Thursday, 17 May 2012

GURINDAM CINTA KERANA-NYA KARYA PUTRA WERDYS KALBARY & PUTRI RIMBA NIAGARA




<3 GURINDAM RINDU <3

by Werdys Kalbary on Sunday, May 13, 2012 at 11:05pm ·


tak nyenyak tidur kanda semalam
dibuai lamunan ombak rindu
tak habis fikir tak habis faham
mengapa mestinya kita bertemu

golek ke kiri golek ke kanan
mata terbuka enggan terpejam
rasa gelisah sekujur badan
hati merana merindu dendam

terbayang dinda wajah pualam
diayun bayu desau menghimbau
berhari bulan rindu ku pendam
terbayang-bayang di dalam igau

dinda kini rinduku larut
air mata tetes menderas hanyut
gurindam rindu pantun bertaut
rindukan dirimu ikhlas menyahut...

indah gurindammu menyapa jiwa
menautkan hati di tautan cinta
menarilah madah di segala rasa
memagut rindu beribu rupa

aduhai adindaku Rabeah sang pujangga cinta
indah larik mu ombak beralun
luahan rasa memikat sukma
memasung rinduku beribu kurun

jikalah tidak karena DIA
tidaklah mungkin bertemu cinta
sekian lama dalam kembara
memapah asa di laman lara

adinda kini kemarilah dikau
ku raih jemarimu di ambang haru
ku lingkar cincin indah kemilau
sebagai ingatan kita bertemu...
--------------Sintang West Borneo, 13 May 2012
Werdys Kalbary


 ·  ·  · Share

  • You, Teratai AbadiWerdys Kalbary and 15 others like this.





      • Rabeah Mohd Ali CINTA TERPATRI HINGGA KE SYURGAWI

        Duhai cinta hatiku...
        Di wajahmu ada ketenangan
        Senyuman mu memukau kalbuku

        Duhai cinta hatiku...
        Di hatimu ada cinta
        Sesuci embun pagi
        Bicaramu selembut sutera
        Aman roh dan jasadku mendengar
        Setiap bait-bait katamu
        Tiada membuatkan hatiku rasa diguris-guris pilu

        Kau membuka mata hatiku
        Tentang indahnya cinta kerana-Nya
        Kau memuja-Nya
        Aku memuja-Nya
        Saling cinta mencintai
        Ikhlas sepenuh hati kerana-Nya
        Kita sama-sama keasyikan memburu
        Cinta-Nya yang tiada penghujung-Nya

        Dalam kita bercinta
        Tiada sesaat pun kita melupakan-Nya
        Indahnya cinta kita
        Bagaikan berada di alam Syurga
        Bahasamu bahasaku
        Senada seirama
        Menenangkan jiwa
        Menenangkan roh
        Lalu kita terbuai dalam alunan
        Zikir pada-Nya tiada penghujung-Nya

        Biarpun bumi terbelah dua
        Biarpun berbumbungkan langit
        Kita akan teruskan
        Percintaan ini dalam redha-Nya
        Agar kita sama-sama bercinta kerana-Nya
        Kerna kita berdua memahami
        Hakikat sebenar kenapa kita
        Diketemukan
        Bukan sia-sia
        Bukan tidak disengajakan
        Tapi disengajakan oleh-Nya
        Atas kehendak-Nya
        Kita bercinta kerana-Nya

        Syukur Ya Allah
        Atas Kurniaan Yang Berharga ini
        Izinkan kubawa cinta pemberian-Mu ini
        Hingga ke Syurgawi-Mu
        Kerna aku mahu menjadi
        Bidadarinya di dunia jua di Syurga-Mu
        Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        Terima kasih cinta hatiku
        Yang kudambakan kerana-Nya
        Kerana sudi menerima cintaku
        Untuk menaungi tulang rusuk kirimu
        Dengan izin-Nya kau menyempurnakan
        Cintaku yang membawa ke Syurga-Nya
        Makanya jika aku pergi dulu sebelummu ...
        Redhailah pemergianku nanti...
        Kerna dengan redhamu
        Syurga menantiku ...
        Dan aku menunggumu
        Di Pintu Syurga
        Kerna akulah bidadarimu
        Yang Allah catatkan
        Cinta kita terpatri hingga ke Syurgawi
        Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        Karya Putri Rimba Niagara
        13 Mei 2012

        May 13 at 11:20pm ·  ·  3

      • Rabeah Mohd Ali ANDAINYA AKU BIDADARIMU

        Andainya aku bidadarimu
        Cinta dan kasihku hanya padamu
        Tiada yang lain bertahta di hatiku melainkanmu
        Kerana padamu terletaknya Kunci Pintu Ke Syorga-Nya

        Kenapa harus kutolak
        Cintamu ke aku ikhlas kerana-Nya
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
        Menangis aku di sejadah cinta-Nya
        Merayu-rayu mendayu-dayu
        Esakkan tangis
        Sambil tersedu-sedu penuh syahdu
        Bertambah rinduku pada
        Yang Maha Pencipta Cinta
        DIAlah Tuhanku

        Tuhan...
        Kau hadirkan cinta dia ke aku
        Tanpa mengurangkan sedikit pun
        Cinta aku pada-Mu

        Tuhan...
        Kau Amat Memahami
        Kau Amat Memakbulkan Segala Yang Diinginkan
        Bila Kau Memakbulkan
        Keinginan Mendahului Apa Yang Diinginkan
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

        Bidadaraku...
        Yang tampan menawan iman
        Terima kasih kerana sudi
        Mencintaiku
        Setulus hati kerna-Nya
        Kau cinta aku kerna-Nya
        Aku membalas cintamu kerana-Nya
        Semuanya kerana-Nya
        Tiada yang lain semuanya kerana-Nya
        Jika ada niat lain selain-Nya
        Rela kuminta Tuhan mencabut nyawaku
        Kerna yang kudambakan
        Cinta kerana-Nya
        Bukan kerana pesona cinta dunia
        Bukan kerana menjadi Bidadari Syorga
        Tapi adalah kerana
        Ingin mendapat balasan
        Cinta-Nya
        Redho-Nya
        Rela kupertaruhkan
        Segala bakti suci kepada Bidadaraku demi-Nya

        Syukur Ya Allah
        Kerana Mengurniakan Bidadara dari Syorga
        Untuk mengisi kekosongan cinta yang kudambakan demi-Mu

        Di jari manisku ini
        Menjadi saksi
        Cincin Cinta Syorga
        Yang bertahtakan
        Permata dari Syorga
        Berkemilauan
        Seperti bintang kejora
        Bersinar-sinar
        Seperti indahnya sinar bulan purnama

        Kukucup Cincin Cinta Syorga itu
        Penuh dengan linangan air mata
        Ku menangis sendu
        Mengharu birukan kalbuku
        Yang bergelora
        Keasyikkan
        Memuji Kebesaran Tuhanku
        Kekuasaan-Nya Mengatasi Segala-Nya
        Dalam aku memuja cinta-Nya
        Tak kira masa
        Di setiap waktu
        Dia membalas cinta-Nya ke aku
        Dengan dikirimkan Bidadara Dari Syorga-Nya
        Untuk mengisi kekosongan cintaku

        Aku beribadat untuk mendapat balasan cinta-Nya
        Tiada terfikir untuk mendapat cinta bidadara dari Syorga-Nya
        Kerana sifat-Nya
        Yang Maha Pengasih daripada segala kekasih
        Kerana sifat-Nya
        Yang Maha Penyayang daripada segala yang penyayang
        Kerana sifat-Nya
        Yang Maha Pemurah daripada segala yang pemurah
        Dikurniakan Bidadara Syorga untukku
        Agar amalanku menjadi berlipat kali ganda pahala
        Agar memudahkan aku memdapat balasan Syorga-Nya
        Kerna Kunci Pintu Syorga
        Ada pada Bidadara Yang DiKurniakan padaku
        ALLAHU AKHBAR
        Menangis aku
        Tersungkur aku di sejadah cinta-Nya

        Tika Bidadara Syorga
        Menyarungkan Cincin Cinta Syorga
        Ke jari manisku sambil berkata,
        "Dinda...kanda cintakan dinda kerana-Nya
        Kunci Pintu Syorga ada pada kanda
        Simpanlah sepenuh imanmu
        Kerana redho kanda
        Adalah redho Allah
        Mulai saat ini dan detik ini
        Kanda meredhoi dinda di kala hidup dan mati
        Cincin Cinta Syorga ini menjadi saksi
        Cinta kita terpatri hingga ke Syorga
        Aamin Ya Rabbal ALamin"

        KARYA PUTRI RIMBA
        13 Mei 2012

        May 13 at 11:26pm ·  ·  3

      • Werdys Kalbary adinda Rabeah ♥♥♥
        sejuta kata tersimpan di dada
        sementara mulut terkunci, dan tangan tak sanggup menggores aksara
        hanya indahmu saja yang mengisyaratkan berjuta makna
        untuk dapat ku bawa
        dalam genggaman bahagia
        terima kasih cinta...

        May 13 at 11:59pm ·  ·  3



      • Rabeah Mohd Ali Syukur Ya Allah
        Terima kasih kanda
        Kerna sudi mencintai dinda setulus hati kerana-Nya

        Mana janji-janjimu
        Tak akan terbius dengan gurimdam cinta ku
        Nah sekarang macam dah terbius je...
        (hehehehe)

        Monday at 12:04am ·  ·  3

      • Rabeah Mohd Ali ADAM DAN HAWA CINTA IDOLA

        Hidup di Syurga terasa sunyi,
        Sedangkan semuanya ada pasangan;
        Kesunyian Adam Allah memahami
        Dijadikan Hawa sebagai pasangan.

        Bersyukur Adam Allah memahami keperluannya,
        Mendapat cinta dan kasih sayang seorang wanita;
        Hawa cantik rupawan seindah budi bahasanya,
        Patutlah Allah jadikan Hawa ibu mithali segala manusia.

        Adam dan Hawa tinggal di Syurga,
        Memadu cinta kasih sayang sejati;
        Wangian Syurga sewangi wangian cinta,
        Mereka bersyukur Kebesaran Allah yang dicintai.

        Demi cinta Adam kepada Hawa,
        Terpengaruh dengan hasutan iblis;
        Dituruti kehendak Hawa memakan buah larangan di Syurga,
        Lalu terpisahlah mereka di bumi sukanya iblis.

        Setelah sekian lama mereka terpisah,
        Masing-masing tercari-cari;
        Cinta di hati tidak berubah,
        Di Jabbar Rahmah pertemuaan dua hati.

        Kisah cinta sejoli Adam dan Hawa,
        Menjadi idola pasangan bahagia;
        Bersyukur dalam sujud kepada yang Esa,
        Takdir cinta bahagia selamanya.

        Justeru hargailah cinta Adam,
        Adam pula menghargai cinta Hawa;
        Allah merestui cinta yang terpendam,
        Biarpun dipisahkan angkara alpa.

        Cinta Adam dan Hawa mengusik kalbu,
        Terima kasih sahabatku:
        Kata-katamu mencetuskan ilhamku,
        Moga Allah berkati hidup matimu.

        Adam dan Hawa Cinta Idola,'
        Menjadi idola bagi pasangan yang ingin bahagia;
        Bahagia di dunia dan di akhirat juga,
        Allah restui cinta dua insan abadi selamaNya.

        Karya: Putri Rimba Niagara
        13 Mei 2012

        Monday at 12:25am ·  ·  3




      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih semua sahabat kanda werdys...
        Kerna sudi doakan hamba si putri rimba
        Berkarya adalah dunia hamba
        Hamba percaya setiap yang baik itu datang dari-Nya
        Dan apa juga yang telah diTentukan oleh Allah pada hamba
        Hamba terima dengan redha dan rasa syukur
        Siapalah hamba untuk menolak ketentuan dari Ilahi
        Hidup dan mati telah diserahkan pada
        Takdir qada dan qadar yang telah Ditentukan-Nya
        Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        Monday at 8:11am ·  ·  4

      • Werdys Kalbary dinda Rabeah, ...♥
        Monday at 11:11am ·  ·  3



      • Rabeah Mohd Ali CINTA SI NAGA SAKTI DENGAN SI PUTERI BUNIAN

        Si Puteri bunian
        gembira setiap hari
        bermain di tepian Pantai Cinta Rindu
        menyanyi lagu rindukan kekasih
        yang dia sendiri tidak tahu
        siapakah gerangan kekasihnya itu
        tapi di hatinya asyik berbunga-bunga
        kasih dan rindu yang tak terungkap

        kata-kata yang diungkap
        hanyalah rindu dan cinta
        cinta bertapak di hati
        seolah dirasakan hatinya
        sudah dimiliki cinta
        tapi masih tidak tahu siapakah
        gerangannya kekasih
        misterinya itu

        Puteri Bunianku
        Sebenarnya akulah kekasihmu
        yang selalu mengekorimu
        ke mana saja kau pergi
        aku bahagia melihat
        senyuman manismu
        duhai kekasihku
        aku wujud di sisimu
        tapi kau tidak
        diberi Khashaf Allah
        untuk melihatku
        duhai kekasih hatiku
        cinta yang kau rasakan tika ini
        adalah cintaku yang tak pernah
        padam padamu duhai kekasihku
        Si Puteri Bunian
        Sifat kasih sayangmu
        yang menyanyangi
        semua makluk Tuhan
        membuatkan aku jatuh cinta padamu
        beruntunglah aku mencintaimu
        kerana selama ini
        aku tak pernah jatuh cinta
        dan tak pernah pun
        kenal apa itu erti cinta sebenarnya

        Hakikatnya kekasihku
        kaulah yang telah membuatkan
        hatiku berbunga-bunga cinta
        sejujurnya kukatakan
        aku telah jatuh cinta padamu
        cinta...cinta...cinta sepenuh hati
        kau telah membuatkan aku taksub
        dengan dunia cinta

        Setiap waktu kau datang
        ke Pantai Cinta Rindu ini
        ku tunggumu dalam
        rindu yang membara

        Aku suka nyanyian syair-syair
        karanganmu yang menghiburkan
        hati seluruh penghuni lautan
        cinta dan rinduku ini
        terlalu membara-bara

        Setiap kali syairmu kau lagukan
        dengan suaramu yang merdu bak buluh perindu
        mereka semuanya gembira dalam syukur pada Illahi
        bilamana syair-syairmu mendayu-dayu memuji Illahi
        semua penghuni lautan termasuk aku meratap pilu
        sebagaimana air matamu berjuraian
        begitu juga aku dan penghuni lautan semuanya
        akulah yang menyapu air matamu
        duhai kekasihku Si Puteri Bunian

        Tak usahlah kau bersedih kekasihku
        aku selalu menyokongmu
        meniupkan semangatmu jika kau lemah tak bermaya
        melindungi kau jika ada yang ingin mendatangkan
        musibah padamu aku rela pertaruhkan nyawaku
        demi cinta suciku padamu duhai
        kekasihku Si Puteri Bunian
        yang kucintai seumur hidupku

        Saat-saat paling gembira ketika
        kau berlari-lari di gigi pantai
        aku di lautan mengekorimu
        sehingga air di laut membiru berkocak
        deras tapi tenang mengekori seiring
        larianmu di gigi pantai
        kau gembira
        aku ceria
        kau sedih
        aku berduka
        cintaku telah bertahta di hatimu
        tanpa kau sedari tapi dapat merasakan
        kehadiran cintaku
        kasihan kau tidak dapat melihatku
        tapi aku dapat melihatmu dengan jelas
        sabarlah suatu masa nanti
        jika Allah bukakan khashafNya padamu
        kau akan dapat melihatku sejelasnya
        tika itu cinta kita dalam RestuNya

        Di pagi Jumaat itu
        amat syahdu!
        Si Puteri Bunian rasa tak tenteram
        Pantai Cinta Rindu
        Memanggil-manggilnya

        "Tuan Puteri nak ke mana ya pagi-pagi ini..."
        tanya dayang istana dengan penuh hormat.

        "Beta hendak pergi ke Pantai Cinta Rindu,"
        jawab Si Puteri Bunian penuh tegas tapi gelisah.

        "Tapi Tuan Puteri ...Ayahanda Tuan Puteri telah
        berpesan tidak membenarkan Tuan Puteri pergi
        ke Pantai Cinta Rindu kerana terlalu berbahaya,
        Demi keselamatan Tuan Puteri janganlah pergi
        ye Tuan Puteri,"

        "Tidak beta mesti pergi juga walau apapun
        terjadi...rahsiakan permergian beta ini
        daripada pengetahuan ayahanda beta," kata
        Si Puteri Bunian lalu terus menghilang
        dalam sekelip mata.

        Si Puteri telah berada di Pantai Cinta Rindu
        Dia melemparkan pandangannya ke
        lautan yang terbentang luas
        saujana mata memandang
        sambil menyanyikan syair cinta untuk kekasih
        misterinya yang tidak pernah dia kenali
        asal usul kekasihnya tapi dia dapat
        merasakan cinta yang terlalu amat mendalam
        antaranya dengan kekasihnya
        siapa namanya
        bagaimana wajahnya
        siapakah gerangannya itu
        dia tak tahu
        tapi hatinya benar-benar
        merasai cintanya telah dimiliki
        sedangkan ketika dia berfikir-fikir
        siapakah gerangan kekasih misterinya itu
        kekasihnya itu ada di sebelahnya di temani
        dengan pengawal istana

        Duhai Si Puteri Bunian
        Jika kau nak tahu
        Usul asal kekasih misterimu itu
        Dia adalah merupakan
        seekor naga yang gagah perkasa
        mempunyai kesaktian yang luar biasa
        mengusai seluruh penghuni lautan Cinta Rindu
        biarpun dia berkuasa dan mempunyai kesaktian
        kepada seluruh penghuni lautan
        kekecil mana pun dan serendah mana pun darjat
        dia tetap menghormati dan menyayangi
        sepertimana dia sayangkan dirinya sendiri
        hinggakan semuanya penghuni laut menyayangi dia
        Dialah yang mengilangkan sepimu di kala kau berduka
        dia menyanjungimu... melindungimu ...
        menerimamu apa adanya
        mencintaimu seumur hidupnya
        sekarang dia ada di sebelahmu Si Puteri Bunian
        Memandangmu dengan penuh kasih sayang

        Sedang si Puteri Bunian keasyikkan memandang
        keindahan ciptaan Allah sambil bersyair cinta
        keluar seekor dinosaur rasaksa dari dasar lautan
        ingin menyerang Si Puteri Bunian

        Sepantas kilat Si Naga Sakti meletakkan
        cengkerang siput di sisi Si Puteri Bunian
        dan mengilhamkan Si Puteri Bunian meniup
        cengkerang siput tersebut
        setelah ditiup timbullah seluruh penghuni lautan
        berenang-renang dengan laju meluru ke arah
        dinosaur rasaksa

        Si Puteri Buniaan meniup cengkerang siput
        dalam keterujaan dan kegembiraan melihat
        segala haiwan dan karangan laut pelbagai
        bentuk dan rupa timbul di permukaan laut
        berenang-renang pantas meluru ke arah
        dinosaur rasaksa
        indahnya permandangan laut Cinta Rindu
        di kala itu hanya Tuhan saja yang tahu
        tapi penuh debaran yang menakutkan
        sesiapa yang melihatnya tapi tidak
        dengan Si Puteri Bunian
        dia suka dirasakan penghuni laut mengikuti
        perintahnya....

        Ketika perlawanan penuh dramatik itu antara
        penghuni lautan dengan dinosaur rasaksa
        pepasir di dasar lautan berterbangan ke udara
        dan kocakan air laut amat dahsyat sekali
        perlawanan berlarutan hingga ke petang
        suara dinosaur bagaikan halilintar...
        kekuatannya tiada tandingan tapi akhirnya
        kalah ditewaskan oleh penghuni lautan
        yang banyaknya tak terkira

        Gembiralah tidak terkata Si Puteri Bunian
        melihat kekalahan dinosaur rasaksa
        lautan bertukar menjadi merah
        darah dinosaur rasaksa hanyir pekat
        amat meloyakan Si Puteri Bunian

        Si Puteri Bunian memejamkan mata
        ketakutan melihat pemandangan
        lautan yang dipenuhi darah memekat

        Apabila dibukakan mata
        alangkah terperanjat Si Puteri Bunian
        apabila didapati lautan Cinta Rindu
        telah menjadi sedia kala
        indah aman tenang

        Lagi memeranjatkan apabila
        didapati di sebelahnya ada
        seekor naga tersenyum
        melemparkan senyumannya
        "Sudikah kau menjadi suri hidupku
        wahai Si Puteri Bunian yang kucinta."

        Si Puteri Bunian tidak menjawab.
        Dia menadah tangan ke langit lalu berdoa,

        "Ya..Allah siapalah aku untuk menolak
        apa yang telah Kau telah takdirkan padaku
        aku terima dengan redha apa saja aturanMu
        kerana hidup dan matiku sudah kepasrahkan
        padaMu sejak azali lagi."

        "Duhai Cinta Kalbuku kerana keikhlasanmu
        pada Tuhammulah maka dibukakan Khashaf
        Dzat cintaNya padamu dan kerana itu juga
        kau dapat melihatku," Habis saja Si Naga
        Sakti berkata-kata dia bertukar menjadi
        seorang teruna gagah perkasa.

        Mereka berdua menadah tangan ke langit,
        "Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agong Lagi
        Maha Berkuasa Dengan kurniaan cinta yang
        Kau limpahkan kepada kami berdua berilah
        kami peluang untuk melakukan amal kebaikan
        yang kau redhai agar kami dapat sama-sama
        menyambung percintaan suci ini hingga
        ke SyurgawiMu
        Amin Ya Rabbal A'Lamin
        DiAminkan juga seluruh penghuni lautan
        dengan rasa kesyukuran tidak terucap!
        Bergema suara lautan yang menakjubkan
        di kala itu!Membahagiakan!Subhanallah!
        Syukur tak terucap padaMu Tuhanku.

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        14 Mei 2012
        (CINTA PUTRA WERDYS KALBARY DENGAN SI PUTRI RIMBA NIAGARA AKAN DATANG INSYA-ALLAH)

        Monday at 11:17am ·  ·  3


      • Rabeah Mohd Ali INDAHNYA BAHASA HATI BAHASA JIWA BAHASA KALBU

        Indah bagi yang mengerti bahasa hati
        bahasa jiwa bahasa bangsa
        bahasa yang boleh mengusutkan fikiran
        bahasa yang boleh menenangkan jiwa
        tapi yang kupilih bahasa yang mententeramkan kalbu
        mendamaikan roh dan jasad

        moga pertemuan antara dua hati ini
        kekal abadi disatukan di alam realiti
        berbicara empat mata satu hati
        sehati sejiwa mengungkap kata bahasa hati bahasa jiwa
        indahnya pertemuan di kala itu

        bagaikan hidup di alam fantasi tapi realiti
        saling mengerti saling memahami
        bahasa hati bahasa jiwa
        cuma yang mengerti betapa indahnya
        bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu
        bahasa yang mendamaikan roh dan jasad
        bahagia...

        Karya Putri Rimba Niagara
        14 Mei 2012

        Monday at 11:59am ·  ·  3


      • Werdys Kalbary adindaku Rabeah sang Puteri Rimba ::::
        Bahasa hati adalah senandung sunyi
        bermadah indah di dalam diri
        tak perlu resah mencari arti
        dengarkan suara jiwa bernyanyi

        Bahasa jiwa bahasa rasa
        bergolak gemuruh menggetar sukma
        meliuk mengalun dalam irama
        memaut kehendak setipu daya

        Bahasa kalbu menggamit rindu
        halus tersimpan bercadar malu
        ingatan santun indah tertuju
        mengingat DIA Allah yang Satu...
        ---------
        terima kasih dinda...♥

        Monday at 11:06pm ·  ·  2



      • Rabeah Mohd Ali PATRIKAN CINTA KITA DARI DUNIA HINGGA KE SYURGAWI

        Kanda Oh! Kanda
        terima kasih kerna sudi cintai dinda krana-NYa
        dinda terharu dalam sendu
        syukur dalam sujud

        Kanda Oh! Kanda
        kita akan sentiasa bersama
        mencari redho Ilahi
        di setiap waktu dan ketika
        hingga ujung nyawa

        Kanda Oh! Kanda
        kita saling faham
        saling sayang
        saling cinta krana-Nya
        krana kita saling memburu cinta-Nya
        maka Allah membuka hati kanda untuk
        melamar cinta dinda
        dan dinda terima dengan rasa syukur
        perancangan-Nya mendahului
        apa yang hamba-Nya fikirkan
        makanya kita hargai dalam rasa syukur

        Kanda Oh! Kanda
        ikatan cinta ini kerna Allah
        makanya sucikanlah dengan ikatan suci
        agar tidak dimurkai-Nya
        maka segerakanlah ikatan suci ini kanda
        biar Allah redho ikatan cinta suci kita
        rahmat dari-Nya pun datang ...

        Kanda Oh! Kanda...
        betapa indahnya cinta kita
        pabila kita sama-sama
        dapat beramal soleh
        membawa sebanyak mampu bekalan
        untuk kita bawa pulang ke negeri abadi
        bagaikan hari-hari cinta kita
        disulami dengan bunga-bunga Syurga
        sentiasa harum mewangi
        Subhanallah indah-Nya kanda

        Andainya dinda pergi dulu
        janganlah kanda bersedih
        yang penting kanda redhoi
        di hari kematian dinda
        itu sudah lebih bermakna
        buat dinda
        kerna redho kanda
        adalah redho Allah
        Insya-Allah
        dinda tunggu kanda di pintu Syurga
        kerna dindalah bidadari Syurga kanda

        Makanya dari itu kanda
        berjanjilah pada dinda
        untuk patrikan cinta kita
        dari dunia hingga ke Syurgawi

        Karya : Putri Rimba Niagara
        15 Mei 2012
        (ISTIMEWA GURINDAM PUISI INI UNTUK PUJANGGA CINTA DUNIA AKHIRATKU KANDA PUTRA WERDYS KALBARY TERCINTA)

        Tuesday at 8:48am ·  ·  2





0 comments:

Post a Comment

 
;