Monday, 26 November 2012

JANGANLAH DARJAT MEMISAHKAN KITA


Alhamdu'lillah..kedatangan Sultan Abdul Samad, Daeng Chelak dan Raja Lunggu mengabarkan supaya Keturunan yg berhaq supaya segera dikenal pasti utk memukul Gong diRaja sempena Hari keputeraan Sultan tak lama lagi..

By: Putra Kencana Alam
Unlike · · · November 22 at 4:12pm via mobile

  • Ratu Rimba Niagara Hari Keputeraan Sultan mana tu ...
  • Raja Sabrie Palakka Alhamdulillah. syukur :)
  • Ratu Rimba Niagara TIADA APA YANG MUSTAHIL JIKA ALLAH SWT PERKENANKAN. AAMIIN.
  • Raja Sabrie Palakka Kehendak Allah tiada siapa yg boleh menghalang. selebihnya redha dgn ketentuan.
  • Ratu Rimba Niagara MARILAH BERSAMA BETA SUSAH SENANG KITA BERSAMA

    TUANKU DIRAJA NUSANTARA BERJIWA KEPERWIRAAN
    DEMI AGAMA RAKYAT DAN NEGARA NUSANTARA AKAN
    DIPERJUANGKAN HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR...


    DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI

    RAKYAT BETA YANG DIKASIHI,
    MARILAH BERSAMA BETA;
    PERTAHANKAN BUMI NUSANTARA INI,
    SUSAH SENANG KITA BERSAMA.

    BETA PERTARUHKAN NYAWA,
    DEMI RAKYAT NUSANTARA TERCINTA;
    INILAH TANDA CINTA BETA,
    PADA RAKYAT & NUSANTARA TERCINTA.

    TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SEINCI,
    DI BUMI BERTUAH NUSANTARA INI;
    KITA LAYARKAN PERJUANGAN ILAHI,
    AGAR KITA SEMUA DIBERKATI.

    USAHLAH DIBIMBANG DUHAI RAKYAT,
    KASIH BETA ADALAH MENGUTAMAKAN RAKYAT;
    KERANA ITU TANGGUNGJAWAB BETA PADA RAKYAT,
    BERUSAHA SELAGI DAYA MAJUKAN RAKYAT.

    JANGANLAH DARJAT MEMISAHKAN KITA,
    DARAH KITA WARNA YANG SAMA;
    BERSAMALAH MAJUKAN NEGARA KITA,
    SUSAH SENANG KITA BERSAMA.

    ANDAI KATA BETA DIJEMPUT ILAHI,
    JAGALAH BUMI BERTUAH NUSANTARA INI;
    AGAR DAPAT GENERASI WARISI,
    BARULAH TENANG DI SANA NANTI.

    KIRIMAN DOA AMAT DINANTI,
    JANGAN DILUPAI SAMA SEKALI;
    ALAM BARZAH TEMPAT ABADI,
    SEMENTARA QIAMAT DATANGI.

    MOGA KITA BERTEMU LAGI,
    DI SYURGA NEGERI ABADI;
    SEGALA KEINDAHAN DIKECAPI,
    DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KERABAT DI RAJA
    NUSANTARA & RAKYAT NUSANTARA TERCINTA)
    8 Muharram 2434H
    22 November 2012M
  • Ratu Rimba Niagara TAHTA UNTUK RAKYAT

    Jiwa seorang raja
    adalak untuk rakyat
    tiada difikirkan

    kepentingan sendiri

    tahta yang dimiliki
    hak rakyat
    bahagia rakyat
    bahagia raja
    derita rakyat
    terseksa raja

    harta yang dipunyai
    adalah harta rakyat
    diagih-agih
    pada rakyat
    memerlukan
    karna dia tahu
    harta
    yang diberikan
    itulah
    harta sebenarnya
    milik abadi
    dibawa pulang
    ke negeri abadi

    tahta raja
    bukan untuk
    kemegahan
    kebanggaan
    untuk
    direbut-rebut
    kekuasaan
    tapi
    yang ada
    dijiwa raja
    tahtanya
    adalah untuk
    berbakti pada
    rakyat sepenuh
    jiwa dan raga
    karna
    jika salah
    gunakan tahta diRaja
    akan dipertanggungjawabkan
    kepada Yang Maha Berkuasa
    Daripada Segala Yang Berkuasa
    Raja Segala Raja,
    Yang Menguasai
    Hari Pembalasan
    Allah Robbul Idzatii

    tahta raja
    adalah untuk rakyat
    karna
    jiwa dan raganya
    dipikiran
    rakyat...rakyat...rakyat...
    mahukan rakyat hidup
    sejahtera
    di bumi bertuah SeNusantara
    karna itu
    tahta raja adalah untuk rakyat
    SeNusantara tercinta
    dan demi rakyat
    bukan setakat tahta
    diberikan untuk rakyat
    malah nyawanya
    menjadi taruhan
    untuk rakyat
    SeNusantara tercinta...

    Itulah raja dambaan rakyat
    yang mahu dimartabatkan oleh
    seluruh rakyat SeNusantara
    biarpun nyawa jadi taruhan
    demi raja berjiwa hamba
    ALLAH ROBBUL IDZATII

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    8 Muharram 1434H
    22 November 2012M
  • Ratu Rimba Niagara LAYARKAN BAHTERA LANCANG KUNING

    kanda tuanku
    jangan lemah semangat
    jangan mati akal

    ayuh ...!
    kita teruskan tinta lancang kuning ini
    biarpun tsunami datang membadai
    memusnahkan segala cinta
    tapi cita-cita kita
    untuk meneruskan
    bahtera lancang kuning
    harus kita pertahankan
    jangan biarkan bahtera
    lancang kuning
    yang sama-sama kita bina
    musnah dipukul badai membadai
    cukup...cukup sudah
    bahtera lancang kuning
    tersadai karam terlalu lama
    cukup sudah ianya menanggung
    segala gubuk derita
    diinjak...injak
    dihina
    seolah lancang kuning
    tak pernah wujud
    sedangkan lancang kuninglah
    yang pertaruhkan nyawa
    demi kemerdekaaan nusantara ini
    setelah merdeka lancang kuning
    tidak dipedulikan
    dikebumikan tanpa nesan
    apakah ini adil untuk
    tetesan darah lancang kuning kanda?
    dengan
    tetesan air mata ini
    tetesan darah ini
    tinta-tinta lancang kuning ini
    kan dinda renjiskan
    ke seluruh pelosok bumi SeNusantara ini
    biar mereka tahu gema
    suara lancang kuning
    akan terus bergema
    tanpa henti
    hingga terhenti nafas
    inilah sumpah dinda pada
    lancang kuning
    agar suatu masa nanti
    bahtara lancang kuning
    akan belayar penuh
    megah...gagah!
    yang menerajui
    bahtera lancang kuning itu
    adalah kanda
    dan permaisuri kanda
    biarpun dinda dari jauh
    hanya memandang kebahagian kanda
    itulah hadiah dari dinda untuk
    pewaris yang telah lama kanda lupakan

    berjanjilah pada dinda
    kanda akan pertahankan
    pewaris tahta kerajaan
    lancang kuning ini
    hingga dapat diwariskan
    kepada kerabat lancang kuning
    SENUSANTARA

    ADINDA PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
    13 Oktober 2012
    October 13 at 7:54pm · Like
  • Ratu Rimba Niagara DI BAWAH LINDUNGAN RAHMAT KASIH-NYA

    Sejarah tetap sejarah
    Darah yang mengalir adalah darah keturunan diRaja
    Tak akan hilang

    Itulah sejarah yang tak akan terpadam
    Yang diwarisi hingga ke anak cucu
    Telah tercatat sejak Azali Tuhan menaikkan darjat hamba-Nya
    Segala-Nya dengan izin-Nya
    Biarpun berdarah diRaja
    Kekuasaan yang diberi bukanlah untuk
    Pakaian kebanggaan sebagai diRaja
    Tapi adalah memikul tanggungjawab kepada
    Rakyat dan akan dipertanggungjawabkan
    Raja yang disayangi rakyat
    Adalah Raja yang berjiwa hamba
    Hamba kepada Tuhan
    Kerana DIA lah Raja Segala Raja
    Raja Yang Berkuasa Di Dunia
    Raja Yang Berkuasa Di Akhirat
    Yang Memiliki Segala Kerajaan Alam Semesta
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

    Semoga semua yang DiKurniakan-Nya
    Darjat Di-Raja di bumi ini
    Menjadi Raja kepada rakyat jelata
    Yang sentiasa prihatin kepada masalah rakyat
    Memerintah dengan adil dan saksama
    Agar dapat mengundang Rahmat Kasih Dari-Nya
    Maka jadilah sebuah negara yang
    Aman damai sejahtera selamanya
    Di Bawah Lindungan Rahmat Kasih Dari-Nya
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    1 Muharram 1434H
    15 November 2012M
  • Ratu Rimba Niagara AKU INGIN MENGOLAH SEJARAH JADIKAN PUISI SYAIR PANTUN GURINDAM CARA BARU MEMPOPULARKAN SEJARAH DI JIWA ANAK CUCU RUMPUN MELAYU SENUSANTARA

    Aku bukan ahli sejarah
    Tapi aku peminat sejarah
    Aku mahu menghargai sejarah

    Dengan caraku sendiri
    Aku ingin mengolah sejarah
    Jadikan puisi syair pantun dan gurindam
    Cara baru untuk mempopularkan sejarah
    Di jiwa anak cucu rumpun Melayu
    Agar mereka menghargai
    Sejarah moyang mereka
    Yang bersusah payah
    Memerdekakan negara tercinta
    Agar anak cucu dapat menumpang teduh
    Dengan aman sejahtera
    Tanpa ada permusuhan
    Yang akan membuatkan
    Negara moyangku dijajah semula
    Aku tak mahu sampainya jadi begitu
    Makanya
    Kurela
    Keringat dan darahku ini dijadikan tinta
    Pena untukku menulis
    Dengan air mata dan darah
    Dan takkan kuhiraukan lagi
    Segala penghinaan mereka ke aku
    Kerana aku berpena bukan
    Untuk dipandang mereka
    Aku menulis
    Demi pandangan dari-Nya
    Demi anak cucu rumpun Melayu SeNusantara

    Aku tak berhajat apa-apa dari kalian
    Tapi tolong jangan sepikan karya-karyaku ini
    Kerana ianya lahir dari hati dan kasih sayang nan suci
    Moga Allah sahaja yang dapat membalas sokonganmu itu
    Dan tolong doakan aku agar dapat berpena
    Sehingga terhenti nafas
    Terhentilah pena

    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 Ogos 2012
    PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
    13 Ogos 2012
    24 Ramadan 1433H
    (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
  • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK RAKAN PUJANGGA
    'DI MANA ADA KARYAKU DI SITULAH AKU'

    di kala aku benar-benar
    mengharapkan kau memahamiku

    harapan pengertiaan darimu
    hancur berkecai...kecai...
    kau masih tidak memahamiku
    lalu hatiku terluka
    sudah banyak kali aku katakan padamu
    bukan nama bukan sanjungan bukan material
    menjadi dambaan hidupku
    yang aku mahu karyaku
    diterima pembaca di seluruh dunia
    jikalah atas belas kasihan-Nya
    karya aku menajdi material
    material itulah
    ditunas-tunaskan
    berbunga berbuah
    hasilnya sebagai bekalan
    untuk dituai di Sana nanti

    tapi dalam aku tenggelam
    di lautan kepastian darimu
    aku menaruh kepercayaan
    agar kau memahamiku
    dalam satu perkataanmu
    kau luruhkan segala
    kepercayaanku
    bahawa kau masih tak
    memahamiku
    seolah aku rasakan
    selama ini kehadiran aku
    dalam hidupmu
    hanyalah untuk menyusahkanmu
    dan menyandarkan segala
    harapan padamu
    sesak dadaku
    seakan berhenti
    detak jantungku

    dan kerana tidak mahu
    menyusahkanmu lagi
    biarkan aku begini
    sendirian dengan karya-karyaku
    tanpa sokongan darimu lagi
    dan aku senang begini
    tanpa termakan budi
    tanpa menyusahkan kamu lagi
    atau sesiapa saja
    kerana dari dulu lagi
    sejak aku melangkah
    perjuangan dunia sastraku ini
    aku hanyalah sandarkan
    semuanya kepada-Nya
    bukan sesiapa
    jika di masa hidupku
    karya-karyaku tidak diterima
    tidak mengapa kerana aku sudah redho
    manalah tahu dalam ribuan karya-karya
    yang aku tulis itu hanya satu saja
    diterima dan dipandang oleh-Nya
    itupun lebih berharga dari alam dan seisi-Nya

    selepas ini di bumi mana
    Allah letakkan karya-karyaku
    di situlah aku berkarya
    tanpa sesiappun tahu
    siapa aku ...di mana aku
    aku cuma berada
    pada yang telah diTentukan-Nya
    dimana ada karyaku disitulah aku
    sehinggalah dijemput pulang ke Pangkuan Ilahi

    RATU RIMBA NIAGARA
    16 Oktober 2012
    November 15 at 11:30am · Like

    BERUNDUR BUKAN BERARTI KALAH
    APALAH SALAHNYA MENGAKU KALAH DEMI AKHIRAT

    apa hendak diharapkan pada kesenangan yang tak pasti
    yang kuharapkan kawan sejati
    berkata selari dengan hati
    bukan membuat kita makan hati
    dendam yang ingin kupadam
    api yang dinyalakan
    makanya berapi-api jadinya
    dan api yang paling aku takutkan api neraka
    apabila dendam tak padam
    sabar yang diharapkan
    melebur dalam dendam
    aduhai malangnya aku jika
    dendam berapi ada di mana-mana
    aku berada
    apa yang disakitkan aku pun tak tahu
    makanya demi ketenangan hati
    agar selalu sabar tertanam di hati
    pergi melenyap
    dari pandangannya
    walaupun dia berada di sini
    kerana di mana aku berada
    dendamnya pasti akan
    memakan sabarku
    berundur bukan berarti kalah
    apalah salahnya mengaku kalah
    demi akhirat
    demi ketenangan roh dan jasad...

    RATU RIMBA NIAGARA
    1 Muharram 1434H
    15 November 2012
    November 15 at 1:42pm · Like
  • MaharajaPancung Pancar Temasik Sultan mana ni?..cuba cakap betul betul...peliklah yang disebut-sebut tu dah AlMarhum lamaaa dah..lepastu cari waris pulak tu?...kalau betul maka seharusnya nenda2 semua dah temu dgn cucu-cicit mrk kan?...agaknya klon punya?..pencerahan pls Putra Kencana Alam..jgn pakai rembat aje ...
  • Ratu Rimba Niagara Silalah jawab duhai Putra Kencana Alam...jawab dengan fakta dan bernas...agar tak dikatakan Maharaja Pancung Pancar Temasik..pakai rembat aje...ah! nggak bisa dibilang gitu...kalo dipancung lagi nggak bisa...
  • MaharajaPancung Pancar Temasik agaknya this is just a figment of your imagination ?...
  • MaharajaPancung Pancar Temasik that's right my friend the elegant Ratu Rimba Niagara..we need facts here,not myths...I can get swayed by your sweet poems and poetry but I do need some mere facts,at least ,to bide by...your first comment demands an answer...apologies all around if I sound crude...
  • Ratu Rimba Niagara Maharaja Pancung Pancar Temasik...bawa bertenang...nak dipancung pun bukan sebarangan ...tunggu Putra Kencana Alam bangun dari peraduannya...bila dia jawab nanti barulah boleh buat penilaian sendiri samada imaginasi atau pun realiti. Inikan sebuah majlis diRaja...makanya segalanya yang bersangkut paut dengan kerabat diRaja & rakyat SeNusantara samada realiti atau imaginasi kita boleh debatkan secara win...win barulah best gitu...hehehe
    barulah hamba boleh salut pada semua ahli majlis yang bersidang di sini...gimana pendapatmu MaharajaPancung Pancar Temasik?
  • MaharajaPancung Pancar Temasik LIKE LIKE LIKE...hehe...daku cari scabbard utk ku sarung kembalai pedang Excalibur ini..hehe..
  • Ratu Rimba Niagara santai saja dong di sini...hilangkan segala teka teki secara santai..barulah tak tercari-cari di manakah sarung pedang yang hilang itu ye...hehehe jangan sudah dapat sarung pedang...semua mahu dipancungnya...nanti ramai pulak ahli majlis ini tak berkepala kena pancung oleh MaharajaPancung Pancar Temasik...nggak bisa gitu dong...hehehehe

  • (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA)
    13 Muharram 1434H
    27 November 2012M

0 comments:

Post a Comment

 
;