Sunday, 13 May 2012

CUBA PENDEKKAN PUISI DENGAN MENGAGAIKAN PEMBOROSAN KATA PADATKAN ISINYA




CINTA TERPATRI HINGGA KE SYURGAWI

Duhai cinta hatiku...
Di wajahmu ada ketenangan
Senyuman mu memukau kalbuku

Duhai cinta hatiku...
Di hatimu ada cinta
Sesuci embun pagi
Bicaramu selembut sutera
Aman roh dan jasadku mendengar
Setiap bait-bait katamu
Tiada membuatkan hatiku rasa diguris-guris pilu

Kau membuka mata hatiku
Tentang indahnya cinta kerana-Nya
Kau memuja-Nya
Aku memuja-Nya
Saling cinta mencintai
Ikhlas sepenuh hati kerana-Nya
Kita sama-sama keasyikan memburu
Cinta-Nya yang tiada penghujung-Nya

Dalam kita bercinta
Tiada sesaat pun kita melupakan-Nya
Indahnya cinta kita
Bagaikan berada di alam Syurga
Bahasamu bahasaku
Senada seirama
Menenangkan jiwa
Menenangkan roh
Lalu kita terbuai dalam alunan
Zikir pada-Nya tiada penghujung-Nya

Biarpun bumi terbelah dua
Biarpun berbumbungkan langit
Kita akan teruskan
Percintaan ini dalam redha-Nya
Agar kita sama-sama bercinta kerana-Nya
Kerna kita berdua memahami
Hakikat sebenar kenapa kita
Diketemukan
Bukan sia-sia
Bukan tidak disengajakan
Tapi disengajakan oleh-Nya
Atas kehendak-Nya
Kita bercinta kerana-Nya

Syukur Ya Allah
Atas Kurniaan Yang Berharga ini
Izinkan kubawa cinta pemberian-Mu ini
Hingga ke Syurgawi-Mu
Kerna aku mahu menjadi
Bidadarinya di dunia jua di Syurga-Mu
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

Terima kasih cinta hatiku
Yang kudambakan kerana-Nya
Kerana sudi menerima cintaku
Untuk menaungi tulang rusuk kirimu
Dengan izin-Nya kau menyempurnakan
Cintaku yang membawa ke Syurga-Nya
Makanya jika aku pergi dulu sebelummu ...
Redhailah pemergianku nanti...
Kerna dengan redhamu
Syurga menantiku ...
Dan aku menunggumu
Di Pintu Syurga
Kerna akulah bidadarimu
Yang Allah catatkan
Cinta kita terpatri hingga ke Syurgawi
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Putri Rimba Niagara
13 Mei 2012
 ·  ·  · 23 hours ago
  • 2 people like this.
    • Bintang Kartika sedikit kesilapan tatabahasanya;

      *senyumanmu.

      buang ya elipsis (...) yang tidak diperlukan di akhir larik. jika ada maksudnya elips dibuat ..., atau .... titik ke empat sebagai penamat.

      kami di PBKS akan menegur kesilapan tatabahasa atau kesilapan larik/diksi dalam puisi yang dipost di sini. untuk lebih berkesan puisimu cuba pendekkan puisi dengan mengagaikan pemborosan kata. padatkan isinya.

      salam sastera Rabeah Mohd Ali.
      3 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih kartika atas pembetulannya..
      dan boleh pancung keseluruhan bahasa yang tak kena
      kalau ditukarkan dalam bahasa indonesia lagi aku suka hehehehe
      2 hours ago · 
  • (PETIKAN DARIPADA GRUP PUISIKAN BAIT KATA SUARA)
    14 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;