Friday, 18 May 2012

HUJAN KARYA ASMIRA SUHADIS


  • HUJAN

    kau turun dan membasahi seluroh tubuhku
    ada bahagia yang datang dari jiwa
    basahilah
    mesrailah setiap inci tubuhku
    kerana kalau kau turun lagi esok
    kau sudah tidak kenal siapa aku....

    asmira suhadis
    17052012 1730pm.
     ·  ·  · Yesterday at 5:31pm near Kuala Lumpur
    • You like this.
      • Rabeah Mohd Ali DALAM KISAH LAGENDA PUTERA DUYUNG

        Kenapa aku tak kenal sama mu asmira?
        Walau pun kau basah kuyup
        Aku tetap
        Kenal sama mu
        Kerna hatimu dan hatiku
        Telah kenal sejak dulu lagi
        Biarpun puting beliung bergulung...gulung..
        Lalu mencampakkan kita
        Dalam lautan ombak mengganas!
        Kita tetap akan terasa sakitnya
        Itulah yang pernah kau bilang padaku
        Makanya
        Kukisahkan dirimu
        Dalam kisah lagenda Putera Duyungku
        Dan kaulah puteri duyung yang rupawan
        Yang akhirnya berkahwin dengan Putera Duyung
        Makanya kuucapkan selamat
        Bahagia Puteri Duyungku
        Yang rupawan...

        Putri Rimba Niagara
        18 Mei 2012
        4 hours ago · 

        (PETIKAN DARIPADA GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
        18 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;