jiwang-jiwang karena siapapun manusia semuanya ingin dicintai dan dirindui ya...hehehe
0 comments:
Post a Comment