Thursday, 29 November 2012

PADA SEBUAH KEDAMAIAN AAMIIN (26) DENGAN IKHLAS RAKYAT BERDOA



Ratu Rimba Niagara shared Kami taat setia Kdymm Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota Kelantan's photo.
apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..
Unlike · · Promote ·
  • You like this.
  • Ratu Rimba Niagara RINTIHAN KALBU SEORANG HAMBA

    Apabila raja bukan matlamatnya pesona duniawi
    hidup dan matinya diserahkan pada PenciptaNya
    hidup matinya dipasrahkan dalam gengamanNya

    tiada sebesar zarahpun pakaian sombong ada di kalbu
    hari-hari setiap detik
    setiap saat
    yang ada di minda
    amal...amal..amal..
    amal apa yang ingin dipersembahkan pada PenciptaNya
    rasa tenang bilamana PenciptaNya
    sentiasa memakbukan disetiap doanya
    rasa syukur dipanjatkan kepadaNya
    tasbih tahajjud malam
    itulah lambang ketenangan
    seorang hamba yang berjiwa hamba

    Ya Allah Kekasih Yang Maha Agung
    di pagi
    penghulu segala hari
    dengan berkat selawat
    " Allahumma Solli Ala SAYYIDINA Muhammad Wa Ala Ali SAYYIDINA Muhammad".
    Kau izinkan aku melakukan amal ibadat seikhlas hati
    Tanpa riyak sebesar zarah pun
    Kerana sesungguhnya ibadatku hidupku matiku
    Hanyalah keranaMu
    Aamiin Aamiin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    16 Muharram 1434H
    30 November 2012M
    (PUISI DOA INI DIILHAM ISTIMEWA UNTUK KDYMM SULTAN KELANTAN & TENGKU MAHKOTA KELANTAN)

0 comments:

Post a Comment

 
;