Monday, 14 May 2012

PENDEKAR MELAYU DARI TEMASIK




Pendekar melayu dari Temasik,
Pantas dan tangkas bermain senjata,
Sarang tabuan jangan di usik,
Kelak merana badan binasa

Langkah Pahlawan melayu terbilang,
Di tangan keris terselit bersilang,
Bangsa melayu bukan nya calang,
Tidak ada yang bisa menghalang

Keris ku cabut bukan nya marah,
Aku saja ingin mencuba,
Pantang melayu tunduk menyerah,
Lautan dalam sudah ku duga

Keris bukan sebarang keris,
Keris pusaka warisan melayu,
Semua teratur duduk sebaris,
Ukiran nya juga berteraskan ilmu

By Ayah Muz Ilyashah
2 ·  · 
  • You, Zairi Erie and 7 others like this.
    • Ct Balqaish alahai...mcm lawak je..skunk owg da x gune keris da.Ad p0n simpn dok dlm laci.Senjata terkini pantas,tepat n secepat kilat tu dye pistol atau snapang..paling kejam boM..Hua..hua..hua...
      May 6 at 3:12pm · 
    • Ayah Muz Ilyashah jangan takut jangan kau lari,
      aku kan kejar sampai kau penat,
      keris ku bukan tamensari,
      aku beli kat kg datok keramat
      May 6 at 3:52pm ·  ·  1
    • Ayah Muz Ilyashah memang betul zaman dah berubah...warisan melayu akan pudar....sekarang zaman senjata modern...tapi jgn lupa..ubat doktor ubat doktor juga....kalau dah tesampok hantu kak limah ..cari juga pawang tradisional......jadi jgn lupa jgn tak percaya.....
      May 6 at 3:57pm ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali AKU BERJUANG BUKAN DI DALAM GELANGGANG!

      Tika aku terlantar parah begini...
      Mana pergi anak-anak muridku...
      Yang mengaku akan menuntut
      Darahku yang jatuh ke bumi
      Walaupun setitis!
      Ini bukan setitis...
      Tubuhku dipenuhi darah....
      Sesuka hati mereka
      Menetak ...menghentak
      Memukul ...menyepak terajangku
      Bukan aku tidak boleh melawan mereka
      Mereka terlalu ramai
      30 orang tu...
      Kalau benar mereka anak jantan
      Kenapa tak satu lawan satu?
      Biarpun begitu pantang
      Anak jantan lari di medan juang
      Biarpun mereka ramai
      Aku seorang
      Aku kerahkan segala tenaga jantanku
      Hingga tak kuhiraukan
      Darahku merecik sana sini
      Lagi kuat hayunan parangnya
      Lagi kuat hayunan
      Sepak terajangku
      Kerana mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
      Aku tidak bersenjata
      Kerna
      Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
      Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
      Kerna aku percaya
      Tuhan Mahu Mengujiku
      Kerna adalah suratan takdirku
      Aku terima dengan redho
      Coma jika dipanggil Illahi
      Adakah anak-anak jantan melayu
      Di luar sana masih membisu dan kaku
      Aku tidak minta ditebus kematianku
      Tapi jagalah bangsa melayuku
      Agar tidak menerima nasib sepertiku
      Diserang hendap tanpa dugaku
      Dan pantang aku
      Bangsa aku ditindas dan tertindas
      Tanpa sebab musabab....
      Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
      Makanya bangsaku
      Kalau melayu tak sokong melayu
      Siapa lagi?

      Pahlawanku yang teraniaya...
      Sabarlah...
      Tuhan bersamamu tika ini
      Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
      Andai kau dijemput Illahi...
      Syurga menantimu
      Insya-Allah Aamin

      Karya : Putri Rimba.
      24 April 2012
      May 6 at 8:24pm ·  ·  1
    • Ayah Muz Ilyashah ‎@ Rabeah Mohd Ali.... Sudah lama kau menghilang, Rupa nya engkau pergi berguru,Kehebatan mu bukan kepalang,Kau pun salah satu dari murid ku...
      May 6 at 8:29pm · 
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih guruku ...kerna sudi akhirnya terima aku menjadi muridmu setelah aku terlantar di hospital...entahkan hidup entahkan mati....kalau aku mati berjanjilah denganku bahawa kau jangan sekali biarkan bangsa melayu diinjak-injak....
      May 6 at 8:34pm ·  ·  1
    • Ayah Muz Ilyashah oh begitu..kau sakit ya...ku do'akan agar kau sembuh sepenuh nya ...tak ku sangka keris ku punya angkara, tersusuk aku bukan sengaja, setiap murid ku akan merasa, barulah ku turunkan ilmu sambil ijazah..nah sekarang kau ku gelar perwira..tangkas pantas bermain senjata..jaga langkah mu jgn binasa..sebut namaku ku bila2 masa...
      May 6 at 8:39pm · 
        •  SENYUMAN ANAK CUCU ADALAH SENYUMAN
          AMAT BERMAKNA BUAT PENDEKAR AYAH MUZ ILYASHAH

          Ayah Muz Ilyashah...
          Darahmu ada darah kepahlawanan
          Kepahlawanan Laksamana Hang Tuah
          Biarpun Laksamana Hang Tuah telah lama bersemadi
          Tapi roh perjuangan sucinya hidup bersama semangat mu

          Biarpun rintangan
          Datang dari segenap penjuru
          Tak akan kau hiraukan lagi

          Rakyat dan Raja di bumi pertiwi mu
          Adalah lambang kekuatan untuk kau berjuang
          Memperjuangkan hak mereka yang selayaknya
          Mereka kecapi
          Bagi mu keamanan ibu pertiwi Indonesia
          Adalah matlamat perjuangan mu
          Dan semangat itu
          Tak akan luntur
          Sampai kapan pun!

          Hidup mu adalah perjuangan
          Perjuangan
          Hak Rakyat
          Hak Raja
          Hak Pemerintah
          Semuanya ingin kau gabungkan
          Agar tiada yang rasa terpencil
          Pabila bergabung ...ibu pertiwi pasti aman
          Pembangunan akan pesat membangun
          Dan boleh bersaing di persada dunia

          Hari-hari adalah perjuangan
          Tiada hari melainkan perjuangan
          Di mana kau pergi dan ke mana kau berada
          Adalah perjuangan
          Demi membela
          Agama, bangsa dan ibu pertiwi Indonesia

          Darah dan keringat mu
          Pasti akan terbayar juga
          Samada kau masih hidup
          Atau kau telah tiada di bumi ini
          Kerna Allah sentiasa bersama mu
          Allah sentiasa bersama semangat mu
          Dan Allah memakbulkan doa mu
          Yang mahu melihat anak cucu mu
          Tersenyum ikhlas menerima pengorbanan mu
          Senyuman anak cucu adalah senyuman
          Yang amat bermakna buat mu
          Pendekar Ayah Muz Illyashah

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          6 Mei 2012
          (KARYA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU PENDEKAR AYAH MUZ ILYASHAH)
          May 6 at 8:47pm ·  ·  2
        • Rabeah Mohd Ali Duhai Maha Guruku Ayah Muz Ilyashah...
          Terima kasih kerana sudi
          Ijazahkan padaku gelaran perwira
          Amat bermakna bagiku
          Kan kuwariskan keperwiraan
          Yang kau turunkan padaku ini
          Kepada generasi pelapis
          Agar keperwiraan ilmu Hang Tuah
          Tak hilang ditelan zaman....
          Kan kubuktikan pada dunia kata moyangku
          Laksamana Hang Tuah ,
          ' Melayu takkan hilang di dunia ini!'
          May 6 at 8:55pm ·  ·  1
        • Zairi Erie Batang kayu bersarang madu
          Rebung seiris dimakan kuda
          Pantang Melayu diberi malu
          Ujung keris jadi penghapusnya
          May 8 at 9:02am ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Waduh! Pandai kamu berbicara!
          Tika aku bertarung di mana kamu?
          Kamu sebenarnya pengecut?
          Berani berkata mati....
          Tapi hakikatnya takut matiiiiii!!!!!! hehehehe
          May 8 at 9:07am ·  ·  1
        • Aning Awang Very well versed pantun! Cukup bersemangat!
          May 8 at 9:13am ·  ·  1
        • Ayah Muz Ilyashah Pantun bukan sembarang pantun, Pantun Melayu berbaris barisan,Langkah ku buka bersopan santun,Itu lah dia seni warisan
          May 8 at 11:28am ·  ·  1
        • Ayah Muz Ilyashah ‎@ Aning Awang ..Kalau tuan mengopek bawang,Hati2 pedih nya mata,Terima kasih Wahai Aning Awang,Duduk mu itu saorang perkasa
          May 8 at 11:32am · 
        • Aning Awang Di sawah padi berlintah berpacat,
          Rintangan kecil dek kerana padi;
          Walaupun diangkat seribu darjat,
          Melayu tak layu kerana dipuji...
          May 8 at 2:29pm ·  ·  1
        • Ayah Muz Ilyashah Melayu tak layu kerana di puji, Sedikit tidak rasa berdebar, Tapi melayu selallu di uji,Tetap melayu bersifat penyabar
          May 8 at 2:49pm ·  ·  1
        • Aning Awang Pokok ketapang daunnya lebar,
          Tidak ditanam di dalam hutan;
          Kalau dah tahu Melayu penyabar,
          Janganlah pula diambil kesempatan....
          May 8 at 2:53pm ·  ·  1
        • Ayah Muz Ilyashah Sudah menjadi resam dunia,Yang sabar selalu teraniaya,Kerana melayu masih setia,Tetap kukuh walaupun di cabar
          May 8 at 3:02pm ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Bersabar melayu ada hadnya,
          Jangan sampai pasir masuk ke mata;
          Bumi bertuah ini melayu yang punya,
          Melayu jangan dipandang sebelah mata.
          May 8 at 3:08pm ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Melayu jangan dipandang sebelah mata,
          Melayu setia pada ketua yang setia;
          Jika ketua berpaling tadah buruk padahnya,
          Kerna melayu takkan biarkan bermahaja lela.
          May 8 at 3:12pm ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Dari dulu hingga sekarang,
          Melayu terkenal dengan kepahlawanannya;
          Pahlawang melayu nampak je garang,
          Tapi hatinya murni membela bangsanya.
          May 8 at 3:14pm ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Dengan keris yang terhunus ini,
          Telah bersumpah pahlawan melayu;
          Bangsa melayu akan dibela sepenuh hati,
          Rela mati demi membela nasib melayu.
          May 8 at 3:17pm ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Pergi aku menuntut ilmu persilatan
          Ingin berguru pendekar handalan;
          Ayah Muz maha guru persilatan,
          Kegagahannya tiada tandingan.
          May 8 at 3:24pm · 
        • Rabeah Mohd Ali Muridnya ramai tak terkira,
          Semuanya sudah menjadi pahlawan;
          Bergelar pahlawan rasa gembira,
          Membela nasib melayu itu diperjuangkan.
          May 8 at 3:26pm · 
        • Rabeah Mohd Ali Pahlawan bukan hendak menunjuk hebat,
          Tapi kerana membela nusa dan bangsa;
          Laksamana Hang Tuah sememangnya hebat,
          Telah bersumpah melayu takkan hilang di dunia.
          May 8 at 3:29pm · 
        • Rabeah Mohd Ali Maka dari itu ayuhlah semua pahlawan melayu,
          Bangkitlah dengan semangat baru;
          Jangan biarkan dizalimi bangsa melayu,
          Barulah aman dunia melayu.
          May 8 at 3:31pm · 
        • Ayah Muz Ilyashah Bersabar lah engkau wahai muridku,Jangan marah ikut kan nafsu,Langkah mu itu persiapkan dulu,Keris mu itu belum berhulu..hahahaa keris belum siap lagi baru nak buat
          May 8 at 3:52pm · 
        • Rabeah Mohd Ali Guruku...jangan aku dipandang sebelah mata...
          Mentang-mentanglah ilmu kepahlawananmu tiada siapa dapat tandingi....
          Tapi tahukah kau tiada siapa yang kuat di dunia ini...kerna ada yang lebih kuat daripada mu jika kau nak tahu...tapi memandangkan aku bakal anak muridmu makanya aku salut padamu sekali aje tak lebih dari itu...hehehe
          May 8 at 4:07pm · 
        • Armizar Levi's apakah ini keris SEIRAS MELELA pak cik

          (PETIKAN DARIPADA WALL AYAN MUZ ILASHA.
          14 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;