Tuesday, 27 November 2012

MENITI KE SYURGA FIRDAUS


MANA TAHU INI HARI TERAKHIR KITA BERBICARA

Ye..semasa ada kesempatan dan peluang Allah pinjamkan untuk bersuara...kita bersuaralah yang indah-indah...kerana kita tak tahu apakah kata-kata kita nan indah ini kali terakhir... kan tenang bila sudah meninggalkan dunia ini dengan bahasa-bahasa indah yang menenangkan roh dan jasad...hati kita tak sakit ..hati orang yang mendengarnya pun tak sakit....kita saling bermaafan jika tersalah bicara...kerana kita hadir ke majlis ini untuk mencurahkan bakti biarpun sepatah dua perkataan boleh membuka minda...mahukan perubahan yang boleh memberi kebaikan dunia dan akhirat. Aamiiin.

RATU RIMBA NIAGARA
14 Muharram 1434H
27 November 2012M
Like ·  · 
  • Ahmad Tajuddin and Qausi Quzah like this.
  • Ahmad Tajuddin ~ emmm..maaf memaafkan slalu..
    18 hours ago · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara PELANGI KASIH SEORANG PEJUANG

    Lihat wajahmu
    Terpancar kedamaian
    Ada ketenangan di wajahmu
    Hingga tiada retak di hatiku
    Ada kalanya ingin menjauhkan diri di maya darimu
    Tapi nggak tega 
    Karna ada pelangi kasih seorang pejuang
    Yang nggak bisa memutuskan
    Biarpun tsunami membadai...
    Makanya segala sokonganmu
    Pada dunia sasteraku
    Amat kuhargai
    Moga Allah SWT 
    Saja yang dapat membalasNya
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin. 

    Rakan seperjuanganmu,

    Ratu Rimba Niagara...
    13 Muharram 1434H
    27 November 2012M
    18 hours ago · Like · 1
  • Ahmad Tajuddin ~ meniti ke syurga firdaus..
    18 hours ago · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

    Doakanku dapat mengarang puisi, 'MENITI KE SYURGA FIRDAUS' KARYA AHMAD TAJUDDIN
    gimana ok tak hehehe
    18 hours ago · Edited · Like · 1
  • Ahmad Tajuddin ~ hehe..ok tu..makasih! insyallah..
    18 hours ago · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara Aamiin.

    Betul hamba bilang...
    walau pun sebaris berpuisi...
    aduhai bauan syurga sampai ke bumi
    lantaran bahasa puitismu
    mengalahi semua pujangga yang ada...
    sebenarnya ada bakat berpujangga tapi
    saja je tak mahu berkarya...
    atas permintaan di tunggu puisimu,
    MENITI KE SYURGA FIRDAUS.
    agak2 bila hendak hantar karyamu itu Tuan Ahmad Tajuddin
    teman-teman pujanggamu pasti menunggu kelahiran puisi yang tertusuk iman di kabu itu...
    18 hours ago · Like · 1
  • Ahmad Tajuddin ~ maaf! ku xpndai berkata2..
    18 hours ago · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara Ku kan cuba karangkan puisi MENITI KE SYURGA FIRDAUS, insya-Allah. Aamiin.
    18 hours ago · Like · 1
  • Ahmad Tajuddin ~ insyallah..amin! thanx..
    18 hours ago · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara Bersamalah Kita Meniti ke Syurga Firdaus...Aamiin.
    18 hours ago · Like · 1
  • Ahmad Tajuddin ~ insyallah..amin!
    18 hours ago · Unlike · 1



    ~ ' LEST WE FORGET '
    Unlike ·  · 
    • You, Ahmad Tajuddin and 10 others like this.
    • Ratu Rimba Niagara MENITI KE SYURGA FIRDAUS

      AHMAD TAJUDDIN
      DARAH KEPERWIRAANMU
      MENJADI SAKSI SYAHIDMU

      KE JALAN-NYA
      ITULAH TITIAN 
      KE SYURGA FIRDAUS
      YANG KAU DAMBAKAN
      SELAGI HAYAT HIDUPMU
      DAN ITULAH YANG TERCATAT SEJAK AZALI
      DARAHMU SYAHID DI MEDAN JUANG
      BERJUANG SELAGI JANTUNG BERDEGUP
      KAU TAK SALAH MEMILIH TITIAN 
      KAU SEBENARNYA SEDANG MENITI KE SYURGA FIRDAUS
      MOGA ALLAH MAKBULKAN SEGALA 
      NIATMU YANG SUCI MURNI ITU
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      13 Muharram 1434H
      27 November 2012M
      11 hours ago · Like · 1
    • Ahmad Tajuddin ~ Allahuakhbar! insyallah..amin..amat ku hargai..makasih ratu!
      11 hours ago · Unlike · 1
    • Johan Azaria Hebat! hebat......
      11 hours ago · Like · 1
    • Ratu Rimba Niagara TERSIMPUL CINTA DI SYURGA FIRDAUS

      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

      Bila mana cintaNya sudah meresap di kalbu

      Apa yang dipandang dan didengar adalah DIA 
      Kekasihmu yang kau puja dan hanya DIA kau dambakan
      Dan tak akan kau herankan lagi pesona dunia yang menipu
      Yang ada DIA... DIA... DIA..
      DIA Kekasihmu Kekasihku Jua...
      Kekasih kepada semua yang mendambakan untuk menjadi Kekasih-Nya
      Moga seluruh keluargamu tercinta 
      Bersamamu memilih jalan meniti ke Syurga Firdaus
      Agar tersimpul cinta di Syurga Firdaus...
      ALLAHU AKBAR 
      Itulah hadiah cinta yang terhebat
      Pada kita semua dari Pencipta kita 
      Hadiah dari Kekasih 
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      RATU RIMBA NIAGARA
      13 Muharram 1434H
      .
      11 hours ago · Edited · Like


      MENITI KE SYURGA FIRDAUS


      Ya Allah
      Ya Kekasihku
      Yang kupuja
      Yang kucinta
      Sepenuh iman

      Ya Allah
      Tiada apa
      Yang lebih kuingini
      Melainkan cintaMu
      Yang aku fikirkan
      Adalah-Mu

      Ya Allah
      KehadiranMu
      Sentiasa kurasai
      Kau sentiasa sudi
      Mendengar rintihan di hatiku

      Ya Allah
      Aku berduka
      Kau yang menyembuhkan luka

      Ya Allah
      Aku khilaf
      Kau memaafkan kekhilafanku
      SesungguhNya
      Kau Maha Mendengar
      Kau Maha Memahami
      Kau Maha Penyayang
      Kau Maha Pemaaf

      Kerana sifat-Mu
      Maha Agung
      SeAgung cintaMu
      Yang tiada tandingan cintaMu
      Kau mencintai
      Kau menyayangi
      Semua hambaMu
      Tanpa meminta apapun balasan
      Malah balasan cintaMu kepada hambaMu
      Kau balas dengan balasan Syurga
      Allahu Akbar
      Tiada Cinta Yang Maha Agung
      Selain cintaMu

      Apa saja yang aku fikirkan
      Kau makbulkan apa yang kufikirkan

      Telah Kau rentangkan
      Jalan-jalan ke SyurgaMu

      Ya Allah
      Berilah aku peluang
      Meniiti jalan ke SyurgaMu
      Dengan selamat
      Tidak tergelincir tika meniti
      Titian ke SyurgaMu

      Ya Allah
      Jauhkan aku
      Daripada mereka yang berniat jahat
      Untuk memesungkan niat suciku ini

      Ya Allah
      Pastinya titian jalan ke SyurgaMu
      Banyak dugaan yang akan kulalui
      Bagi menggagalkan aku ke jalan SyurgaMu
      Makanya Kau selamatkan aku daripada
      Sebarang niat jahat mereka itu
      Segala niat baik atau jahat
      Kau saja yang tahu
      Jika niatnya baik padaku Kau balaskan kebaikannya
      Jika niatnya tak baik Kau berilah hidayah padanya

      Ya Allah
       Syurga bukanlah matlamatku
      Matlamatku meraih cintaMu
      Maka balaslah cintaku ini
      Dengan Kau izinkan aku
      Dan memberi peluang padaku
      Untuk meniti jalan-jalan
      Ke Syurga Firdaus
      Syurga paling tinggi martabatnya

      Ya Alah
      Dengan Rahmat KasihMu Tanpa Batas
      Berilah aku peluang
      Meniti jalan-jalan
      Ke Syurga Firdaus
      Dengan selamat
      Dalam restuMu
      Dalam redhaMu
      Tika aku hidup Kau balas cintaku
      Tika aku mati Kau membalas
      CintaMu ke aku
      Dengan balasan Syurga Firdaus
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR


      RATU RIMBA NIAGARA
      14 Muharram 1434H
      28 November 2012M
      (PUISI TERCETUS BERKAT PERSAHABATAN DENGAN
      RAKAN FB HAMBA , TUAN AHMAD TAJUDDIN PEGAWAI TENTERA FISABILILLAH TERLAHIRNYA PUISI ,
      MENITI KE SYURGA FIRDAUS ADALAH HASIL IDEANYA
      TERIMA KASIH TUAN. SEMUANYA DENGAN IZIN-NYA AAMIIN)


      (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & WALL AHMAD TAJUDDIN)
      14 Muharram 1434H
      28 November 2012M

       


0 comments:

Post a Comment

 
;