DAN RINDU AKAN TETAP BERSINAR WALAU TANPA REMBULAN
CINTA SI NAGA SAKTI DENGAN SI PUTERI BUNIAN
Si Puteri bunian gembira setiap hari bermain di tepian Pantai Cinta Rindu menyanyi lagu rindukan kekasih yang dia sendiri tidak tahu siapakah gerangan kekasihnya itu tapi di hatinya asyik berbunga-bunga kasih dan rindu yang tak terungkap
kata-kata yang diungkap hanyalah rindu dan cinta cinta bertapak di hati seolah dirasakan hatinya sudah dimiliki cinta tapi masih tidak tahu siapakah gerangannya kekasih misterinya itu
Puteri Bunianku Sebenarnya akulah kekasihmu yang selalu mengekorimu ke mana saja kau pergi aku bahagia melihat senyuman manismu duhai kekasihku aku wujud di sisimu tapi kau tidak diberi Khashaf Allah untuk melihatku duhai kekasih hatiku cinta yang kau rasakan tika ini adalah cintaku yang tak pernah padam padamu duhai kekasihku Si Puteri Bunian Sifat kasih sayangmu yang menyanyangi semua makluk Tuhan membuatkan aku jatuh cinta padamu beruntunglah aku mencintaimu kerana selama ini aku tak pernah jatuh cinta dan tak pernah pun kenal apa itu erti cinta sebenarnya
Hakikatnya kekasihku kaulah yang telah membuatkan hatiku berbunga-bunga cinta sejujurnya kukatakan aku telah jatuh cinta padamu cinta...cinta...cinta sepenuh hati kau telah membuatkan aku taksub dengan dunia cinta
Setiap waktu kau datang ke Pantai Cinta Rindu ini ku tunggumu dalam rindu yang membara
Aku suka nyanyian syair-syair karanganmu yang menghiburkan hati seluruh penghuni lautan cinta dan rinduku ini terlalu membara-bara
Setiap kali syairmu kau lagukan dengan suaramu yang merdu bak buluh perindu mereka semuanya gembira dalam syukur pada Illahi bilamana syair-syairmu mendayu-dayu memuji Illahi semua penghuni lautan termasuk aku meratap pilu sebagaimana air matamu berjuraian begitu juga aku dan penghuni lautan semuanya akulah yang menyapu air matamu duhai kekasihku Si Puteri Bunian
Tak usahlah kau bersedih kekasihku aku selalu menyokongmu meniupkan semangatmu jika kau lemah tak bermaya melindungi kau jika ada yang ingin mendatangkan musibah padamu aku rela pertaruhkan nyawaku demi cinta suciku padamu duhai kekasihku Si Puteri Bunian yang kucintai seumur hidupku
Saat-saat paling gembira ketika kau berlari-lari di gigi pantai aku di lautan mengekorimu sehingga air di laut membiru berkocak deras tapi tenang mengekori seiring larianmu di gigi pantai kau gembira aku ceria kau sedih aku berduka cintaku telah bertahta di hatimu tanpa kau sedari tapi dapat merasakan kehadiran cintaku kasihan kau tidak dapat melihatku tapi aku dapat melihatmu dengan jelas sabarlah suatu masa nanti jika Allah bukakan khashafNya padamu kau akan dapat melihatku sejelasnya tika itu cinta kita dalam RestuNya
Di pagi Jumaat itu amat syahdu! Si Puteri Bunian rasa tak tenteram Pantai Cinta Rindu Memanggil-manggilnya
"Tuan Puteri nak ke mana ya pagi-pagi ini..." tanya dayang istana dengan penuh hormat.
"Beta hendak pergi ke Pantai Cinta Rindu," jawab Si Puteri Bunian penuh tegas tapi gelisah.
"Tapi Tuan Puteri ...Ayahanda Tuan Puteri telah berpesan tidak membenarkan Tuan Puteri pergi ke Pantai Cinta Rindu kerana terlalu berbahaya, Demi keselamatan Tuan Puteri janganlah pergi ye Tuan Puteri,"
"Tidak beta mesti pergi juga walau apapun terjadi...rahsiakan permergian beta ini daripada pengetahuan ayahanda beta," kata Si Puteri Bunian lalu terus menghilang dalam sekelip mata.
Si Puteri telah berada di Pantai Cinta Rindu Dia melemparkan pandangannya ke lautan yang terbentang luas saujana mata memandang sambil menyanyikan syair cinta untuk kekasih misterinya yang tidak pernah dia kenali asal usul kekasihnya tapi dia dapat merasakan cinta yang terlalu amat mendalam antaranya dengan kekasihnya siapa namanya bagaimana wajahnya siapakah gerangannya itu dia tak tahu tapi hatinya benar-benar merasai cintanya telah dimiliki sedangkan ketika dia berfikir-fikir siapakah gerangan kekasih misterinya itu kekasihnya itu ada di sebelahnya di temani dengan pengawal istana
Duhai Si Puteri Bunian Jika kau nak tahu Usul asal kekasih misterimu itu Dia adalah merupakan seekor naga yang gagah perkasa mempunyai kesaktian yang luar biasa mengusai seluruh penghuni lautan Cinta Rindu biarpun dia berkuasa dan mempunyai kesaktian kepada seluruh penghuni lautan kekecil mana pun dan serendah mana pun darjat dia tetap menghormati dan menyayangi sepertimana dia sayangkan dirinya sendiri hinggakan semuanya penghuni laut menyayangi dia Dialah yang mengilangkan sepimu di kala kau berduka dia menyanjungimu... melindungimu ... menerimamu apa adanya mencintaimu seumur hidupnya sekarang dia ada di sebelahmu Si Puteri Bunian Memandangmu dengan penuh kasih sayang
Sedang si Puteri Bunian keasyikkan memandang keindahan ciptaan Allah sambil bersyair cinta keluar seekor dinosaur rasaksa dari dasar lautan ingin menyerang Si Puteri Bunian
Sepantas kilat Si Naga Sakti meletakkan cengkerang siput di sisi Si Puteri Bunian dan mengilhamkan Si Puteri Bunian meniup cengkerang siput tersebut setelah ditiup timbullah seluruh penghuni lautan berenang-renang dengan laju meluru ke arah dinosaur rasaksa
Si Puteri Buniaan meniup cengkerang siput dalam keterujaan dan kegembiraan melihat segala haiwan dan karangan laut pelbagai bentuk dan rupa timbul di permukaan laut berenang-renang pantas meluru ke arah dinosaur rasaksa indahnya permandangan laut Cinta Rindu di kala itu hanya Tuhan saja yang tahu tapi penuh debaran yang menakutkan sesiapa yang melihatnya tapi tidak dengan Si Puteri Bunian dia suka dirasakan penghuni laut mengikuti perintahnya....
Ketika perlawanan penuh dramatik itu antara penghuni lautan dengan dinosaur rasaksa pepasir di dasar lautan berterbangan ke udara dan kocakan air laut amat dahsyat sekali perlawanan berlarutan hingga ke petang suara dinosaur bagaikan halilintar... kekuatannya tiada tandingan tapi akhirnya kalah ditewaskan oleh penghuni lautan yang banyaknya tak terkira
Gembiralah tidak terkata Si Puteri Bunian melihat kekalahan dinosaur rasaksa lautan bertukar menjadi merah darah dinosaur rasaksa hanyir pekat amat meloyakan Si Puteri Bunian
Si Puteri Bunian memejamkan mata ketakutan melihat pemandangan lautan yang dipenuhi darah memekat
Apabila dibukakan mata alangkah terperanjat Si Puteri Bunian apabila didapati lautan Cinta Rindu telah menjadi sedia kala indah aman tenang
Lagi memeranjatkan apabila didapati di sebelahnya ada seekor naga tersenyum melemparkan senyumannya "Sudikah kau menjadi suri hidupku wahai Si Puteri Bunian yang kucinta."
Si Puteri Bunian tidak menjawab. Dia menadah tangan ke langit lalu berdoa,
"Ya..Allah siapalah aku untuk menolak apa yang telah Kau telah takdirkan padaku aku terima dengan redha apa saja aturanMu kerana hidup dan matiku sudah kepasrahkan padaMu sejak azali lagi."
"Duhai Cinta Kalbuku kerana keikhlasanmu pada Tuhammulah maka dibukakan Khashaf Dzat cintaNya padamu dan kerana itu juga kau dapat melihatku," Habis saja Si Naga Sakti berkata-kata dia bertukar menjadi seorang teruna gagah perkasa.
Mereka berdua menadah tangan ke langit, "Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agong Lagi Maha Berkuasa Dengan kurniaan cinta yang Kau limpahkan kepada kami berdua berilah kami peluang untuk melakukan amal kebaikan yang kau redhai agar kami dapat sama-sama menyambung percintaan suci ini hingga ke SyurgawiMu Amin Ya Rabbal A'Lamin DiAminkan juga seluruh penghuni lautan dengan rasa kesyukuran tidak terucap! Bergema suara lautan yang menakjubkan di kala itu!Membahagiakan!Subhanallah! Syukur tak terucap padaMu Tuhanku.
0 comments:
Post a Comment