Thursday, 29 November 2012

DEMI ALLAH MAHA SUCI ALLAH YANG TEMPAT KAMI MENYEMBAH DAN TEMPAT KAMI BERSUJUD

1Unlike · ·
  • You and 15 others like this.
  • Langit Biru Khatulistiwa Assalamualaikum Salam Rahayu Kakang Sri Prabu Bumi Kusuma,Bukankah Itu Hak Dan Kewajiban Kita Berbagi Dan Menuntut Ilmu Selama Hayat Masih Di Kandung Badan ?
    Insya Alloh ...Mugi Gusti Seda Maparengkeun Maksad Urang Sadayana Kang Prabu ...Amin.
  • Sri Prabu Bumi Kusuma Waalaikumsalam..Nuhun..Aamiin
  • Ratu Rimba Niagara SEBANYAK MANA TABURAN BINTANG
    SEBANYAK ITULAH TASBIHKU PADA-MU

    Ya Allah indah-Nya ciptaaan-Mu
    Lagi kupandang saujana mata memandang

    Tak jemu-jemu memandang
    Lagi kupanjang aku memikirkan-Mu
    Kebijaksanaan-Mu tiada siapa dapat tandingi-Nya

    Taburan bintang bergemerlapan tak dapat dihitung
    Terlalulah banyak
    Pelbagai bentuk pelbagai warna
    Menawan tertawan sesiapa memandang
    SUBHANALAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    Sesungguh-Nya indah....
    Indah...indah...indah...
    Kanvas langit malam taburan bintang bergemelapan...

    Syukur aku dapat menyaksikan
    Kebesaran Kekuasaan Kebijaksanaan-Mu
    Mengatur Mengindah Mencipta
    Alam begini indah

    Memerhatikan keindahan ciptaan-Mu
    Adalah saat yang menenangkan
    Roh dan jasad

    Ya Allah sebagaimana banyak-Nya
    Taburan bintang-bintang bergemerlapan
    Yang kulihat ini...
    Sebanyak itulah cintaku pada-Mu
    Sebanyak itulah puji-pujianku pada-Mu
    Maka dengan Rahmat Kasih-Mu
    Kau kirakanlah puiji-pujianku pada-Mu
    Sebanyak taburan bintang-bintang di langit malam
    Biarpun aku tak mampu memuji-Mu sebanyak
    Taburan bintang bergemerlapan
    Biarpun kau meminjamkan usiaku 1000 tahun lagi
    Behidup di muka bumi ini
    Begitu hebat-Nya puji-pujian-Mu
    Biarpun ditulis untuk memuji-Mu
    Tiada habis tujuh lautan sebagai tinta
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    Kau sememang-Nya hebat
    Kehebatan-Mu tiada siapa dapat tandingi
    Memang patutlah
    Hanya Kau saja yang layak
    Memakai Pakaian Sombong
    Memang patutlah jika
    Hamba-Mu mempunyai sifat sombong
    Walaupun sebesar zarah
    Nerakalah tempat-Nya
    Moga Kau jauhkan aku dari sifat sombong
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    15 Muharram 1434H
    29 November 2012M
  • Ratu Rimba Niagara BINTANG TAPAK SULAIMAN

    Sejak berkurun lamanya Tapak Sulaiman
    berada di dasar laut.

    Tiba-tiba terdetik di hati Tapak Sulaiman,
    ‘Sampai bila aku jadi begini?’

    Di dasar laut cuma nampak bebayang
    bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.

    “ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
    Tiada bezanya aku dengan bintang
    cuma aku di dasar lautan
    tidak berkedipan!
    Bolehkah aku jadi bintang?
    Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
    Di dasar ini aku tidak berfungsi
    kepada penghuni laut
    sedangkan aku ingin hidup
    menyinari hidupku dan menyinari
    hidup mereka yang memerlukan
    kerdipan sinarku.” Tapak Sulaiman
    mula menyedari kejahilannya
    Dia telah memasang impian.

    Setiap hari Tapak Sulaiman
    terus mengeluh...
    meratapi nasib diri…
    mencemburui kegemerlapan bintang
    seolah-olah mereka mengejeknya
    kerana berangan hendak
    menjadi bintang.

    “Kau siapa?
    jalan pun terhegeh-hegeh
    di dasar laut ini… tanpa boleh berbuat apa-apa?
    lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
    dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
    kebijaksanaan aku.. jangan nak beranganlah!
    Ha…ha…ha…” ejek naga laut sambil menayangkan
    kejadiannya yang unik mempersonakan
    seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
    popular dan dihormati .

    “Engkau jangan memperlekeh
    cita-cita aku. Akan kubuktikan!
    Lihatlah nanti!” Jerit Tapak Sulaiman
    memecah ketenangan malam itu.

    Laut yang tenang tiba-tiba mengaum disertai
    dengan gelombang ombak mengganas!

    Gerakkan dasar laut telah membawa
    Tapak Sulaiman ke dalam gelombang
    ombak mengganas! Lalu menghempasnya
    ke pantai.

    Kini Tapak Sulaiman berada di pantai
    di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!

    Seakan mimpi Tapak Sulaiman
    berjalan ke sana ke mari
    menari-nari.

    Bila malam tiba Tapak Sulaiman
    menikmati suasana malam sambil
    memerhatikan kegemerlapan
    bintang-bintang di langit di sinari
    sinaran cahaya bulan.

    Sungguh jelas permandangan tika itu
    tidak perlu samar-samar lagi
    tika berada di dasar laut.

    “Bolehkah aku menjadi bintang?
    Bolehkah? Bolehkah?
    Bintang aku ingin berkawan denganmu?
    Aku ingin menjadi sepertimu.”

    “ Tapak Sulaiman, kau boleh menjadi
    seperti kami jika kau yakin dengan
    kebolehanmu! Percayalah!
    Kami menunggu kau di sini!
    Kau boleh! Pasti boleh!”
    Kata perangsang bintang kepada
    Tapak Sulaiman pada malam itu.

    “Pelik ya macam mana bintang boleh
    mendengar suaraku?
    sedangkan jarak dengannya…
    dia di langit aku dibumi
    komunikasi aku dengan bintang
    satu keajaiban!”

    Tiba-tiba kedengaran
    gauman entah mana datangnya
    memecah ketenangan malam
    pepasir di pantai berterbangan.

    UFO rupanya sedang mendarat
    dua makhluk asing datang
    menghampiri Tapak Sulaiman.

    “Tapak Sulaiman mahu ke engkau
    ikut kami?” tanyanya.
    Ke mana?”
    “Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
    “Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”

    Malam itu mimpi Tapak Sulaiman menjadi kenyataan!
    dia telah menjadi bintang!
    disambut bintang-bintang yang
    Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
    yang menakjubkan Tapak Sulaiman!

    Siapa sangka impian Tapak Sulaiman menjadi kenyataan?
    tidak sia-sia impiannya selama ini!
    barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
    ini jika digunakan keajaiban minda!
    “Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
    akan kukongsi bersama mereka yang ingin
    menjadi sepertiku!”
    Janji Tapak Sulaiman pada dirinya.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    15 Muharram 1434H
    29 November 2012M
    Like ·

  • (PETIKAN DARIPADA WALL SRI PRABU BUMI KUSUMA & RATU RIMBA NIAGARA)
    15 Muharram 1434H
    29 November 2012M

0 comments:

Post a Comment

 
;