Friday, 30 November 2012

PADA SEBUAH KEDAMAIAN AAMIIN (32) LUAHAN HATI




LUAHAN HATI RAKAN FBMU RATU RIMBA NIAGARA

Assalamualaikum teman fb yang disanjungi,
Harap dapat beri kerjasama pada karya saya;
Setidaknya beri pendapat bernas yang diingini,
Sepi macam tak wujud maafkan saya.

FB saya adalah jiwa saya dunia sastera saya,
Makanya rakan fb yang benar aktif saja diterima;
Jika sekadar adanya saja maafkan saya,
Walaupun terpisah namun hati masih setia.

Maaf teman fb...harap faham dunia saya,
Tiada niat untuk saya saling melukakan;
Jauh sekali mahu memutuskan persaudaraan kita,
Saya terima hanya rakan fb yang menyokong perjuangan.

Sekadar ada saja nama tapi membisu seribu bahasa,
Saya tak dapat nak teruskan teman fb;
Moga kalian dapat memahami saya,
Jika mahu teruskan harap aktifkan akaun fb.

Selepas mendengar luahan hati saya ini,
Harap dapat memahami jika terpisah akhirnya;
Bukan saya sengaja mahu menghendaki begini,
Saya hanya memerlukan pengertian sedalamnya.

Bagi saya rakan fb saya adalah permata,
Indahnya seperti pelangi di malam hari;
Makanya saya hargai setiap rakan fb saya,
Akhir kata maafkan saya untuk segalanya.

Di alam maya kita tak menjadi rakan,
Andai kata berjumpa direaliti kita tak terpisahkan;
Kerana kita adalah seislam menjaga persaudaraan,
Tetap menyayangi agar sama meraih keredhaan.

Ya Allah ampunkan hamba-Mu
Kerana terpaksa lepaskan sebuah persahabatan;
Hamba mahu pulang ke pangkuan-Mu,
Dalam hati suci bersih tanpa ada persangkaan.

Terima kasih kepada rakan fb yang memahami,
Yang tak faham itu harap difahamkan;
Percayalah aku tetap menghargai,
Sebuah persahabatan walaupun disepikan.

Di alam maya kita tak sebagai rakan,
Di alam nyata mana tahu DIA izinkan;
Kita panjangkan persaudaraan,
Agar tak terseksa di kuburan.

Sudilah terima hamba seikhlas hati
Sebagai rakan fbmu
Jika tak sudi ku memahami,
Asalkan ketenangan hatimu hatiku.

Kutaruhkan nyawaku pada perjuanganku ini,
Makanya ku hanya perlu rakan fb memahami;
Arti pejuangan yang kudambakan ini,
Harap sudi memahamiku dan maafkan diri ini.

Rakan fb yang mahukan pengertian,
Ratu Rimba Niagara @ Putri Alam Nilam Purnama,
16 Muharram 1434H
30 November 2012M
8Like · · · · Promote
  • Purnama Sribulan likes this.
  • Rashid Nordin salam perjuangan kami menyokong usahamu .
  • Purnama Sribulan · Friends with Ferdiansyah Ferdi
    Maaf..aku tidak bisa membalasnya dengan kata-kata seindah tulisanmu karena aku bukanlah sastrawan ataupun seorang pujangga , kuharap kau mengerti dan memahaminya.

    Seindah senja yang berselimut mendung,
    mengunci pada kantuk yang melukis peraduan.
    Seindah itu pula rasa yang bersemayam dalam dadaku
    untuk menerimamu sebagai rakan fb ku.
  • Ratu Rimba Niagara Terima kasih sobatku Rashid...atas keperihatianmu...ku terharu.
  • Ratu Rimba Niagara Duhai purnama sribulan,
    terharu hatiku atas pengakuanmu;
    dalam hati rasa nak kudakap bulan,
    tapi ku masih tidak mengenalimu.
  • Purnama Sribulan · Friends with Ferdiansyah Ferdi
    Untuk mengenali seseorang tidak cukup melalui lahiriahnya
    dan tidak dengan pandangan mata saja.
    Bila kau sudah mengetahui dirimu yang sebenarnya maka kau
    juga akan mengenaliku sebagai ciptaan Sang Khaliq.
    Dalam diri ada rasa yang dapat merasakan makna yang sebenarnya.
  • Ratu Rimba Niagara duhai bulan purnama sribulan...
    tak kenal maka tak cinta
    dah kenal baru cinta
    gimana aku nak cinta
    susur galurmu ku tak tahu
    tiba-tiba muncul gimana itu
    sedangkan kenal diri baru kenal Tuhan
    aku kenal diriku
    teman-teman fbku
    ku prihatin pada setiap butiran katanya
    jika dia bertandang di wallku
    makanya teman fbku adalah nadi sasteraku
    itu saja yang ku tahu...
    jika kehadirannya sekadar suka-suka untuk sekadar bisu membisu
    bukanlah mahuku begitu..
    sebab itu terlahirlah karya yang kau baca itu...
  • Ratu Rimba Niagara gimana kau terbaca ku pun tak tahu
    kerana kutujukan untuk semua teman fbku yang dari dulu cuma 50 orang
    jika dalam 50 orang masih sepi akan dugugurkan dan dimohon maafkan
    dengan harapan mereka memahami duniaku...tapi tiada niat untuk memusuhi.

  • (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    16 Muharram 1434H
    30 November 2012M

0 comments:

Post a Comment

 
;