Thursday, 29 November 2012

PADA SEBUAH KEDAMAIAN AAMIIN (6)




BACALAH PUISIKU KAU AKAN TAHU
BETAPA AKU SAYANGKAN KAMU

Allahu Akabar
bilamana kasih menyatu
hati terasa rindu
kerana tak mahu berpisah denganmu
kutanggung segala luka di hati
bertambah luka bilamana
kau sepikan aku
atas kesibukanmu
dan kufaham itu adalah tugasmu
dan aku beginilah
duduk di rimba
berkarya...berkarya...berkarya
menunggu sapa-sapa yang sudi
menyapa karyaku
ada kalanya seharian kutunggu
ku pulang dengan hampa
tiada yang sudi menyapa
aku hampa
tanpa canda rakan-rakanku di alam maya
hari-hari
kusabar menahan rindu
ku takut sangat
bila mana rindu
bertukar benci
bernci bertukar dendam
ah! malang jika terjadinya begitu
rela kuundurkan diri
daripada menjadi
boneka kebencian
sedangkan igauanku
punyai seramai mungkin
rakan alam maya
yang sayangku demi-Nya
sebagaimana aku sayangkan
mereka demi-Nya juga
bacalah puisi-puisi kasih dan rinduku padamu
kau akan tahu betapa aku sayangkan kamu...
abadi selama-Nya
hingga di Syurga kita bersaudara
Insya-Allah Aamiin.

Sahabat yang ingin setia denganmu,
RATU RIMBA NIAGARA
12 November 2012
Like · · · November 12 at 11:12pm
MOGA KITA TERGOLONG PERCAYAKAN ALAM GHAIB KERANA KITA PUN AKAN PERGI KE ALAM GHAIB NANTI ..ITULAH ALAM GHAIB YANG MENGUATKAN IMAN YANG SEBENAR-BENARNYA.

KITA MELALUI EMPAT ALAM

1. ALAM KANDUNGAN - NYATA DAPAT DIRASAKAN WUJUD
2. ALAM DUNIA - NYATA WUJUDNYA
3. ALAM BARZAH - ALAM ROH
4. ALAM AKHIRAT - PENENTU SYURGA NERAKA MEMANG NYATA

APA YANG DINYATAKAN HANYA DIA SAJA YANG TAHU KESEMPURNAAN-NYA
'YANG BAIK ITU DARINYA YANG TAK SEMPURNA ITU DARI DIRI SAYA SENDIRI'.

RATU RIMBA NIAGARA
12 November 2012
Like ·
Like · · · November 12 at 10:54p
WARKAH ISTIMEWA UNTUK FATIMAH BT HUSIN TIM
'MOGA DI SYURGA KITA TERUSKAN PERSAHABATAN'

Waalaikummussalam sahabat dunia akhiratku
Terima kasih sekuntum mawar putihmu

Duhai Fatimah Bt Husin Tim penyejuk imanku
Ketahuilah olehmu
Setiap kata-kata
Yang diluahkan
Oleh para rakan alam mayaku
Adalah Permata Syurga
Makanya kehadiran semua rakan alam mayaku
Adalah Permata Syurga
Kurniaan-Nya padaku
Yang harus aku syukuri
Sepenuh jiwa sepenuh iman
Dengan harapan
Saling mentarbiyahkan diri
Agar tenang di kala mati nanti
Insya-Allah Ammiin
Moga dengan Rahmat Kasih-Nya
Kita dapat menyambung kasih semua rakan-rakan alam maya ini
di Syurga nanti
Biarpun di dunia tidak bertemu
Sekadar rakan bicara bisu sepi tapi bermakna untuk akhirat
Itu adalah lebih bermakna dalam hidupku sementara menunggu mati
Andai kata ku pergi dulu sebelummu
Di Syurga saksi kasihku kasihmu kasih-Nya
Cinta Para Kekasih-Kekasih-Nya
Insya-Allah Aamiin...

Aku ingin setia menjadi rakan Grup Puisi Ilahi..
Seandainya ditakdirkan karyaku tiada di sini lagi
Sudilah maafkan aku sayang...
Percayalah kasih dan sayangku padamu dan pada
Semua rakan-rakan alam mayaku
Tetap segar dalam ingatan
Biarpun hatiku terluka
Sudah kulupakan
Sudah kumaafkan
Dengan harapan kau dan mereka yang pernah aku lukai
Juga sudi memaafkan aku
Hadirnya aku di mana-mana grup adalah kehendak-Nya...
Jika tiada percayalah bukan aku sengajakan mahu berpisah
Tapi demi kebahagiaan dan ketenangan semua....
Kerna tujuan aku berfb/bergrup
Semata-mata mahukan ketenangan abadi
Kata-kata yang saling
Mengajak aku ke Syurga-Nya

Moga kau sudi memahamiku
Memahami dunia karyaku
Karya....karya...karya...
Karya tentang erti
Kasih...rindu...cinta..
Sesama insan
Sesama makhluk Tuhan
Kerana semua yang hadir
Adalah sumber inspirasiku berkarya

Terima kasih kerana sudi
Menjadi teman grupmu
Yang setia setiap kali
Karyaku bersiaran
Moga Allah membalas segala kebaikanmu padaku..
Moga persahabatan yang indah ini dapat
Diteruskan hingga Ke Syurga-Nya
Aamiin Aamiin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

Sahabatmu yang menyayangimu kerana-Nya,
Ratu Rimba Niagara
12 November 2012
Like ·
Like · · · November 12 at 10:05pm

0 comments:

Post a Comment

 
;