Sunday, 13 May 2012

SASTRAMU ADALAH DUNIA SASTERAKU




HARAP SUDI MENJADI RAKAN SASTRAKU HINGGA TERHENTI
NAFAS TERHENTILAH PENA

Duhai sahabatku yang tersanjung di hati...
Saat aku ingin menjadi sahabat yang paling setia di dunia ini
Pada semua sahabat-sahabatku
Mereka dengan mudah menghancurkan harapanku
Aku kecewa bukan sekali ...terlalu banyak kali
Hinggakan aku tidak yakin adakah akan wujud sahabat
Yang memahami aku
Yang tak akan pernah membuat hatiku terguris luka

Kadang kala mahu saja aku bisukan tintaku ini...
Jika itu boleh membahagiakan hati sahabatku...
Tapi mana bisa mungkin aku bisukan pena ini...

Sastera adalah duniaku
Karya adalah anugerah yang tak ternilai harganya dari Tuhanku
Aku bersyukur dengan Kurniaan dari Tuhanku

Aku bersahabat dengan mereka
Yang hanya boleh terima karyaku
Jika kerna aku berkarya
Membuatkan mereka sakit hati....
Itu bukanlah matlamatku
Untuk berbangga diri
Itu pun bukan sikapku
Kerna aku bukan
Tergolong dalam orang yang bijak pandai
Kalau pandai daripada kaca mata mereka
Itu semua daripada Kurniaan Tuhanku
Jadinya tak perlu risau
Apa kelebihan yang Allah Kurniakan padaku
Ada juga pada mereka tapi dalam bentuk berbeda
Allah itu kan Maha Adil pada setiap hamba-NYa
Cuba kita fikir sedalam-dalamnya
Pasti kita akan dapat jawapannya
Dan kita tidak akan rasa cemburu
Malah saling menghargai

Yang penting kita bersahabat
Saling muhasabah diri
Sama-sama mencari
Bekalan untuk dibawa pulang ke negeri abadi

Mana tahu berkat usaha kita yang tidak pernah
Berputus asa percaya Kewujudan Allah SWT
Dan dengan kepercayaan itu kita berlumba-lumba
Mempersiapkan amalan seikhlas kerana-Nya
Hidup dan mati kita diredhoi Allah Aamin
Ikatan persahabatan kita dapat diteruskan
Hingga ke Syurga-Nya. Insya-Allah Aamin

Tapi hingga saat ini....aku kecewa sesangat
Dengan para sahabatku...
Mulanya bersumpah setia untuk setia
Akhirnya melupakan kesetiaan yang pernah dilafazkan

Aku tersiksa kini kenapa mereka setega itu padaku...
Sedangkan aku dan mereka tak pernah bertemu...
Mendengar suara di telefon pun tidak
Cuma sekadar rakan fb....
Itu pun sekadar karya saja yang bersiaran...
Sudah boleh membuatkan rakanku berjauh hati denganku
Kenapa ... aku benar kaget
Apakah salah aku selalu menyiarkan karya
Membuatkan rakan-rakanku sakit hati?
Aku menulis bukan
Mengata orang
Menfitnah orang
Merendah-rendahkan kebolehan mereka
Yang kutulis semuanya
Mengenai
Ketuhanan
Kerohanian
Kemanusiaan
Ketabahan
Berkasih sayang kerana-Nya

Kalau kerana aku berkarya membuatkan mereka sakit hati padaku
Terpulanglah...aku pun sudah redho dengan perpisahan ini dan
Aku sudah pun memaafkan mereka tentang apa yang mereka lakukan padaku.

Jika ada di antara mereka yang tidak dapat kuterima menjadi rakan fbku...bukan aku tidak mahu terima...tapi aku hanya terima mereka yang 100 pratus memberi kerjasama denganku dan menyokong dunia karyaku disamping berbagi ilmu dunia akhirat.

Rakan fbku terlalu terhad...jika mana yang tak aktif terlebih dahulu aku mohon dimaafkan....dunia akhirat...

Biarpun tidak menjadi rakan fb....kita masih lagi sahabat dan tidak akan terputus ikatan talisiraturrahim....jika sudi doakan aku duhai rakan yang pernah menjadi rakan fbku dan maafkan aku dan sudilah memahami dunia karyaku....Janji ye kita tetap sahabat...andai kata diizinkan Allah SWT jumpa di alam realiti ...kita akan berjabat tangan tanda talisiraturrahim kita tidak pernah terputus...

UNTUK MENJADI HAMBA-NYA YANG BAIK
AKAN DIDUGA-NYA MAKANYA KESABARAN PALING PENTING
SALING MEMAAFKAN ADALAH TERBAIK
AKAN TENANGLAH JIWA

Itulah kisah yang ingin kusampaikan padamu duhai sahabat sastraku...moga kau sudi menjadi rakan fbku yang setia dan sudi memberi sokonganku sedaya mampumu agar aku dapat berkarya sehingga terhenti nafas terhentilah pena.

Karya : Putri Rimba
12 Mei 2012
 ·  ·  · 21 hours ago

  • 3 people like this.

        • Rabeah Mohd Ali Terima kasih Azridah Ps Abadi kerana sudi memahami
          Percayalah kita kan sentiasa bertemu karya di sini atau di mana-mana
          Yang Allah izinkan kerna kita bertemu karya bukanlah untuk berpisah karya...kalau berpisah karya lebih baik kita tidak perlu berkenalan dari awal...perkara yang paling kubimbang apabila berkawan dalam berkarya...mulanya sama suka berkarya akhirnya sepi menyepi...akhirnya bisu membisu seribu bahasa ...sebelum aku terdera rindu...biarlah aku beralah dalam perjuangan demi memberi laluan kebahagian rakanku berkarya....berkaryalah...berkaryalah semahumu...kerna aku sentiasa sedar diriku siapa...pujangga yang tak pandai berpuisi seperti rakan-rakan sastra yang hebat-hebat...di sini.

      20 hours ago ·  ·  1

    • Noraini Bt Osman bole
      10 hours ago via  · 

    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih Noraini kerna sudi menjadi rakan sastraku yang setia...Insya-Alla kita janji di sini kita selalu bersua karya ....sekadar tanyakan kabar sasteramu pun sudah memadai bukan...untuk hilangkan rinduku pada dunia sasteramu...kerana dunia sasteramu adalah dunia sasteraku....salam sastera manja dari ku...hehehe
      4 hours ago · 
  • (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA, MALAYSIA DAN BRUNEI)
    14 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;