Wednesday, 26 June 2013

WARISAN BERKURUN DARI DATO LAKSAMANA







    • SEKALUNG BUNGA PAHLAWAN SASTRA NUSANTARA KEPADA SEMUA PEJUANG SASTERAKU DUNIAKU. KALIAN SUMBER INSPIRASIKU, MAKANYA JANGAN BIARKAN SASTRAKU NAZAK! JIKA SUDI MENJADI PEJUANG SASTRAKU KATAKAN SUDI JIKA NGGAK SUDI NGGAK APA-APA...MANALAH TAHU ADA YANG BENER-BENER IKHLAS MAHU MENJADI PEJUANG SASTRA NUSANTARAKU SEIKHLAS HATI KARNA ALLAH TAALA.

      Sent Today
      Kumbang Segak likes your link. 5:35pm
      Zulkarnian Mazlan and Muhammad Hifni like your post in Jom Belajar Al Quran dan Sembahyang. 5:26pm
      ...Continue Reading
      Like ·  ·  · Promote · 22 minutes ago · 
    • Ratu Rimba Niagara shared Ayahanda Panglima Pangeran Aduka'sphoto.
      Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali... Masih sy ingat lagi layanan istimewa beliau kpd saya dan rakan2 pada tahun lpas... Walau pun hnya seharisemalam je tinggal di rumah beliau tp ilmu yg di kongsikan amat bermanfaat... Semoga Allahyarham Tuan Guru Ayahanda Pak Ya,Guru Utama Perguruan Gerak Insan Seni di Melaka di tempatkan di tmpat org yg beriman..beliau juga merupakan Ayahanda dlm Pekida di melaka.. Al Fatihah...

      #Mohon Panjang kan ///
      Like ·  ·  · Promote · 36 minutes ago · 
      • Kumbang Segak likes this.
      • Ratu Rimba Niagara PENDEKAR MELAYU ADALAH TENTERA ALLAH

        Takkan hilang melayu di dunia,
        Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
        Bersatulah Melayu sedunia,
        Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.

        Pendekar melayu menjadi sanjungan,
        Dulu kini dan selamanya;
        Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
        Disanjungi kerana kekuatan makrifatullahnya.

        Melayu sakit semuanya sakit,
        Kerana jiwa melayu berakar umbi;
        Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
        Itulah bukti melayu sudah satu hati.

        Melayu pencetus kebangkitan ummah,
        Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
        Pendekar melayu akan satukan ummah,
        Kerana mahu mati dalam fisabilillah.

        Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
        Anak jantan melayu pantang dicabar;
        Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
        Nyawa jadi taruhan jika dicabar.

        Melayu hina melayu kepantang melayu,
        Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
        Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
        Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.

        Melayu kuat kerana bersatu,
        Kutuk mengutuk hina menghina;
        Bukan jiwa pendekar melayu,
        Yang ada membela yang teraniaya.

        Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
        Raja sekarang selalu muafakat;
        Muafakat Raja bersama rakyat,
        Raja dan rakyat hidup penuh berkat.

        Hulubalang sultan sedia berbakti,
        Pada raja berjiwa hamba-Nya;
        Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
        Laksamana lambang kepahlawanan sejati.

        Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
        Raja dan rakyat saling menyanjungi;
        Kata sepakat semua rumpun melayu,
        Barulah mengundang Rahmat Kasih Ilahi.

        Melayu oh! melayu
        Perwira oh! perwira
        Pahlawan oh! pahlawan
        Pendekar oh! pendekar
        Laksamana oh! laksamana
        Hulubalang oh! hulubalang

        Berjuanglah kalian
        Hingga ke titisan darah terakhir
        Fisabilillah lah kamu jangan jemu
        Syahidmu di medan juang
        Allah sayang padamu
        Syurga Firdausi tempatmu
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
        Syahid ke jalan-Nya
        Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
        Aku bangga denganmu
        Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
        Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
        Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        25 Jun 2013
        (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR TENTERA FISABILILLAH YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA)
    • PENDEKAR-PENDEKAR GAGAH BERANI BERDIRI MENJADI BENTENG MEMPERTAHANKAN MARUAH DAN KEBENARAN.

      PENDEKAR-PENDEKAR BERKATA:

      “MUNDUR KAMU WAHAI PENGKIANAT BANGSA…”

      “AKAN TETAP KAMI HALANG NIAT DAN HASRAT BUSUK KAMU….”

      “TAK MUNGKIN KAMI BERUNDUR WALAU SELANGKAH …”

      “DAN TIDAK KAMI BENARKAN WALAU SEINCI TANAH PUSAKA ZAMAN INI DIROSAKAN OLEH KAMU WAHAI PENGKIANAT NAN DURHAKA….”

      HEI KERSANI..MENGALIRLAH DIKAU..MENJADI RAKSA MENGISI BELIKAT TUBOH KAMI..AGAR BISA KAMI BERDIRI..GAGAH BAGAIKAN LAKSAMANA MELAYU..AGAR BISA KAMI MENGHALANG SEKELIAN PENGKIANAT NAN PENDURHAKA…

      PATAH SAYAP..PARUH BERTONGKAT PARUH..TETAP KAMI PERTAHANKAN JUA RAJA-RAJA MELAYU…

      ITU SUMPAH PENDEKAR KAMI.!!!!
      Unlike ·  ·  · 34 minutes ago via mobile · 
      • You, Kumbang Segak and 7 others like this.
      • 33 minutes ago via mobile · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara SUMPAH PENDEKAR MELAYU!!!
        By: Tentera Fisabilillah & Ratu Rimba Niagara

        TUJUH PETALA BUMI,
        TUJUH PETALA LANGIT,
        DARI GUNUNG KE LEMBAH CURAM
        DARI SUNGAI KE LAUTAN BERGELOMBANG,
        KEMBARA ADALAH SETIA PADA SUMPAH,
        KEMENYAN DAN SETANGGI PENYERI KEHADIRAN KITA
        WARISAN BERKURUN DARI DATO LAKSAMANA,
        DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITULAH LANGIT DIJUNJUNG

        SUMPAH PENDEKAR,
        PANTANG BERUNDUR WALAU SETAPAK
        PANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
        PANTANG DERHAKA PADA TITAH
        PANTANG KERIS DIPINGGANG KALAU TAK BERANI MATI,
        BERDENTUM GURUH DI LANGIT,
        MEREKAH BUMI DIPIJAK.
        PENDEKAR TAKKAN UNDUR SETAPAK

        PULANGKAN PAMOR PADA KERISNYA,
        PULANGKAN SIREH PADA GANGGANGNYA,
        PULANGKAN MAHKOTA PADA WARISNYA,
        PULANGKAN COKMAR PADA LAKSAMANA,
        PULANGKAN LANGKAH PADA GELANGGANG,
        PULANGKAN SUMPAH PADA PENDEKAR,
        PULANGKAN ROHANI PADA JASMANI,
        PULANGKAN BANGSA DAN MARTABAT,
        SUMPAH BUKAN CUMA DIBIBIR,
        GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG,

        BUMI WARISAN INI,
        TANAH TUMPAH DARAH KITA,
        MASIH MENUNTUT SEMANGAT YANG BELUM TERTUNAI,
        PRIBUMI BUKAN SEKADAR GELARAN TANPA MAKNA,
        KITA ADALAH ANAK WATAN,
        DARAH YANG MENGALIR DI TUBUH KITA,
        SEMERAH DARAH SI JEBAT YANG TUMPAH DI BUMI MELAKA,
        SEMERAH DARAH SI JEBAT MELEKAT DI TAMING SARI,
        SEMERAH DARAH SI JEBAT YANG TERCALIT DI KENING HANG TUAH,
        SEMERAH DARAH HANG NADIM YANG TERHUMBAN DI LAUT TEMASIK,

        DAN KITA MASIH DI SINI,
        MENDEPANI HARI-HARI YANG SEMAKIN MENCABAR,
        KEUTUHAN TEKAD YANG KENTAL,
        SUMPAH KERAMAT SEORANG PENDEKAR,
        TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA,

        ~~~BERSATULAH WAHAI ANAK BANGSAKU~~~~Unlike · · 

        JAGALAH TANAH PUSAKA PENINGGALAN MOYANG PENDEKAR MELAYU
        By: Ratu Rimba Niagara

        SUMPAH KERAMAT PENDEKAR MELAYU
        KUTOREH DARAH SEBAGAI TINTA
        BIAR DARAHKU KERING DITUBUH DIJADIKAN TINTA
        TANDA AZAMKU TAK PERNAH LUNTUR
        BERSAMA SEMANGAT JUANG PENDEKAR MELAYU

        SUMPAH KERAMAT PENDEKAR MELAYU
        BERPADU DALAM SUMPAHKU
        SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN
        TAK AKAN KUBIARKAN PENDEKAR MELAYU
        MATI SEBELUM DIMATIKAN
        SEBELUM MUSUH DURJANA MERAMPAS TAHTA

        AKAN KUTIUPKAN BARA API PERJUANGAN
        PENDEKAR MELAYU AGAR TAK LAYU SEBELUM DILAYUKAN
        AKAN KUPASTIKAN AZAM DAN SEMANGAT JUANGNYA
        MENGATASI KEPENTINGAN SENDIRI
        TIADA HARI TANPA PERJUANGAN
        HIDUP DAN MATI HANYA KERANA ALLAH

        TAK AKAN DIKISAHKAN
        NAMA UNTUK DIJULANG SEBAGAI PENDEKAR
        YANG ADA DI JIWA
        MEMPERTAHANKAN NEGARA DARI MUSUH DURJANA

        BIARPUN NYAWA DI HUJUNG TANDUK
        TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SETAPAK
        AKAN DITENTANG HABIS-HABISAN
        BIARPUN BERMANDIKAN DARAH
        TAKKAN DIHIRAUKAN
        SEKALIPUN JASAD REBAH MENYEMBAH BUMI
        SEMPAT TERSENYUM
        PADA ANAK BANGSA
        DARAHKU YANG GUGUR KE BUMI
        ADALAH HADIAH UNTUK KESEJAHTERAAN NEGARAKU
        JAGALAH PENINGGALAN MOYANG PENDEKAR MELAYUMU
        DUHAI ANAK BANGSAKU...
        DOAKAN AKU SYAHID KE JALAN-NYA
        DUHAI YANG MENCINTAIKU KERANA-NYA

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        8 Syaaban 1434H
        17 Jun 2013M
        9 hours ago · Like · 6

        (PETIKAN DARIPADA GROUP TENTERA FISABILILLAH & RATU RIMBA NIAGARA)
        20 Jun 2013

(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
26 Jun 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;