Thursday, 17 May 2012

TERUSKAN BERKARYA KANDA...MANTAP SYAIRMU INI MINATMU SAMA DENGAN DINDAKU TERATAI MENYUKAI PUISI LAMA




SYAIR PUTERA DUYUNG

Tersebutlah satu kisah percintaan,
Dimulai dengan sebuah perkampungan nelayan;
Telah berlaku satu pergaduhan,
Hanya kerana ingin merebut kekuasaan.

Pergaduhan berlaku tanpa ihsan,
Sana-sini mayat bergelimpangan;
Bermandikan darah perkampungan nelayan,
Tiga hari dua malam pergaduhan berlarutan.

Malam ini sekumpulan Kampung Nelayan,
Melarikan diri dari permusuhan;
Naik ke kapal berebut-rebutan,
Kerana ingin lari dari kekalutan.

Di malam bulan purnama indah permandangan,
Terpesona mata memandang ke arah bulan;
Mas Merah berbincang dengan Siew Lan,
Mengenai keharmonian kehidupan di lautan.

Siew Lan memujuk Mas Merah dengan kasih sayang,
Mas Merah kawan baiknya dari dulu hingga sekarang;
Berkawan baik atas dasar keikhlasan sayang,
Saling nasihat menasihati demi kasih dan sayang.

Mas Merah luahkan rasa di hati,
Menjadi penghuni lautan itu yang diingini;
Hidup berkasih sayang penuh harmoni,
Tapi apakan daya cuma imaginasi.

Melaung Mas Merah di lautan sepi,
Meraung merintih kenapa nasibnya begini;
Tiada siapa yang ingin mengerti,
Hidup di dunia dirasakan mati.

Telah berlaku sesuatu yang tidak diduga,
Tiba-tiba berlaku perubahan cuaca;
Angin rebut taufan datang melanda,
Penghuni kapal ketakutan dirasa.

Penghuni kapal menjerit ketakutan,
Kapal terhoyang-hayang di tengah lautan;
Ombah bergulung guruh berdentuman,
Penghuni kapal berada dalam kecemasan.

Hujan ribut disertai suara menakutkan,
Muncul rasaksa dasar lautan;
Menenggelamkan kapal ke dasar lautan,
Sekelip mata hilang ditelan lautan.

Semuanya mati ditimpa malang,
Kecuali Mas Merah diselamatkan duyung;
Lelaki duyung bergelar Putera Duyung,
Memiliki kuasa segala duyung.

Mas Merah koma beberapa hari,
Putera Duyung bersusah hati;
Ingin menyelamatkan Mas Merah hajat di hati,
Agar Mas Merah bernafas kembali.

Bertemu pendeta minta pandangan,
Pendeta meminta Putera Duyung fikirkan;
Sebelum membuat apapun keputusan,
Kerana alam duyung dan manusia banyak perbezaan.

Putera Duyung mahukan Mas Merah diselamatkan,
Walau apa cara sekalipun akan diusahakan;
Melihat Mas Merah hatinya ihsan,
Berkorban nyawa dia pertaruhkan.

Hati Putera Duyung perlu didermakan,
Kepada Mas Merah untuk diselamatkan;
Percantuman hati mesti dijalankan,
Itu caranya Mas Merah diselamatkan.

Putera Duyung sanggup dermakan hati,
Melihat Mas Merah koma tak sampai hati;
Putera Duyung yakin Mas Merah manusia baik hati,
Diderma hati dengan seikhlas hati.

Di malam bulan purnama dijalankan pembedahan,
Antara Putera Duyung dan Mas Merah penuh suspen;
Cahaya terang disimbahi cahaya rang bulan,
Selamat sudah pendeta lakukan pembedahan.

Selepas pembedahan berlaku perubahan,
Mas Merah bertukar menjadi duyung rupawan;
Gembiranya pendeta berjayanya pembedahan,
Pendeta bersyukur usahanya DiPerkenankan.

Mas Merah hidup bagaikan keajaiban,
Didapati dirinya ada di dasar lautan;
Berasa pelik dengan perubahan,
Perubahan dirinya di luar dugaan.

Dirasakan dirinya berada di alam fantasi,
Seolah tercapai hajat di hati;
Menjadi penghuni lautan yang dibayangi,
Kini menjadi kenyataan masih belum difahami.

Puteri Duyung menyambut kedatangan Mas Merah,
Disambut dengan tarian duyung penuh meriah;
Istana duyung dihias indah,
Menyambut tetamu terhormat Mas Merah.

Mas Merah gembira tidak terperi,
Dilayan Mas Merah seperti Tuan Puteri;
Wajahnya ayu berseri-seri,
Dirasakan impian jadi realiti.

Memang impian menjadi realiti,
Mas Merah masih lagi belum mengerti;
Dipendamkan juga kenapa jadi begini,
Akan terjawab di suatu ketika nanti.

Bergurau senda dengan Puteri Duyung,
Menghayati suasana di Taman Karang;
Menjadi sahabat baik penuh kasih sayang,
Kasih terjalin mengundang sayang.

Setiap hari berkejar-kejaran,
Berkejar-kejaran di balik taman;
Taman Karang dipenuhi bunga-bungaan,
Harum semerbak menyelubungi taman.

Dalam berkejaran terpisah dengan Puteri Duyung,
Puas dicari Puteri Duyung ke mana menghilang;
Muncul pula lelaki duyung,
Mas Merah menangis berasa bimbang.

Putera Duyung memperkenalkan diri,
Diceritakan bagaimana Mas Merah begini;
Fahamlah sudah Mas Merah kini,
Budi baik Putera Duyung terkesan di hati.

Semenjak itu berkenan di hati,
Mas Merah jatuh cinta tanpa disedari;
Dengan Putera Duyung yang baik hati,
Cinta Putera Duyung ingin dimiliki.

Tapi apakan daya cintanya terhalang,
Cinta Putera Duyung kepunyaan Puteri Duyung;
Beralah Mas Merah terus menghilang,
Bukti kasihnya kepada Puteri Duyung.

Demi sahabat ingin menjadi manusia kembali,
Agar cinta sahabatnya bertaut kembali;
Biarlah dia membawa hati,
Membawa hati luka demi sahabat sejati.

Berjumpa pendeta menyampai hajat di hati,
Agar pendeta boleh perkenankan nanti;
Mengertilah sudah pendeta kini,
Memakan 7 jenis rumpai laut dikehendaki.

Berlaku perubahan setelah makan rumpai laut,
Menjadi kembali manusia terapung di laut;
Teruna muda terjun ke laut,
Menyelamatkan Mas Merah tanpa takut.

Mas Merah pengsan tak sedarkan diri,
Doktor datang memberi rawatan;
Sedar Mas Merah gembiranya hati,
Si teruna muda yang baik budi.

Budi bahasa Mas Merah buat si teruna jatuh hati,
Cinta Mas Merah ingin dimiliki;
Melamar Mas Merah sepenuh hati,
Mas Merah terkesima antara dua hati.

Antara cinta dan budi,
Mas Merah tak mengerti;
Cintakan Putera Duyung setia di hati,
Hatinya dengan Putera Duyung tercantum di hati.

Mas Merah rupawan buat hati tertawan,
Anak-anak kapal berlumba ingin menawan;
Menawan cinta Mas Merah yang rupawan,
Ingin memiliki cinta sanggup berbunuh-bunuhan.

Mas Merah memberontak rasa tak tenteram,
Tiada dimiliki rasa kedamaian;
Tidak seperti berada di lautan,
Ingin kembali menjadi duyung lautan.

Tanpa berfikir baki 7 jenis rumpai laut dimakan,
Bertukar menjadi duyung kembali selepas makan;
Gembiranya hati tak dapat dibayangkan,
Terus menggelongsor ke dasar lautan.

Mas Merah pergi mencari pendeta,
Memohon nasihat dari pendeta bijaksana,
Hajat Mas Merah difahami pendeta,
Berjumpa Puteri Duyung itu dipinta.

Tika itu Puteri Duyung sedang berdandan,
Didandan cantik menjadi pengantin;
Sebentar lagi upacara pernikahan dijalankan,
Dengan Putera Duyung kekasih idaman.

Mas Merah menangis sepenuh hati,
Merayu pilu pada sahabat sejati;
Puteri Duyung tidak sampai hati,
Melepaskan cintanya pernikahan tak jadi.

Budi baik Puteri Duyung dingati sampai mati,
Bukan sengaja merebut kekasih hati;
Sudah terikat antara dua hati,
Moga cintanya terpatri nanti.

Putera Duyung tidak ambil hati,
Apabila Mas Merah menaruh hati;
Kedua-dua duyung tidak dikawini,
Demi kerana menjaga hati.

Sumpahan duyung Mas Merah redha,
Di siang hari menjadi manusia,
Menjadi duyung apabila malam tiba,
Pulau terpencil tempat tinggalnya.

Bernyanyi-nyanyian mengeratkan kasih,
Kasih mengasihi seperti kekasih;
Apakan daya kasih tersisih,
Kerana tak mahu berbagi kasih.

Putera Duyung datang di bulan purnama,
Memastikan Mas Merah hidup sempurna;
Ada masalah dikongsi bersama,
Ketiadaan Putera Duyung Mas Merah redha.

Kebahagiaan mereka rupanya tak lama,
Apabila datang nelayan ke sana;
Mahu menangkap Mas Merah agar ternama,
Dibuat persiapan lembing dibawa.

Malam itu malam penghabisan,
Cinta dua kekasih tidak kesampaian;
Putera Duyung ingin nyatakan,
Agar diterima Mas Merah lamaran.

Mas Merah gembira disarungkan kalungan,
Kalungan mutiara bertatah berlian;
Mas Merah ternampak balingan lembing nelayan,
Dipertaruhkan nyawa demi cinta kesufian.

Nelayan takut sembunyikan diri,
Di balik batu dia bersembunyi;
Tanpa disedari datang ketam gergasi,
Digigit nelayan hingga mati.

Panahan lembing tertusuk di hati Mas Merah,
Mengalir deras pekatnya darah;
Putera Duyung terpaku dalam luka yang parah,
Perginya kekasih dalam cinta berdarah.

Semasa nazak dipangkuan Putera Duyung,
Sempat menyuruh mengawini Puteri Duyung;
Kepedihan dirasa tak dapat dibendung,
Menangis Putera Duyung dalam cinta sayang.

Sedihnya tika itu tahunya Tuhan,
Dicabutnya lembing perlahan-lahan;
Darah terus mengalir terus-terusan,
Menangis hiba cinta tak kesampaian.

Permergian Mas Merah sentiasa dikenangkan,
Apa nak buat takdir menentukan;
Cinta kekasih tidak kesampaian,
Diredhainya dalam kepasrahan.

Di hari persandingan penuh hiba,
Jenazah Mas Merah menyaksikan cinta;
Hajat Mas Merah disampaikan juga,
Mahukan perkahwinan dijalankan segera.

Setelah persandingan upacara pengkebumian,
Mas Merah dibawa ke kuburan;
Di Taman Karang Mas Merah dikebumikan,
Menjadi legenda penghuni lautan.

Sekian Sahaja Syair Putera Duyung Kisah Cinta Abadi,
Antara dua kekasih berlainan alam perbezaan hati;
Bercantuman hati hingga ke mati,
Membawa cinta hingga ke alam abadi.

Karya: Putri Rimba Niagara
15 Mei 2012
 ·  ·  · Tuesday at 5:23pm

  • Werdys Kalbary and Wan Suwandy like this.

    • Werdys Kalbary subhanallah...kisah percintaan yang sangat indah dan dramatis, ditulis dengan bahasa syair indah beralun, sangat mengesankan... tahniah dinda...kanda salut dgn kemampuan menulismu yang sangat produktif, kanda mesti belajar banyak darimu hehehehe
      Tuesday at 5:42pm via mobile ·  ·  1

    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih kanda sebentar lagi dinda siarkan lirik lagu putera duyung & mas merah...bagi beralun-alun jiwa pembaca ...hehehehe
      Tuesday at 6:00pm ·  ·  1

    •  LUKAKU PARAH CINTA BERDARAH (LIRIK LAGU PUTERA DUYUNG)

      Napa itu terjadi...
      cinta kita tak kesampaian
      belum sempat kulafazkan cinta
      kau tinggalkanku
      dalam luka parah
      duhai kekasih hatiku o...

      Kusalahkan diriku sendiri
      membuatmu tertunggu-tunggu
      lafaz cinta dariku
      maafkanku kekasihku
      bukan sengajaku buatmu begini
      cintaku telah dimiliki dia
      tapi kesetiaanmu padaku
      buatkan kujatuh cinta padamu.

      Pabila kuingin balas cintamu
      sudah terlambat kulafaz cinta
      kau tinggalkanku
      meratap pilu pemergiaanmu
      selamanya.

      Kau korbankan dirimu demiku
      o...kasih ...kenapa...o...kenapa
      aku sepi tanpamu
      hatiku lara
      pedih hati
      kau balas cintaku
      dengan cinta berdarah
      aku pilu
      rindu dalam sendu
      Tak sanggupku trima perpisahan ini
      tapi apakan daya
      takdir harus ku imani
      moga kau tenang
      di alam sana
      ooo kekasihku Mas Merah.

      Karya: Putri Rimba Niagara
      15 Mei 2012


    • TERLEWAT KULAFAZKAN CINTA
      (Lirik Lagu Putera Duyung)

      Maafkanku duhai kekasih
      kerna terlewat
      lafazkan cinta
      ooo...maafkanku
      buatmu ternanti-nanti
      entah kenapa kelu lidahku
      untuk lafazkan cinta
      biarpun ku sudah jatuh cinta
      padamu duhai kekasih
      tika itu
      cintaku dimiliki dia
      ku bersalah terhadapnya
      biarpun dia relakan kumilikmu
      demi menjaga... demi menjaga...
      hatinya ...hatimu...
      ku tak rela berbagi kasih
      kubuatmu ternanti-nanti...
      kejamnya aku
      kejamnya aku padamu
      maafkanku duhai kekasih....
      biarpun ku tahu
      cintamu terlalu suci
      kusalah diriku
      sesal sendiri...merana sendiri
      ...
      pabila ku terlewat lafazkan cinta
      padamu duhai kekasih ooo....

      lukaku parah...
      lukamu parah...
      cinta berdarah
      sesal sendiri
      merana sendiri...
      kau tinggalkanku sendiri
      ooo....ooo...
      maafkanku kerna
      terlewat lafazkan cinta
      kau pergi bersama cintaku
      kau tinggalkan cintamu
      untuk kukesalkan sendiri
      ooo....maafkan daku....ooo
      kerna terlewat
      kulafazkan cinta...
      sesal sendiri
      merana sendiri
      lukaku parah
      cinta berdarah
      maafkan daku
      duhai kekasih
      hatiku selamanya
      biarpun kumiliki dia
      hanya kau di hatiku..
      ooo....kasih...

      Karya: Putri Rimba Niagara
      1 Mei 2012
      Like · · 40 minutes ago near Kuala Lumpur


    • Rabeah Mohd Ali Lagu Mas Merah Kepada Putera Duyung
      (Kubawa Cintamu Hingga Ke Hujung Nyawaku)

      Apa Harus Putus Dulu by POTRET lirik
      www.youtube.com
      lagunye POTRET
      Unlike · · Share · 5 hours ago

      BIAR KUBAWA CINTAMU HINGGA KE NAFAS TERAKHIRKU
      (LIRIK LAGU MAS MERAH KEPADA PUTERA DUYUNG)

      Sudah lama kunantikan
      lafaz cinta darimu
      kutahu kau bukan milikku
      dan kupasrah
      jika itu takdirnya

      Namun kumasih berharap
      lafaz cinta darimu
      kunanti penuh sabar
      pabila kau tiada di sisi
      kurindu
      kunantimu setiap bulan purnama
      penuh syahdu

      kau kucinta satu-satunya…
      cintamu bertahta di hati
      tapi apakan daya kau miliknya
      aku pasrah
      jika itu takdirnya
      kulepaskan cinta ini untuk dia
      yang kau cinta

      Biar kubawa cinta ini
      hingga ke nafas terakhirku
      demi kebahagiaanmu dan dia.

      Karya: Putri Rimba Niagara
      15 Mei 2012
      Like · · 46 minutes ago near Kuala Lumpur


    • duhai sedihnya syairmu ini kanda Rabeah
      putri duyung mu ini ditulis dengan bahasa indah
      dengan kesedihan yang berdarah-darah
      mengisahkan cinta yang pasrah berpisah

      teruskan berkarya akak..mantap syairmu ini
      minatmu sama dengan dindaku Teratai yang menyukai
      puisi lama , moga kalian bisa berteman baik :)
      oh iya dinda Teratai kirim salam padamu, )

      Tuesday at 6:10pm ·  ·  1

    • TERIMA KASIH SAYANG

      Aku hanya mengerti
      hanya engkau yang
      ada di hati ini
      kaulah cinta pertama
      cinta terakhirku
      tiada dua hanya
      kau seorang
      yang bertahta
      di hati ini
      kaulah yang menangis untukku
      bukan tangisan berduka
      tapi tangisan bahagia
      kerna kau telah berjaya
      mentakluki hatiku
      untuk mencintaimu
      seumur hidupku
      terima kasih sayang...

      Karya Putri Rimba Niagara
      15 Mei 2012
      (LIRIK PUTRA DUYUNG BARU )

      SINOPSIS PUTERA DUYUNG

      Mas Merah manusia yang bertukar menjadi duyung
      setelah menerima hati daripada Putera Duyung hasil
      daripada pembedahan Pendeta Duyung.

      Mas Merah bersahabat baik dengan Puteri Duyung
      yang merupakan kekasih Putera Duyung. Dalam masa
      yang sama Mas Merah jatuh cinta dengan Putera Duyung tetapi kerana tidak mahu menjadi penghalang percintaan Puteri Duyung, Mas Merah ingin menjadi manusia kembali.

      Mas Merah mendapat nasihat daripada Pendeta Duyung dengan memakan 7 jenis rumpai laut.
      Semasa menjadi menusia kemba muda berebut ingin mendapatkan cinta Mas Merah hingga
      sanggup berbunuh-bunuhan. Ini menyebabkan Mas Merah ingin menjadi duyung kembali dan setelah makan 7 jenis rumpai laut yang masih berbaki, Mas Merah menjadi duyung semula.Ketika itu Puteri Duyung sedang bersiap diandam untuk menjalani upacara penikahan dengan Putera Duyung. Mas Merah memujuk Puteri Duyung agar melepaskan Putera Duyung kepadanya.

      Atas pujukan itu Puteri Duyung melepaskan cintanya
      dengan rela hati.

      Demi menjaga hati kedua wanita duyung,
      Putera Duyung tiada mengawini kedua-duanya. Kali ini
      Putera Duyung hanya dapat berjumpa Mas Merah di pulau yang tidak berpenghuni apabila bulan mengambang sahaja kerana Mas Merah di waktu siang menjadi manusia dan di malam hari menjadi duyung.

      Seorang nelayan ingin menangkap Mas Merah untuk tujuan perniagaan. Tangkapan pertama gagal. Tangkapan kedua ketika itu bulan mengambang penuh, pada ketika itu juga Putera Duyung bertemu dengan Mas Merah menyarungkan kalung mutiara ke leher Mas Merah. Belum sempat Putera Duyung meluahkan hajatnya untuk melamar ,Mas Merah mati terkena lembing nelayan.

      Mas Merah menggadaikan nyawanya apabila ternampak nelayan membalingkan lembing ke arah Putera Duyung. Sebelum menghembuskan nafas terakhir Mas Merah meminta Putera Duyung mengawini Puteri Duyung.

      Disediakan oleh : Putri Rimba Niagara
      15 Mei 2012

      Tuesday at 6:10pm ·  ·  2
    • (PETIKAN DARIPADA WALL JARINGAN SASTRA INDONESIA)
                18 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;