Sunday, 25 November 2012

TERIMA KASIH KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KERANA SUDI MEMBACA KARYA PATIK DAN SUDI IZINKAN KARYA PATIK BERSIARAN DI WALL TUANKU.




H.H. Haji Hassanal Bolkiah added 8 photos to the album audiencias 2.
16Unlike ·  · 
  • You, Putra Syeikh Muhammad and 191 others like this.
  • Nur Kasih bila la nur leh dtg brunei jumpa Sultan H.H.Bolkiah yer???angan2 tinggi menggunung ni..
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

    Orang berbudi kita berbahasa,
    Orang memberi kita merasa;
    Indahnya budi kerana bahasa,

    Bahasa jelek hati terasa.

    Budi dibalas racun berbisa,
    Lagi berbahasa lagi berbisa;
    Berkatalah pada reti bahasa,
    Nggak faham bisulah bahasa.

    Sejambak budi sejambak bahasa,
    Indahnya budi meresap ke hati;
    Tiada kata seindah bahasa,
    Bahasa indah harum di hati.

    Bahasa kukait dengan cinta,
    Budi kuhargai hingga ke mati;
    Indahnya bahasa kerana cinta,
    Indahnya cinta setulus hati.

    Hari-hari berbahasa indah,
    Serasa berada di taman Syurga;
    Semua temanku bermadah-madah,
    Madah pujangga bak penghuni Syurga.

    Bahasa mu indah menguntum senyuman,
    Senyuman berseri bak bulan purnama;
    Dalam hati kau teman idaman,
    Terpatri cinta di Syurga bersama.

    Hari-hari ku petik bunga bahasa,
    Lalu kukarang sejambak bahasa;
    Kuhadiahkan sejambak bunga bahasa,
    Teman istimewa tahu bahasa.

    Bahasa...oh! bahasa...oh! bahasa,
    Bahasa indah hadirlah di hati;
    Kuungkapkan indahnya bahasa,
    Bahasa hati pada yang mengerti,

    Duniaku dunia bahasa,
    Karyaku karya bahasa;
    Indahnya karya bahasa,
    Berartinya karya bahasa.

    Bahasa indah terkuntum senyuman,
    Setiap bahasa sentiasa dijaga;
    Kata-kata indah terukir senyuman,
    Pahala dibawa hingga ke Syurga. 

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    22 Oktober 2012
    (DISIARKAN DI WALL H.H HAJI HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    22 Oktober 2012
  • Ratu Rimba Niagara TERIMA KASIH KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KERANA SUDI MEMBACA KARYA PATIK DAN SUDI IZINKAN KARYA PATIK BERSIARAN DI WALL TUANKU. MOGA ALLAH SWT SAJA YANG DAPAT MEMBALAS KEBAIKAN TUANKU. AAMIIN.

    MENULIS DAN BERBAGI KARYA APA YANG DITULIS ADALAH MINAT PATIK.
    about a minute ago · Like

    (PETIKAN DARIPADA WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH)
    11 Muharram 1434H
    25 November 2012M

0 comments:

Post a Comment

 
;