BAHASA KALBU ILHAM DARI ILAHI
Terima kasih teman...
Kerana sudi menghargai dan sentiasa sudi merindui karya-karyaku
Hakikatnya kita diketemukan untuk saling menghargai rakan-rakan
Puisi kerana mereka semua adalah anugerah untuk kita berkongsi
Bahasa-bahasa kalbu nan indah-indah...
Bahasa kalbu ilham dari Ilahi
Kerana setiap yang baik itu datang-Nya dari Allah Azzawajallah.
Karyamu karya rakan-rakan sastra adalah minatku
Kawan-kawan sastra adalah anugerah yang terindah buatku
Seperti indahnya pelangi di malam hari
PUTRI RIMBA NIAGARA
18 Mei 2012BERKASIH SAYANG KERANA-NYA INDAH BAGAIKAN DI SYURGA
Hidup berkasih sayang kerana-Nya indah bagaikan di Syurga
Setiap saat dan detik mengungkap kata-kata yang indah didengar
Tiada rasa menyakiti dan disakiti hati-hati
Dan nggak akan ada hati-hati yang terluka
Yang ada cumalah bahagia...
Abadi selamanya...
PUTRI RIMBA NIAGARA
18 Mei 2012
18 Mei 2012
0 comments:
Post a Comment