Saturday, 1 December 2012

YA ALLAH KAMI BERSAHABAT DAN BERTALISIRATURRAHIM KERANA-MU



MAKRIFATULLAH ITULAH SEBAGAI SYARAT

Tok Ayah Karim shared Mustahna Bin Mahat's photo.

Tenong tenong, tenong makrifat,
Dalam hati sejuta tersirat,
Renong merenong hya syarat,
Moga sahabat hingga akhirat.....

By: Tok Ayah Karim
Unlike · · Share · 18 minutes ago ·

You like this.
Ratu Rimba Niagara

sahabat akhirat tanpa syarat
kerana di kalbu ada makrifat
makrifattullAlah itulah syarat
sebagai sabahat dunia akhirat
4 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara

Yang kucari sahabat akhirat
bukan kawan dunia

Kenapa?
Apa bezanya
sahabat akhirat dengan kawan dunia?

Memang banyak bezanya
Seperti langit dengan bumi

Apa maksudnya?
Kawan dunia membuat hati jadi leka
sahabat akhirat menjadi
penghubungku ke akhirat

Hidup semuanya
berdasarkan akhirat
kerana mahu tidak mahu
hidup di dunia
akan menuju akhirat

Sebab itu pentingnya
sahabat akhirat
menjadi pendampingku
agar hidup ini
terarah ke akhirat

Ya Allah kami bersahabat
dan bertalisiraturrahim
semuanya keranaMU
agar kami saling ingat
mengingat tentang negeri
yang kekal abadi
negeri akhirat

Selagi nafas ini
dipinjamNya
hari-hari fikirkan akhirat
hari ini apa yang terlalai

Selalu salahkan diri sendiri
Kenapa aku masih lalai?
Kenapa harus fikirkan dunia lagi?
Kenapa tak mahu berubah?
Sedangkan negeri akhirat
selangkah lagi akan kutempuhi

kerana aku tidak mahu
penyesalan tanpa tertebus!

Amat malang kiranya
sampai ke negeri akhirat
tanpa amalan yang dikira
di sisi Allah Taala dan kalau
ada amalan tetapi ditolak
tanpa disedari
rugi juga
yang penting setiap
amalan ikhlas
kerana Allah Taala

Ya Allah terimalah amalanku,
ahli keluargaku, sahabat-sahabatku
dan orang-orang Islam samada hidup
dan yang telah meninggal dunia.
Amin Ya Rabbal A’ lamin.

Karya: Ratu Rimba Niagara
17 Muharram 1434H
1 Disember 2012
Like · · · Promote · 8 minutes ago ·
‎~ KLAU CUTI NAK KE MANE EKK!..KELATE KORR!
~ KLAU CUTI NAK KE MANE EKK!..KELATE KORR!
Unlike · · · 6 minutes ago ·

0 comments:

Post a Comment

 
;