Saturday, 1 December 2012

YANG BAIK TAK PERLU DITIMBANG-TIMBANG



Ratu Rimba Niagara shared Mustahna Bin Mahat's photo.
Unlike · ·
  • You and Roy Karen like this.
  • Ratu Rimba Niagara sahabat akhirat tanpa syarat
    kerana di kalbu ada makrifat
    makrifattullAlah itulah syarat
    sebagai sabahat dunia akhirat
  • Ratu Rimba Niagara Yang kucari sahabat akhirat
    bukan kawan dunia

    Kenapa?
    Apa bezanya
    sahabat akhirat dengan kawan dunia?

    Memang banyak bezanya
    Seperti langit dengan bumi

    Apa maksudnya?
    Kawan dunia membuat hati jadi leka
    sahabat akhirat menjadi
    penghubungku ke akhirat

    Hidup semuanya
    berdasarkan akhirat
    kerana mahu tidak mahu
    hidup di dunia
    akan menuju akhirat

    Sebab itu pentingnya
    sahabat akhirat
    menjadi pendampingku
    agar hidup ini
    terarah ke akhirat

    Ya Allah kami bersahabat
    dan bertalisiraturrahim
    semuanya keranaMU
    agar kami saling ingat
    mengingat tentang negeri
    yang kekal abadi
    negeri akhirat

    Selagi nafas ini
    dipinjamNya
    hari-hari fikirkan akhirat
    hari ini apa yang terlalai

    Selalu salahkan diri sendiri
    Kenapa aku masih lalai?
    Kenapa harus fikirkan dunia lagi?
    Kenapa tak mahu berubah?
    Sedangkan negeri akhirat
    selangkah lagi akan kutempuhi

    kerana aku tidak mahu
    penyesalan tanpa tertebus!

    Amat malang kiranya
    sampai ke negeri akhirat
    tanpa amalan yang dikira
    di sisi Allah Taala dan kalau
    ada amalan tetapi ditolak
    tanpa disedari
    rugi juga
    yang penting setiap
    amalan ikhlas
    kerana Allah Taala

    Ya Allah terimalah amalanku,
    ahli keluargaku, sahabat-sahabatku
    dan orang-orang Islam samada hidup
    dan yang telah meninggal dunia.
    Amin Ya Rabbal A’ lamin.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    17 Muharram 1434H
    1 Disember 2012
  • Tok Ayah Karim Terlalu panjang hendak dijengkal,
    Terlalu lebar hendak di ukur,
    terlalu banyak hendak diratah,
    terlalu luas hendak disukat,

    Yg panjang boleh dipendekan, tpi padat.
    yg lebar boleh dikecilkan, tpi bernas,
    yg banyak boleh disedikitkan, mudah difahami,
    Yg luas boleh dilipat lipat,
  • Ratu Rimba Niagara telah kusukat-sukat
    telah aku timbang-timbang
    lalu aku berpakat
    yang baik tak perlu kutimbang
  • Mustahna Bin Mahat Sudah banyak bertimbun2, yang diabai merasa bimbang, yang baik2 kita himpun, Biar teguh kita tak tumbang
  • Tok Ayah Karim Yg baik kita himpun,
    pengantin pakai inai,
    kalu dah banyak bertimbun2,
    cuak pula dihudu anai anai....

    • Ratu Rimba Niagara kalu cuak dihudu anai-anai,
      lebih baik lari saja;
      jangan tunggu lagi,
      nanti hati jadi merana.


    • Like ·
                 BENUA)
                  18 Muharram 1434H
                   2 Disember 2012M

0 comments:

Post a Comment

 
;