Sunday, 13 May 2012

CERPEN TENGKU ADY SHAH PUTRA




TENGKU ADY SHAH PUTRA

"Negeri kita ni...semuanya ada tapi malangnya
satu yang kurang," kata hulubalang.
"Maksud tuan hamba?" Tanya Datok Bendehara
kebingungan.
"Negeri kita tak beraja...walaupun negeri
kita gagah perkasa tapi tidak dihormat orang
kerana kita tak mempunyai raja, apa kata..."
kata Hulubalang terhenti di situ.
"Teruskan...Teruskan... saya sedia mendengar
pendapat tuan hamba."
"Apa kata kita buat surat permohonan untuk
memohon Raja dari Sumatera untuk ditabalkan
menjadi Raja kita."
"Bagus benar cadangan tuan hamba itu...saya
akan membuat surat permohonan manalah tahu
anak Raja Sumatera itu setuju."
Datuk Bendehara terus mengarang surat dan
surat itu hulubalang membawa bersamanya untuk
dikemukakan kepada Raja Sumatera.
Sepurnama sampailah hulubalang ke Sumatera.
Dia disambut baik oleh Raja sumatera.
"Ampun Tuanku sembah patik harap diampun,"
sembah hulubalang.
"Apakah hajat tuan hamba hingga sampai di
Istana Beta," tanya baginda dengan nada
lembut.
"Ada pun patik datang adalah untuk menyanpaikan
warkah ini kepada Tuanku." Hulubalang memberikan
surat Datuk Bendehara kepada Raja Sumatera.
Raja Sumatera membaca dengan penuh kusyuk sambil
mengganggukka kepala.
"Beta sungguh gembira menerima berita ini...beta
mempunyai lima orang Putera, suruhlah Datuk
Bendehara mimilih salah satu di antaranya."
"Kalau begitu titah tuanku , patik akan mengiringi
kelima-lima Putera Tuanku, tahulah kami siapa yang
layak di antaranya.

"Ada pun patik datang adalah untuk menyampaikan
warkah ini kepada Tuanku," hulubalang memberikan
surat Datok Bendehara kepada Raja Sumatera.
Datok Bendehara begitu tertarik sekali dengan Tengku
Arsyad Indradi iaitu anak Raja Sumatera yang sulung.
Tambahan pula anak gadisnya Dang Seri Purnama telah
jatuh hati dengan TengkuArsyad Indradi.
Di hari perkahwinan mereka berdua ditabalkan menjadi
Raja dan Permaisuri. Rakyat jelata bergembira kerana
mereka sudah mempunyai Raja dan Permaisuri.
Alaupun sudah ditabalkan menjadi Raja, Tengku Arsyad
Indradi masih ragu-ragu lagi terhadap keempat-empat
kesemua adindanya iaitu Tengku Arif Rachman, Tengku
Agus Susanto, Tengku Agustus Nugroho dan Tengku
Ady Syah Putra.
Tengku Arsyad Indradi memanggil kesemua adindanya
sambil berkata.
"Tujuan kanda memanggil adinda semua ke mari adalah
untuk memberitahu..."
"Apa dia kanda?" Tanya Tengku Agus Susanto.
"Dinda-dinda bolehlah pulang....kesihan ayahanda
dan bunda kesunyian."
"Kanda ...bukan dinda tak mahu pulang tapi dinda
rasa dinda belum puas lagi hendak tinggal di sini,"
jawab Tengku Arif Rachman.
"Bagaimana pula dengan dinda-dinda bertiga?"
"Dinda pun begitu," jawab mereka bertiga serentak.
Tengku Arsyad Indradi berasa kecewa kerana semua
adindanya tidak mahu pulang. Baginda mengupah
tukan masak Istana menaruh racun pada makanan
yang akan menjadi santapan keempat-empat adindanya.
"Dengar sini... Rahsia ini biar pecah di perut
jangan pecah di mulut! Faham tak?" ugut Tengku
Arsyad Indradi.
"Patik faham Tuanku...patik akan simpan rahsia ini
walaupun nyawa patik menjadi taruhan."
"Bagus tu...ambil ini sebagai upah," Tengku Arsyad
Indradi memberikan dua keping syiling emas kepada
tukang masak Istana lalu beredar dari situ.
"Ha...sedapnya lauk hari ni...rasanya dinda tak
sabar lagi hendak menjamahnya," kata Tengku
Agustus Nugroho terus menjamah makan yang terhidang.
Selesai saja makan dia rebah dan mulutnya berdarah.
"Dinda...! Dinda...! " Laung Tengku Arif Rachman.
"Aduh....! Sakitnya dinda ...larilah cepat dari sini
kalau kanda lambat ...kanda akan mati dibunuh...
pergilah beritahu kanda-kanda yang lain...aduh bisanya...
Tengku Agustus Nugroho menghembuskan nafasnya yang
terakhir.
Tidak berapa lama kemudia Tengku Susanto dan Tengku
Ady Syah Putra datang.
"Apa sudah jadi dengan dinda Tengku Agustus Nugroho?"
Tanya Tengku Ady Syah Putra.
"Dinda Agustus Nugroho telah pergi meninggalkan kita."
"Apa?"
"Marilah kita lari dari sini kanda...kita sudah kesuntukan
masa."
Mereka bertiga meninggalkan istana, melarikan diri masuk
ke dalam hutan belantara.
"Beta mahu kalian kejar mereka sampai dapat...kalau perlu
bunuh mereka semua? Faham?" Tengking Tengku Arsyad Indradi
kepada hulubalang Istana.
"Faham Tuanku."
Tiga orang Putera Raja itu tidak menyedari bahawa mereka
sedang diburu oleh pengawal-pengawal kekanda mereka
Tengku Arsyad Indradi.
"Kanda berdua berehatlah di sini...kanda nak pergi mencari
buah-buahan," kata Engku Ady Syah Putra.
"Baiklah dinda....hati-hati dinda," teriak Tengku
Agus Susanto.
Alangkah terperanjatnya Tengku Ady Syah Putra apabila
didapatinya kedua-dua kekanda yang disayanginya mati
dibunuh. Tanpa membuang masa lagi dia terus melarikan
diri meredah hutan belanta.
Sampai di sebuah kampung Tengku Ady Syah Putra menukarkan
nama kepada Abdul Rahman. Di kampung itulah Abdul Rahman
memulakan hidup baru tanpa diketahui oleh semua penduduk
kampung , dialah adik kepada Tengku Arsyad Indradi.
"Saya berkenan dengan si Abdul Rahman . Orangnya rajin
dan baik hati pula," kata Mak Munah kepada suaminya.
"Saya faham apa maksud awak itu ye," jawab Pak Deli.
"Si Azizah pun dah suka dengan Si Abdul Rahman tu...
apa lagi yang hendak ditunggu. apa kata kita adakan
kenduri perkahwinan mereka berdua pada penghujung tahun
ini. Apa pendapat awak?" kata Mak Munah.
"Kalau awak setuju...saya pun setuju," kata Pak Deli
merestui perhubungan anak gadisnya dengan Abdul Rahman.
Abdul Rahman berkahwin dengan Azizah ketika berumur dua
puluh tujuh tahun. Azizah ketika itu berusia sembilan
belas tahun.
Hidup mereka bahagia hinggalah dikurniakan lapan orang
cahayamata tiga lelaki dan lima perempuan.
Tiga puluh lima tahun telah berlalu. Abdul Rahman ketika
itu berusia enam puluh dua tahun. Isterinya Azizah telah
meninggal dunia sebelumnya.
Telah empat tahun Abdul Rahman kehilangan isteri.
Selama itulah Abdul Rahman pergi ke kubur isterinya
membacaYasin pada setiap hari.
Pagi dari pukul tujuh hingga lapan, petang pukul empat
hingga lima. Hinggakan tanah perkuburan yang berhampiran
dengan isterinya dibersihkan.
Hari itu cuaca mendung. Hujan akn turun bila-bila masa
saja.
"Bapak...Hari nak hujan... Tak usahlah bapak pergi
kubur emak hari ni ye...bapak pun tak sihat," nasihat
anaknya Seman.
"Seman sudah empat tahun bapak pergi ke kubur emak kau...
Hujan atau ribut bapak tetap pergi. Kalau bapak tak
pergi, bapak rasa macam tak lengkap aje hidup bapak ni..."
Abdul Rahman terus berlalu meninggalkan anaknya Seman.
Sampai di tanah perkuburan kepala Abdul Rahman terasa
sakit. Dipaksakan juga berjalan walaupun perlahan-lahan.
Akhirnya sampai juga Abdul Rahman ke kubur isteriyang
dicintainya itu. Habis saja dia membaca surah Yasin
Abdul Rahman terus rebah. Hujan turun dengan lebatnya.
"Bang...Pergilah tengok bapak tu...Risau pulak hati
Midah...hujan terlalu lebat," kata Hamidah isteri Seman.
"Bapak tu degil...Orang kata jangan pergi nak pergi juga..."
rungut Seman sambil menyarungkan baju hujannya. Dia keluar
dengan basikal usangnya.
Alangkah terperanjatnya dia apabila di lihat dari jauh
bapanya rebah di tanah sambil tangannya memegang batu
nisan isterinya. "Bapak!!!" Laung Seman.
Daun pintu diketuk, "Midah...Midah..." jerit Seman.
"Abang!! Apa dah jadi dengan bapak ni?" Tanya Hamidah
cemas.
"Bapak....Bapak...dah pergi...."
"Apa? Innalillah Wainnailaihirajiun..."
Semua anak-anak Abdul Rahman balik. Baik yang jauh mahupun
yang dekat. Seman teringat peristiwa seminggu yang lalu.
"Apa yang bapak buat tu....boleh Seman tengok?"
"Tak boleh....Kalau kau nak tengok tunggulah bapak dah mati.
Kau tengoklah apa yang ada dalam peti besi ini."
"Bapak ni dengan Seman pun nak berahsia...Seman ni bukan
orang lain...darah daging bapak juga....!" kata Seman berjenaka.
"Apa yang abang fikirkan tu..."tanya Siti Hawa adik Seman.
"Baru abang teringat..." Seman terus masuk ke bilik bapanya.
Dibuka peti besi. Alangkah terperanjatnya dia apabila
didapati dari dokumen yang ada dalam peti besi itu bapanya
adalah keturunan Raja Sumatera. Seman memberikan dokumen
kepada Tuk Penghulu.
"Bapak kau ni berdarah Raja...Sebelum dia dikebumikan eloklah
kita pergi ke Istana untuk mendapatkan pengesahan samada
benar ataupun tidak."
Dokumen itu ditunjukkan kepada Raja yang memerintah iaitu
anak kepada Tengku Arsyad Indradi. Baginda telah pun
mangkat tiga tahun yang lalu.
"Memang benarlah Tengku Ady Syah Putra bapa saudara Beta.
Beta mahu bapa saudara Beta dikebumikan secara adat istiadat
diRaja," titah Tengku Badaruddin.
"Baiklah Tuanku."
Kemangkatan Tengku Ady Syah Putra menjadi tanda tanya kepada
penduduk kampung yang tidak tahu salasilah Abdul Rahman yang
sebenarnya berdarah anak Raja Sumatera Indonesia.

Karya Putri Rimba Niagara
3 Mei 2012
 ·  ·  · May 9 at 6:16pm
  • Naga Pamungkas and Poul Nanggang like this.
    • Rabeah Mohd Ali 
      HARAP SUDI MENJADI RAKAN SASTRAKU HINGGA TERHENTI
      NAFAS TERHENTILAH PENA

      Duhai sahabatku yang tersanjung di hati...
      Saat aku ingin menjadi sahabat yang paling setia di dunia ini
      Pada semua sahabat-sahabatku
      Mereka dengan mudah menghancurkan harapanku
      Aku kecewa bukan sekali ...terlalu banyak kali
      Hinggakan aku tidak yakin adakah akan wujud sahabat
      Yang memahami aku
      Yang tak akan pernah membuat hatiku terguris luka

      Kadang kala mahu saja aku bisukan tintaku ini...
      Jika itu boleh membahagiakan hati sahabatku...
      Tapi mana bisa mungkin aku bisukan pena ini...

      Sastera adalah duniaku
      Karya adalah anugerah yang tak ternilai harganya dari Tuhanku
      Aku bersyukur dengan Kurniaan dari Tuhanku

      Aku bersahabat dengan mereka
      Yang hanya boleh terima karyaku
      Jika kerna aku berkarya
      Membuatkan mereka sakit hati....
      Itu bukanlah matlamatku
      Untuk berbangga diri
      Itu pun bukan sikapku
      Kerna aku bukan
      Tergolong dalam orang yang bijak pandai
      Kalau pandai daripada kaca mata mereka
      Itu semua daripada Kurniaan Tuhanku
      Jadinya tak perlu risau
      Apa kelebihan yang Allah Kurniakan padaku
      Ada juga pada mereka tapi dalam bentuk berbeda
      Allah itu kan Maha Adil pada setiap hamba-NYa
      Cuba kita fikir sedalam-dalamnya
      Pasti kita akan dapat jawapannya
      Dan kita tidak akan rasa cemburu
      Malah saling menghargai

      Yang penting kita bersahabat
      Saling muhasabah diri
      Sama-sama mencari
      Bekalan untuk dibawa pulang ke negeri abadi

      Mana tahu berkat usaha kita yang tidak pernah
      Berputus asa percaya Kewujudan Allah SWT
      Dan dengan kepercayaan itu kita berlumba-lumba
      Mempersiapkan amalan seikhlas kerana-Nya
      Hidup dan mati kita diredhoi Allah Aamin
      Ikatan persahabatan kita dapat diteruskan
      Hingga ke Syurga-Nya. Insya-Allah Aamin

      Tapi hingga saat ini....aku kecewa sesangat
      Dengan para sahabatku...
      Mulanya bersumpah setia untuk setia
      Akhirnya melupakan kesetiaan yang pernah dilafazkan

      Aku tersiksa kini kenapa mereka setega itu padaku...
      Sedangkan aku dan mereka tak pernah bertemu...
      Mendengar suara di telefon pun tidak
      Cuma sekadar rakan fb....
      Itu pun sekadar karya saja yang bersiaran...
      Sudah boleh membuatkan rakanku berjauh hati denganku
      Kenapa ... aku benar kaget
      Apakah salah aku selalu menyiarkan karya
      Membuatkan rakan-rakanku sakit hati?
      Aku menulis bukan
      Mengata orang
      Menfitnah orang
      Merendah-rendahkan kebolehan mereka
      Yang kutulis semuanya
      Mengenai
      Ketuhanan
      Kerohanian
      Kemanusiaan
      Ketabahan
      Berkasih sayang kerana-Nya

      Kalau kerana aku berkarya membuatkan mereka sakit hati padaku
      Terpulanglah...aku pun sudah redho dengan perpisahan ini dan
      Aku sudah pun memaafkan mereka tentang apa yang mereka lakukan padaku.

      Jika ada di antara mereka yang tidak dapat kuterima menjadi rakan fbku...bukan aku tidak mahu terima...tapi aku hanya terima mereka yang 100 pratus memberi kerjasama denganku dan menyokong dunia karyaku disamping berbagi ilmu dunia akhirat.

      Rakan fbku terlalu terhad...jika mana yang tak aktif terlebih dahulu aku mohon dimaafkan....dunia akhirat...

      Biarpun tidak menjadi rakan fb....kita masih lagi sahabat dan tidak akan terputus ikatan talisiraturrahim....jika sudi doakan aku duhai rakan yang pernah menjadi rakan fbku dan maafkan aku dan sudilah memahami dunia karyaku....Janji ye kita tetap sahabat...andai kata diizinkan Allah SWT jumpa di alam realiti ...kita akan berjabat tangan tanda talisiraturrahim kita tidak pernah terputus...

      UNTUK MENJADI HAMBA-NYA YANG BAIK
      AKAN DIDUGA-NYA MAKANYA KESABARAN PALING PENTING
      SALING MEMAAFKAN ADALAH TERBAIK
      AKAN TENANGLAH JIWA

      Itulah kisah yang ingin kusampaikan padamu duhai sahabat sastraku...moga kau sudi menjadi rakan fbku yang setia dan sudi memberi sokonganku sedaya mampumu agar aku dapat berkarya sehingga terhenti nafas terhentilah pena.

      Karya : Putri Rimba
      12 Mei 2012

      (PETIKAN DARIPADA GRUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA BRUNEI)
      13 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;