- MANA TAHU INI HARI TERAKHIR KITA BERBICARA
Ye..semasa ada kesempatan dan peluang Allah pinjamkan untuk bersuara...kita bersuaralah yang indah-indah...kerana kita tak tahu apakah kata-kata kita nan indah ini kali terakhir... kan tenang bila sudah meninggalkan dunia ini dengan bahasa-bahasa indah yang menenangkan roh dan jasad...hati kita tak sakit ..hati orang yang mendengarnya pun tak sakit....kita saling bermaafan jika tersalah bicara...kerana kita hadir ke majlis ini untuk mencurahkan bakti biarpun sepatah dua perkataan boleh membuka minda...mahukan perubahan yang boleh memberi kebaikan dunia dan akhirat. Aamiiin.
RATU RIMBA NIAGARA
14 Muharram 1434H
27 November 2012M
MENITI KE SYURGA FIRDAUS
AHMAD TAJUDDIN
DARAH KEPERWIRAANMU
MENJADI SAKSI SYAHIDMU
KE JALAN-NYA
ITULAH TITIAN
KE SYURGA FIRDAUS
YANG KAU DAMBAKAN
SELAGI HAYATHIDUPMU
DAN ITULAH YANG TERCATAT SEJAK AZALI
DARAHMU SYAHID DI MEDAN JUANG
BERJUANG SELAGI JANTUNG BERDEGUP
KAU TAK SALAH MEMILIH TITIAN
KAU SEBENARNYA SEDANG MENITI KE SYURGA FIRDAUS
MOGA ALLAH MAKBULKAN SEGALA
NIATMU YANG SUCI MURNI ITU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
13 Muharram 1434H
27 November 2012M18 hours ago · Like · 1
TERSIMPUL CINTA DI SYURGA FIRDAUS
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Bila mana cintaNya sudah meresap di kalbu
Apa yang dipandang dan didengar adalah DIA
Kekasihmu yang kau puja dan hanya DIA kau dambakan
Dan tak akan kau herankan lagi pesona dunia yang menipu
Yang ada DIA... DIA... DIA..
DIA Kekasihmu Kekasihku Jua...
Kekasih kepada semua yang mendambakan untuk menjadi Kekasih-Nya
Moga seluruh keluargamu tercinta
Bersamamu memilih jalan meniti ke Syurga Firdaus
Agar tersimpul cinta di Syurga Firdaus...
ALLAHU AKBAR
Itulah hadiah cinta yang terhebat
Pada kita semua dari Pencipta kita
Hadiah dari Kekasih
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
RATU RIMBA NIAGARA
13 Muharram 1434H
.27 November 2012M- Ratu Rimba Niagara
TERSIMPUL CINTA DI SYURGA FIRDAUS
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Bila mana cintaNya sudah meresap di kalbu
Apa yang dipandang dan didengar adalah DIA
Kekasihmu yang kau puja dan hanya DIA kau dambakan
Dan tak akan kau herankan lagi pesona dunia yang menipu
Yang ada DIA... DIA... DIA..
DIA Kekasihmu Kekasihku Jua...
Kekasih kepada semua yang mendambakan untuk menjadi Kekasih-Nya
Moga seluruh keluargamu tercinta
Bersamamu memilih jalan meniti ke Syurga Firdaus
Agar tersimpul cinta di Syurga Firdaus...
ALLAHU AKBAR
Itulah hadiah cinta yang terhebat
Pada kita semua dari Pencipta kita
Hadiah dari Kekasih
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
RATU RIMBA NIAGARA
13 Muharram 1434H
.
MENITI KE SYURGA FIRDAUS
Ya Allah
Ya Kekasihku
Yang kupujaYang kucinta
Sepenuh iman
Ya Allah
Tiada apa
Yang lebih kuingini
Melainkan cintaMu
Yang aku fikirkan
AdalahMu
Ya Allah
KehadiranMu
Sentiasa kurasai
Kau sentiasa sudi
Mendengar rintihan kalbuku
Ya Allah
Aku berduka
Kau yang menyembuhkan luka
Ya Allah
Aku khilaf
Kau memaafkan kekhilafanku
SesungguhNya
Kau Maha Mendengar
Kau Maha Memahami
Kau Maha Penyayang
Kau Maha Pemaaf
Kerana sifat-Mu
Maha Agung
SeAgung cintaMu
Yang tiada tandingan cintaMu
Kau mencintai
Kau menyayangi
Semua hambaMu
Tanpa meminta apapun balasan
Malah balasan cintaMu kepada hambaMu
Kau balas dengan balasan Syurga
Allahu Akbar
Tiada Cinta Yang Maha Agung
Selain cintaMu
Apa saja yang aku fikirkan
Kau makbulkan apa yang kufikirkan
Telah Kau rentangkan
Jalan-jalan ke SyurgaMu
Ya Allah
Berilah aku peluang
Meniiti jalan ke SyurgaMu
Dengan selamat
Tidak tergelincir tika meniti
Titian ke SyurgaMu
Ya Allah
Jauhkan aku
Daripada mereka yang berniat jahat
Untuk memesungkan niat suciku ini
Ya Allah
Pastinya titian jalan ke SyurgaMu
Banyak dugaan yang akan kulalui
Bagi menggagalkan aku ke jalan SyurgaMu
Makanya Kau selamatkan aku daripada
Sebarang niat jahat mereka itu
Segala niat baik atau jahat
Kau saja yang tahu
Jika niatnya baik padaku Kau balaskan kebaikannya
Jika niatnya tak baik Kau berilah hidayah padanya
Ya Allah
Syurga bukanlah matlamatku
Matlamatku meraih cintaMu
Maka balaslah cintaku ini
Dengan Kau izinkan aku
Dan memberi peluang padaku
Untuk meniti jalan-jalan
Ke Syurga Firdaus
Syurga paling tinggi martabatnya
Ya Allah
Dengan Rahmat KasihMu Tanpa Batas
Berilah aku peluang
Meniti jalan-jalan
Ke Syurga Firdaus
Dengan selamat
Dalam restuMu
Dalam redhaMu
Tika aku hidup Kau balas cintaku
Tika aku mati Kau membalas
CintaMu ke aku
Dengan balasan Syurga Firdaus
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Makbulkanlah Ya Allah
RATU RIMBA NIAGARA
14 Muharram 1434H
28 November 2012M
(PUISI TERCETUS BERKAT PERSAHABATAN DENGAN
RAKAN FB HAMBA , TUAN AHMAD TAJUDDIN PEGAWAI TENTERA FISABILILLAH TERLAHIRNYA PUISI ,
MENITI KE SYURGA FIRDAUS ADALAH HASIL IDEANYA
TERIMA KASIH TUAN. SEMUANYA DENGAN IZIN-NYA AAMIIN)
14 Muharram 1434H
28 November 2012M
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment