Tuesday, 15 May 2012

SASTRAKU DAN SASTRAMU = SASTRA KITA




    • SE-AGONG CINTA-NYA

      Duhai rakan sastraku...
      kita seakan kembar sastera biarpun usia kita berbeda
      tapi sastramu sasteraku menyatukan hatiku nan indah-indah ...
      rasanya hari ini bagaikan hidupku berpelangi cinta sastra...
      hingga aku rasakan tidur di bulan dengan nyenyaknya
      berbicara pada bulan, 'Bulan...aku tetap sahabatmu kerana
      selama ini kaulah sumber inspirasiku berkarya...
      dan kini kehadiran rakan-rakan sastraku mengindahkan lagi dunia sasteraku...
      terima kasih rakan sastraku kerna sudi terima karyaku apa adanya
      dan bila kuberkarya memuji Tuhanku...barulah terima Se-Agong Cinta-Nya.

      Karya Putri Rimba Niagara
      14 Mei 2012
       ·  · Monday at 10:03am · 
    • SASTRAMU SASTERAKU ADALAH DUNIAKU!

      Duhai rakan sastraku ...
      Hati kecil kuberkata kalianlah
      Rakan sastera yang memahamiku
      Di kala aku kesakitan yang mohon
      Simpati dari rakan-rakan sastra
      Agar memahami dunia sasteraku
      Yang telah kudambakan sejak
      Puluhan tahun ...
      Di usia yang tersisa ini
      Bukan nama atau untuk mencipta
      Karya hebat yang kuimpikan
      Cukuplah sekadar bila kutiada nanti
      Karya-karyaku dapat dibaca oleh
      Anak cucuku sebagai tanda kasih
      Dan sayangku pada mereka semua
      Makanya aku berkarya ....
      Amat perlukan sokongan rakan-rakan sastra
      Yang dihormati lagi disanjungi
      Bagi memberi sokongan dan kerjasama padaku
      Biarpun sekadar , 'like'
      Terlalu berharga bagiku ...apata lagi jika
      Mahu memberi pendapat bernas dan
      Berpuisi bersama-samaku
      Aku teruja dengan dunia karyaku
      Aku teruja dengan dunia karya rakan sasteraku
      Maka dari itu kumerayu pada semua rakan sastraku
      Sudi menyokong aku
      Dengan berkarya yang menenangkan jiwaku
      Mendengar kerana karyamu yang bergandingan dengan ku
      Akan kubingkaikan menjadi memori indah untuk dikenang
      Di laman maya dan di baca oleh seluruh penghuni alam maya
      Di seluruh pelosok bumi ini
      Yang cintakan sastera melayu
      Marilah sahabatku berpuisi bersamaku
      Membicarakan sastramu kepadaku
      Kerna duniamu dan duniaku adalah sama
      Maka itu kita ditemukan di sini
      Tahukah kalian
      SASTRAMU SASTERAKU ADALAH DUNIAKU!

      Karya: Putri Rimba Niagara
      14 Mei 2012
       ·  · Monday at 8:35am · 

0 comments:

Post a Comment

 
;