Monday, 26 November 2012

WARKAH UNTUK PANGERAN ADIPATI AGONG



WARKAH UNTUK PANGERAN ADIPATI AGONG ADMIN GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA
'INDAHNYA BERBAGI ILMU DEMI SEBUAH PERJUANGAN SUCI'

Pangeran Adipati Agong:
Alhamdulillah
Kami rasa gembira dengan sumbangan karya pujangga Ratu Rimba Niagara yang menghiasi lelaman majlis ini..
Teruskanlah perjuanganmu wahai puteri..
Wassalam
Unlike · · Follow Post · 5 hours ago via mobile

You, Panglima Daek and Tengku Muda Asyraf like this.

MaharajaPancung Pancar Temasik tak sempata baca kadang2
3 hours ago · Unlike · 1

Ratu Rimba Niagara

MOGA KITA DIPILIH MENJADI KEKASIH-NYA

Terima kasih Pangeran Adipati Agong,
Kerana sudi hargai karya hamba:
Menulis tentang kasih tentang sayang,
Menyayangi demi-Nya tanda cinta seorang hamba.

Insya-Allah selagi terdaya,
Disumbangkan karya untuk lelaman majlis ini;
Agar dapat dikongsi sesama rakan alam maya,
Indahnya berbagi ilmu demi sebuah perjuangan suci.

Moga grup majlis ini memberi manfaat,
Kepada semua para ahli grup;
dunia akhirat mendapat manfaat,
Ikatan ukhuwah terjalin di grup.

Saling berdebat dalam sesuatu isu,
Bukan mahu menunjuk kepandaian;
Tapi untuk menyelesaikan segala isu,
Agar kesejahteraan dapat dicapaikan.

Saling berkecil hati jika tersalah bicara,
Yang dielakkan saling meninggi diri;
Kata sepakat tidak diambil kira,
Aduhai malanglah nasib diri.

Dalam suasana harmonis kita berdebat,
Yang khilaf kita betulkan;
Membetulkan yang khilaf itulah motif berdebat,
Maka jernihlah sebuah kekeruhan.

Adatlah berdebat ada kalah menang,
Jangan kecewa jika kalah memanjang;
Itu berarti menghampiri menang,
Yang bagus sesuatu debat menang menang.

Tika berdebat pasti ada yang terluka,
Rasa sakit hati pasti ada;
Sabarlah jika terluka,
Yang penting Allah sentiasa ada.

Buang yang keruh ambil yang jernih,
Pasti ada kata sepakat diambil pengobat hati;
Wajah yang keruh menjadi jernih,
Sejernih air di kali Syurgawi.

Syabas kepada Admin majlis,
Berjiwa wawasan ahli grup tak bosan;
Saling berbagi ilmu di lelaman majlis,
Insya-Allah moga berjaya segala dimatlamatkan.

Sepanjang patik bersiaran karya di lelaman majlis ini,
Maaf dipinta jika ada yang tak berkenan di hati;
Agar di masa hadapan lebih berhati-hati,
Dalam melakarkan tulisan hati di lelaman majlis ini.

Moga lelaman majlis ini sentiasa diRahmati-Nya,
Berkat berbicara indah sesama rakan;
Mengundang Nur Hidayah Kaseh-Nya
Berpanjangan selagi hayat di kandung badan.

Tiada yang indah selain menggapai cinta-Nya,
Cinta-Nya seluas Syurga-Nya;
Bersamalah kita bercita menggapai-Nya,
Moga kita dipilih menjadi Kekaseh-Nya.
(Aamiin Ya Rabbal A'Lamin)

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
10 Muharram 1434H
24 November 2012M

(PETIKAN DARIPADA GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA)
10 Muharram 1434H
24 November 2012M
Like · · · Saturday at 6:45pm

0 comments:

Post a Comment

 
;