KENAPA AKU PILIH KAMU SEBAGAI RAKAN FBKU
Aku pengen jadi kawan yang setia
Tapi kawanku tak setia
Gimana aku mahu setia
Mula-mula semasa ingin menjadi kawanku
Dia bilang mahu akan setia menjadi kawanku
Setia sampai kapan pun
Setia sampai mati
dia bilang ....
dia akan faham aku
dia akan sokong aku
dia akan beri seratus pratus dukungan pada cita-citaku
dia akan memberi kerjasama denganku
dia akan membaca semua karya-karya yang kutulis
dia akan memberi pendapatnya yang bernas pada karyaku
agar aku terus semangat menulis dan menulis sehingga terhenti nafas
kerana janji-janjinya itu
aku terimanya sebagai teman fbku
yang akan menyokongku dalam keadaan apa pun...
dan aku hanya perlu kawan-kawan fb yang setulus ikhlas
menerima aku apa adanya tapi menerima karyaku lebih adanya
sekarang ni karya-karyaku disepikan oleh mereka
Hai kawan...
Setelah aku terimamu sebagai rakan fbmu
Kau lupa segala janji-janjimu padaku
Terlalu sibuk sangat ke hidupmu sampai
Melupakan janjimu padaku?
Kenapa sebelum mahu menjadi rakan fbku...
Kau tak fikir banyak...banyak kali
Setelah kuterimamu dengan seikhlasnya
Kau sepikan aku dan karyaku
Aku ini seolah tak wujud sebagai rakan fbmu di alam maya
Sudahlah alam maya ini tak nampak
Kelibat dan suaramu...
Jika kau masih lagi dengan duniamu
Izinkan aku pulang semula ke duniaku
Bersama dengan penghuni-penghuni rimba
Yang sentiasa setia dengan dunia karyaku
Maafkan aku teman kerana berterus terang
Biarpun pahit untuk diterima
Tapi percayalah yang pahit itu ada hikmahnya
Berjauhan memanglah kita berjauhan
Kita seolah hidup dalam semuanya berjauhan
Berjauhan hati....
Kita yang menjauhkan hati kita sendiri
Di dunia alam maya ini....
Sedangkan kita tak rancang pun untuk
Menjadi kawan fb
Tapi setelah Allah Kurniakan
Kenapa kita harus abaikan?
Makanyanya maafkan aku jika
Aku terpaksa undurkan diri dari kalian
Yang terus-terusan sepi dari teman fbku....
Maafkan aku...maafkan aku....maafkan aku...
Bukan kehendakku begini...
SEPI KEBAHAGIAANMU
SEPI ITU DERITAKU
KARYAKU ADA DI SETIAP DETAK JANTUNGMU
DI SITULAH BERMULANYA KARYAKU MENULIS RIWAYAT HIDUPMU
KERNA SETIAP RAKAN FBKU ADALAH SUMBER INSPIRASIKU BERKARYA
MOGA KAU MENGERTI KENAPA AKU MEMILIHMU MENJADI RAKAN FBKU
BUKAN MAHU BERBUAL KOSONG....
BUKAN MAHU BERCANDA
TAPI SERIUS BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH
BERMATI-MATIAN MENCARI JALAN-JALAN PULANG
SEBAGAI BEKALAN KE NEGERI ABADI
YANG KEKAL SAMPAI BILA-BILA TANPA NOKHTAH!
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Mei 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment