Sunday, 13 May 2012

JIKA BENAR AKU SUMBER INSPIRASIMU SEKALUNG RINDU KUTITIPKAN UNTUKMU!




HARAP SUDI MENJADI RAKAN SASTRAKU HINGGA TERHENTI
NAFAS TERHENTILAH PENA

Duhai sahabatku yang tersanjung di hati...
Saat aku ingin menjadi sahabat yang paling setia di dunia ini
Pada semua sahabat-sahabatku
Mereka dengan mudah menghancurkan harapanku
Aku kecewa bukan sekali ...terlalu banyak kali
Hinggakan aku tidak yakin adakah akan wujud sahabat
Yang memahami aku
Yang tak akan pernah membuat hatiku terguris luka

Kadang kala mahu saja aku bisukan tintaku ini...
Jika itu boleh membahagiakan hati sahabatku...
Tapi mana bisa mungkin aku bisukan pena ini...

Sastera adalah duniaku
Karya adalah anugerah yang tak ternilai harganya dari Tuhanku
Aku bersyukur dengan Kurniaan dari Tuhanku

Aku bersahabat dengan mereka
Yang hanya boleh terima karyaku
Jika kerna aku berkarya
Membuatkan mereka sakit hati....
Itu bukanlah matlamatku
Untuk berbangga diri
Itu pun bukan sikapku
Kerna aku bukan
Tergolong dalam orang yang bijak pandai
Kalau pandai daripada kaca mata mereka
Itu semua daripada Kurniaan Tuhanku
Jadinya tak perlu risau
Apa kelebihan yang Allah Kurniakan padaku
Ada juga pada mereka tapi dalam bentuk berbeda
Allah itu kan Maha Adil pada setiap hamba-NYa
Cuba kita fikir sedalam-dalamnya
Pasti kita akan dapat jawapannya
Dan kita tidak akan rasa cemburu
Malah saling menghargai

Yang penting kita bersahabat
Saling muhasabah diri
Sama-sama mencari
Bekalan untuk dibawa pulang ke negeri abadi

Mana tahu berkat usaha kita yang tidak pernah
Berputus asa percaya Kewujudan Allah SWT
Dan dengan kepercayaan itu kita berlumba-lumba
Mempersiapkan amalan seikhlas kerana-Nya
Hidup dan mati kita diredhoi Allah Aamin
Ikatan persahabatan kita dapat diteruskan
Hingga ke Syurga-Nya. Insya-Allah Aamin

Tapi hingga saat ini....aku kecewa sesangat
Dengan para sahabatku...
Mulanya bersumpah setia untuk setia
Akhirnya melupakan kesetiaan yang pernah dilafazkan

Aku tersiksa kini kenapa mereka setega itu padaku...
Sedangkan aku dan mereka tak pernah bertemu...
Mendengar suara di telefon pun tidak
Cuma sekadar rakan fb....
Itu pun sekadar karya saja yang bersiaran...
Sudah boleh membuatkan rakanku berjauh hati denganku
Kenapa ... aku benar kaget
Apakah salah aku selalu menyiarkan karya
Membuatkan rakan-rakanku sakit hati?
Aku menulis bukan
Mengata orang
Menfitnah orang
Merendah-rendahkan kebolehan mereka
Yang kutulis semuanya
Mengenai
Ketuhanan
Kerohanian
Kemanusiaan
Ketabahan
Berkasih sayang kerana-Nya

Kalau kerana aku berkarya membuatkan mereka sakit hati padaku
Terpulanglah...aku pun sudah redho dengan perpisahan ini dan
Aku sudah pun memaafkan mereka tentang apa yang mereka lakukan padaku.

Jika ada di antara mereka yang tidak dapat kuterima menjadi rakan fbku...bukan aku tidak mahu terima...tapi aku hanya terima mereka yang 100 pratus memberi kerjasama denganku dan menyokong dunia karyaku disamping berbagi ilmu dunia akhirat.

Rakan fbku terlalu terhad...jika mana yang tak aktif terlebih dahulu aku mohon dimaafkan....dunia akhirat...

Biarpun tidak menjadi rakan fb....kita masih lagi sahabat dan tidak akan terputus ikatan talisiraturrahim....jika sudi doakan aku duhai rakan yang pernah menjadi rakan fbku dan maafkan aku dan sudilah memahami dunia karyaku....Janji ye kita tetap sahabat...andai kata diizinkan Allah SWT jumpa di alam realiti ...kita akan berjabat tangan tanda talisiraturrahim kita tidak pernah terputus...

UNTUK MENJADI HAMBA-NYA YANG BAIK
AKAN DIDUGA-NYA MAKANYA KESABARAN PALING PENTING
SALING MEMAAFKAN ADALAH TERBAIK
AKAN TENANGLAH JIWA

Itulah kisah yang ingin kusampaikan padamu duhai sahabat sastraku...moga kau sudi menjadi rakan fbku yang setia dan sudi memberi sokonganku sedaya mampumu agar aku dapat berkarya sehingga terhenti nafas terhentilah pena.

Karya : Putri Rimba
12 Mei 2012
 ·  ·  · Yesterday at 9:25am
  • Werdys Kalbary and Asmira Suhadis like this.
    • Azridah Ps Abadi sedih dan pilu hatiku...kita seakan sama..ingin sekali aku menghentikan pena di hayat ini, namun aku tidak mampu melakukannya..kecintaanku jua pada dunia sastera..sahabat yang sejati umpama sehelai sapu tangan, ketika mata menangis, sapu tanganlah yang akan menyapunya..dan jadilah seperti batu kerikil di pantai...andai ada ombak menghempas pantai, batu kerikil tetap setia dengan pantainya.
      6 hours ago ·  ·  1
    • Asmira Suhadis ooo Azridah Ps Abadi, nampaknya kita sama...aku juga batu kerikil, malah ada puisi ku di sini yang terdahulu bercerita bagaimana aku menjadi kerikil...ya..kitalah si batu kerikil yang masih setia..
      6 hours ago ·  ·  1
    • Azridah Ps Abadi Jadilah sahabat yang setia...andai ia menyakiti hatimu, andai ia membuatkanmu menangis, terima dengan seadanya..jangan sekali engkau membencinya, kerana pasti suatu hari nanti engkau akan merinduinya.
      6 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali SASTRAMU SASTERAKU ADALAH DUNIAKU!

      Duhai asmira & Azridah...
      Hati kecil kuberkata kalianlah
      Rakan sastera yang memahamiku
      Di kala aku kesakitan yang mohon
      Simpati dari rakan-rakan sastra
      Agar memahami dunia sasteraku
      Yang telah kudambakan sejak
      Puluhan tahun ...
      Di usia yang tersisa ini
      Bukan nama atau untuk mencipta
      Karya hebat yang kuimpikan
      Cukuplah sekadar bila kutiada nanti
      Karya-karyaku dapat dibaca oleh
      Anak cucuku sebagai tanda kasih
      Dan sayangku pada mereka semua
      Makanya aku berkarya ....
      Amat perlukan sokongan rakan-rakan sastra
      Yang dihormati lagi disanjungi
      Bagi memberi sokongan dan kerjasama padaku
      Biarpun sekadar , 'like'
      Terlalu berharga bagiku ...apata lagi jika
      Mahu memberi pendapat bernas dan
      Berpuisi bersama-samaku
      Aku teruja dengan dunia karyaku
      Aku teruja dengan dunia karya rakan sasteraku
      Maka dari itu kumerayu pada semua rakan sastraku
      Sudi menyokong aku
      Dengan berkarya yang menenangkan jiwaku
      Mendengar kerana karyamu yang bergandingan dengan ku
      Akan kubingkaikan menjadi memori indah untuk dikenang
      Di laman maya dan di baca oleh seluruh penghuni alam maya
      Di seluruh pelosok bumi ini
      Yang cintakan sastera melayu
      Marilah sahabatku berpuisi bersamaku
      Membicarakan sastramu kepadaku
      Kerna duniamu dan duniaku adalah sama
      Maka itu kita ditemukan di sini
      Tahukah kalian
      SASTRAMU SASTERAKU ADALAH DUNIAKU!

      Karya: Putri Rimba Niagara
      14 Mei 2012
      4 hours ago ·  ·  2
    • Asmira Suhadis sahabat puisiku Rabeah Mohd Ali, kesakitan pemuisi itu sama, paha kanan tercuit paha kiri juga terasa, bukankah hidup ini ibarat aur dengan tebing, saling sandar menyandar..sokong menyokong, sakit sama dirasa, sehat sama merasa..jangan bimbang..kita tetap setia seprti setianya kerikil dibatu,
      4 hours ago ·  ·  2
    • Azridah Ps Abadi Duhai sahabat penaku RMA..kegembiraanku adalah kegembiraanmu, tangisanmu adalah tangisku..kita kan bersatu pada irama hayat yang kian bercantum..insyaallah...
      4 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Duhai amira biarpun rinduku pada mu sejak dulu hingga kini amat menderakan jiwaku...mau rasanya saat ini aku memeluk mu erat untuk menghilangkan rinduku ini...hehehe....salam sayang sastra sampai hujung nyawa dariku...muaaahhhhhhh
      4 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali 
      Duhai Azridah PS Abadi...kita seakan kembar sastera biarpun usia kita berbeda tapi sasteramu sasteraku menyatukan hatiku nan indah-indah ...rasanya hari ini bagaikan hidupku berpelangi cinta sastra...hingga aku rasakan tidur di bulan dengan nyenyaknya berbicara pada....bulan...aku tetap sahabatmu kerana selama ini kaulah sumber inspirasiku berkarya...dan kini kehadiran rakan-rakan sastraku mengindahkan lagi dunia sasteraku...terima kasih rakan sastraku kerna sudi terima karyaku apa adanya dan bila kuberkarya memuji Tuhanku...barulah terima SeAgung Cinta-Nya .
      4 hours ago ·  ·  2
    • Azridah Ps Abadi Aduhai RMA...jika benar aku sumber inspirasimu, sekalung rindu kutitipkan untukmu..pintaku hanya satu, biarlah katamu lahir dari hatimu yang satu, kerana hati tak bisa mendustakan kata.
      3 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali INSPIRASIKU INSPIRASIMU

      Jika kau meragui kataku ...
      Gimana lagi untuk bicara seenak lagu puisi
      Gimana lagi untuk tarikan penaku ini agar kau mengerti
      Ketahuilah olehmu setiap karya yang kubaca dari karya
      Rakan puisiku sebenarnya itulah inspirasiku
      Dan tika sedang aku berkomunikasi dengan mu
      Itulah ispirasi aku berkarya
      Biarpun sebaris ayat yang dibicarakan itulah inspirasiku
      Biarpun cuma sekadar , 'like' saja pun inspirasiku
      Justru mereka yang hadir di setiap wallku bersastra
      Adalah bagaikan mutiara yang paling berharga
      Kerna itulah rezeki ku untuk berkarya
      Rezekiku berkarya
      Itula inspirasiku
      Mengutip sebanyak mana khazanah kata-katanya
      Dapat kuhimpun di memoriku
      Pabila penaku mahu bersastra saat ini dan sampai
      Kapanpun khazanah bahasa akan terhimpun dengan
      Banyaknya sokongan daripada rakan-rakan sastraku
      Dalam dunia sasteraku sastramu
      Dunia sastramu sasteraku
      Itulah inspirasiku inspirasimu
      Kalau kau nak tahu...

      Karya Putri Rimba
      14 Mei 2012
      13 minutes ago · 
  • (PETIKAN DARIPADA GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
    14 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;