- WARKAH ISTIMEWA UNTUK GRUP SWAM (Persatuan Penulis Skrin Malaysia)
Assalamualaikum wr wb
Kepada Grup SWAM (Persatuan Penulis Skrin Malaysia)Yang dihormati lagi disanjungi
Terima kasih kepada yang sudi menjemput saya ke grup SWAM
Sesungguhnya saya amat bersyukur dan berterima kasih
Bolehlah menambahlah ilmu penulisan yang amat saya minati sejak
Dari usia kanak-kanak hinggalah sekarang...
Karya-karya saya ada juga dibukukan
Tapi tak adalah banyak sangat...
Sejak berjinak-jinak di alam maya ni
Dan dapat ramai kawan-kawan grup
Kawan-kawan fb saya tak ramai
Saya terima yang 100% menyokong dan memberi impak dunia penulisan saya
Dan saya tak berani ambil ramai disebabkan takut kawan fb terasa hati kerana tak
Sempat untuk bertegur sapa...
Ada juga yang diundurkan diri kerana akaun mereka tak aktif dan kehadiran saya
Di fbnya tidak diambil kisah...kerana saya ini jenis yang ambil kisah ...
Daripada dua-dua sepi menyepi terpaksalah saya sepikan dan saya minta maaf
Pada mereka semua yang pernah menjadi rakan fb saya...
Matlamat saya membuka akaun fb adalah mencari rakan sejati yang sanggup susah
Senang dalam dunia penulisan yang saya dambakan sejak puluhan tahun lagi.
Saya tidaklah hebat menulis sekadar minat yang amat sangat...
Dulu masa zaman remaja ..saya suka menghadiri bengkel penulisan anjuran
Persatuan penulis-penulis yang ada di Malaysia. saya pun pelik suka menghadiri
Bengkel penulisan tapi tidak menghasilkan...menghasilkan tapi tak meyakinkan
Apa yang ditulis. Tulis...tulis...tulis...tulis untuk koleksi sendiri...
Simpan apa yang ditulis hinggalah puluhan tahun lamanya hingga reput...hehehe
Kerana menulis minat saya...saya terus menulis dan menulis...
Hendak dijadikan cerita saya cuba membuatkaji selidik pada pembaca yang terdiri daripada orang-oarang awam.
"Dik...boleh tak baca karya ini...kemudian isi borang kaji selidik ni ye..."
Tanpa disedari ribuan sudah ditemui pembaca karya saya..."
Rata-rata mengatakan di luar jangkaan saya...makin terujalah saya menulis
Sejak menerima komen-komen daripada pembaca daripada pelbagai peringkat umur Dan status pendidikan...semenjak itulah keyakinan pada apa yang ditulis.
Semenjak aktif dengan alam maya..walaupun rakan fb cuma boleh dibilang dengan jari...sejak dulu lagi mana yang tidak aktif akaunnya dan tidak memberi impak dalam dunia penulisan saya...terpaksa saya gugurkan bukan tak mahu kawan tapi keadaan tidak mengizinkan...masa saya sudah kesuntukan untuk mengejar impian yang dimatlamatkan. Untuk dijadikan cerita tanpa saya sedari mereka masukan nama saya ke grup . Macam-macam grup ada. Saya ini kalau dijemput ke grup memang aktif
hingga ada yang tak senang juga ada...mana tak ye nye ....habis karang hantar...hantar...siar...siar...tanpa bosan....
Dalam masuk grup ini kelakar juga ada....sindir menyindirlah tak senang hatilah...
kerana tak mahu panjangkan cerita tak puas hati memanjang...saya pun undurkan diri kerana saya tak mahu mengganggu pemikiran saya berkarya....
saya di jemput masuk grup ...tapi lain pulak jadinya mereka tak puas hati...
ada tu terus terang mengatakan nama saya tak ada dalam senarai penulis baik di Malaysia atau di Indonesia. Yang mengatakan itu pensyarah universiti. Ketika itu
saya siarkan artikel saya melahirkan penghargaan kepada salah seorang kerabat diraja Indonesia yang beminat dengan karya-karya saya. Saya tak tahu kenapa dia sakti hati dengan artikel saya itu...dan saya menerangkan padanya saya menulis bukan mahu mencipta nama ...sebagai bersyukur atas kurniaan bakat anugerah dariNya. Bukan seorang yang sakit hati dengan saya ramai...makanya saya undurkan diri dri grup tersebut. Tenang sikit. Macam mana nak menulis...menulis kena cantas...sudahlah kita menulis hingga kebas otak ...jari menaip naik kematu..dan disiarkan secara percuma...lepas tu kena hentam habis habisan...nggak larat dong...hehehe terpaksalah ucapkan selamat tinggal walau pun hati terlara...
Ada dua tiga orang rakan fb terdiri daripada penerbit drama. Memandangkan karya saya tidak pernah ada lagi diterbitkan di layar perak atau tv maka berkawanlah dengan mereka. Mulalah berangan-angan kononnya karya sudah berada dilayar perak atau dipentaskan sebagai teater muzikal bangsawan diRaja.
Untuk meyakinkan rakan fb yang bergelar peneribit drama...dihantarlah skrip melalui emel dan poskan cd pada mereka. Lepas itu mereka senyap je. Kerana tak mahu menyusahkan mereka...takut mereka rasa bersalah kerana tak tertunai janji makanya
saya removekan mereka...mereka senang tak perlu kotakan janji dan saya tak menagih janji...biarlah janji tinggal janji...habis cerita....
Saya ini bukanlah seorang ratu...itu pun ratu rimba , cumalah nama samaran saja...untuk semangat hendak menulis kisah-kisah diRaja. Memang sejak kecil dulu lagi suka membaca kisah-kisah bangsawan diRaja. Kerana taksub dengan cerita-cerita bangsawan diRaja saya menulis kisah-kisah dongengan diRaja. Macam-macam cerita dikarang....Putera Duyung.....Putera Lilin...Pahlawan Rimba , Putera Sang Kuriang, Puteri Rimba Niagara...tapi tak sangka pula saya dimasukkan ke grup Kerabat DiRaja Nusantara...apa lagi banyaklah bahan-bahan mencetuskan ilham untuk saya berkarya.
Nak ikutkan rasa rendah diri untuk menampilkan diri apalagi berkomunikasi dengan kerabat diRaja di wall grup mereka tapi kerana hendakkan sangat bahan-bahan dari mereka tebalkan saja muka....menyamar jadi ratu konon-kononnya. Orang tak faham pasti mengata berlagaklah,,,tapi nak buat macam mana ..nak dapat bahan kerana minat yang mendalam dalam dunia diRaja ...digagahi jugalah...nasib baik mereka boleh terima dan mereka suka membaca karya-karya yang disiarkan, Terima kasihlah kepada kerabat diRaja yang sudi memberi sokongan kepada dunia sastera patik yang patik dambakan sejak sekian lama ini.
Kepada kawan-kawan grup di sini sudilah terima saya sebagai rakan grup. Saya sentiasa sudi menjadi rakan karya anda.
Moga pertemuan kita di alam maya ini memberi kebaikan dunia akhirat . Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
Rakan seperjuanganmu,
Ratu Rimba Niagara,
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Istana Rimba Niagara
Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand
14 Muharram 1434H
28 November 2012M
Friday, 30 November 2012
PADA SEBUAH KEDAMAIAN AAMIIN (46) LOVE KANDA SRI MAWAR & BUNDA KEN IRAWATY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment