RAKAN FBKU TOLONG FAHAMI DUNIAKU SASTERAKU!
Yamtuanmuda Mohd Faizal
Assalamualaikum. Boleh kami bertanya maksud disebalik nama Ratu Rimba Niagara?
Ratu Rimba Niagara
Walaikummusalam. Hanya sekadar nama pena...
Bagi menghasilkan karya bertemakan diRaja
tiada niat mahu menjadi ratu
bukanpun cantik macam ratu
bukan kaya raya macam ratu
cuma hamba Allah yang diuji terus diuji
berjuang kesendiriaan ...
sebab itu itu laman fb saya adalah medan juang saya bersastra
bermati-matian kerana sastra adalah minat saya
kerana tanda syukur saya kepada Allah mengurniakan bakat menulis
bukan saya tidak mahu bertalisiraturrahim seramai mungkin
saya tak pentingkan kuantiti saya pentingkan kualiti
rakan fb yang memberi impak kepada dunia karya saya saja..
saya cuma dapat limitkan 50 orang saja ahli
kalau ramai sangat saya tidak dapat memberi tumpuan menulis
kerana bila banyak informasi yang masuk semuanya saya nak tulis dalam masa yang terlalu terbatas...jadinya harap rakan fb saya faham kenapa saya mengambilnya sebagai rakan fb semata menjadi pejuang sastra yang saya tulis...
jika mereka kesibukan masa dan menyepikan kehadiran karya saya, saya tak paksa tapi saya terpaksa berlalu pergi walaupun siapapun mereka..kerana saya ingin memberi peluang kepada mereka yang benar-benar sudi menjadi pejuang sastra saya...tapi dalam hati tiada niat untuk memutuskan talisiraturrahim
talisiraturrahim masih mewangi di hati saya...
yang menunggu untuk menjadi rakan fb saya hampir seribu orang ..bukan saya tak mahu terima tapi rakan fb saya memang terlalu terhad...saya harap Allah ampunkan saya...kepada meraka yang saya belum terima maafkan saya dan sesiapapun yang mengenali karya saya harap sudi memahami dunia saya dan maafkan saya.
Biarpun rakan fb saya dihadkan 50 orang sahaja mereka yang benar-benar memberi impak pada dunia sastra saya...tapi di grup dan pembaca karya saya hampir ratusan ribu orang..mereka semua itu adalah jalinan talisiraturrahim saya di alammaya dan saya bersyukur kepada Tuhan masih ada yang sudi menghargai karya saya dan sedia memahami dunia karya saya tanpa tahunya saya...itulah saya...jika ada prasangka kepada saya tolong maafkan saya...bukan sengaja saya hendak tidak mahu menerima seramai mana mungkin rakan fb...rakan fb saya limitnya 50 orang kerana itu mereka tak jemu untuk meniupkan bara aoi perjuangan saya agar saya dapat terus berkarya....kepada rakan fb yang sepi menyepi tolong maafkan saya...
karya saya terpaksa berlalu pergi di skrin anda kerana memberi peluang yang lain pula...tolong fahami duniaku duhai rakan fbku...
sudilah maafkan saya ye...
Dengan penjelasan saya ini harap yamtuanmuda mohd faizal sudi memahami dunia sastra saya dan sudi menyokong duia sastra saya kerana Allah Taala. dan begitu juga rakan fb saya yang lainnya.
RAKAN FBMU YANG MAHUKAN PENGERTIAANMU,
RATU RIMBA NIAGARA
28 Jun 2013
(PETIKAN DRIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & RAKAN FB)
28 Jun 2013
0 comments:
Post a Comment