Tuesday, 27 November 2012

BAHASA EMPAYAR MELAKA


    • Alhamdu'lillah..kedatangan Sultan Abdul Samad, Daeng Chelak dan Raja Lunggu mengabarkan supaya Keturunan yg berhaq supaya segera dikenal pasti utk memukul Gong diRaja sempena Hari keputeraan Sultan tak lama lagi..
      Unlike ·  ·  · November 22 at 4:12pm via mobile
      • Ratu Rimba Niagara Hari Keputeraan Sultan mana tu ...
      • Sultan Hussin Amin hu ya Amin
      • Raja Sabrie Palakka Alhamdulillah. syukur :)
      • Ratu Rimba Niagara TIADA APA YANG MUSTAHIL JIKA ALLAH SWT PERKENANKAN. AAMIIN.
      • Raja Sabrie Palakka Kehendak Allah tiada siapa yg boleh menghalang. selebihnya redha dgn ketentuan.
      • Ratu Rimba Niagara MARILAH BERSAMA BETA SUSAH SENANG KITA BERSAMA

        TUANKU DIRAJA NUSANTARA BERJIWA KEPERWIRAAN
        DEMI AGAMA RAKYAT DAN NEGARA NUSANTARA AKAN
        DIPERJUANGKAN HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR...

        DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI

        RAKYAT BETA YANG DIKASIHI,
        MARILAH BERSAMA BETA;
        PERTAHANKAN BUMI NUSANTARA INI,
        SUSAH SENANG KITA BERSAMA.

        BETA PERTARUHKAN NYAWA,
        DEMI RAKYAT NUSANTARA TERCINTA;
        INILAH TANDA CINTA BETA,
        PADA RAKYAT & NUSANTARA TERCINTA.

        TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SEINCI,
        DI BUMI BERTUAH NUSANTARA INI;
        KITA LAYARKAN PERJUANGAN ILAHI,
        AGAR KITA SEMUA DIBERKATI.

        USAHLAH DIBIMBANG DUHAI RAKYAT,
        KASIH BETA ADALAH MENGUTAMAKAN RAKYAT;
        KERANA ITU TANGGUNGJAWAB BETA PADA RAKYAT,
        BERUSAHA SELAGI DAYA MAJUKAN RAKYAT.

        JANGANLAH DARJAT MEMISAHKAN KITA,
        DARAH KITA WARNA YANG SAMA;
        BERSAMALAH MAJUKAN NEGARA KITA,
        SUSAH SENANG KITA BERSAMA.

        ANDAI KATA BETA DIJEMPUT ILAHI,
        JAGALAH BUMI BERTUAH NUSANTARA INI;
        AGAR DAPAT GENERASI WARISI,
        BARULAH TENANG DI SANA NANTI.

        KIRIMAN DOA AMAT DINANTI,
        JANGAN DILUPAI SAMA SEKALI;
        ALAM BARZAH TEMPAT ABADI,
        SEMENTARA QIAMAT DATANGI.

        MOGA KITA BERTEMU LAGI,
        DI SYURGA NEGERI ABADI;
        SEGALA KEINDAHAN DIKECAPI,
        DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI.

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KERABAT DI RAJA 
        NUSANTARA & RAKYAT NUSANTARA TERCINTA)
        8 Muharram 2434H
        22 November 2012M
      • Ratu Rimba Niagara TAHTA UNTUK RAKYAT

        Jiwa seorang raja
        adalak untuk rakyat
        tiada difikirkan
        kepentingan sendiri

        tahta yang dimiliki
        hak rakyat
        bahagia rakyat
        bahagia raja
        derita rakyat
        terseksa raja

        harta yang dipunyai
        adalah harta rakyat
        diagih-agih
        pada rakyat
        memerlukan
        karna dia tahu
        harta
        yang diberikan
        itulah
        harta sebenarnya
        milik abadi
        dibawa pulang
        ke negeri abadi

        tahta raja
        bukan untuk
        kemegahan
        kebanggaan
        untuk
        direbut-rebut
        kekuasaan
        tapi
        yang ada
        dijiwa raja
        tahtanya
        adalah untuk
        berbakti pada
        rakyat sepenuh
        jiwa dan raga
        karna
        jika salah
        gunakan tahta diRaja
        akan dipertanggungjawabkan
        kepada Yang Maha Berkuasa
        Daripada Segala Yang Berkuasa
        Raja Segala Raja,
        Yang Menguasai
        Hari Pembalasan
        Allah Robbul Idzatii

        tahta raja
        adalah untuk rakyat
        karna
        jiwa dan raganya
        dipikiran
        rakyat...rakyat...rakyat...
        mahukan rakyat hidup
        sejahtera
        di bumi bertuah SeNusantara
        karna itu
        tahta raja adalah untuk rakyat
        SeNusantara tercinta
        dan demi rakyat
        bukan setakat tahta
        diberikan untuk rakyat
        malah nyawanya
        menjadi taruhan
        untuk rakyat
        SeNusantara tercinta...

        Itulah raja dambaan rakyat
        yang mahu dimartabatkan oleh
        seluruh rakyat SeNusantara
        biarpun nyawa jadi taruhan
        demi raja berjiwa hamba
        ALLAH ROBBUL IDZATII

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        8 Muharram 1434H
        22 November 2012M
      • Ratu Rimba Niagara LAYARKAN BAHTERA LANCANG KUNING

        kanda tuanku
        jangan lemah semangat
        jangan mati akal
        ayuh ...!
        kita teruskan tinta lancang kuning ini
        biarpun tsunami datang membadai
        memusnahkan segala cinta
        tapi cita-cita kita
        untuk meneruskan
        bahtera lancang kuning
        harus kita pertahankan
        jangan biarkan bahtera
        lancang kuning
        yang sama-sama kita bina
        musnah dipukul badai membadai
        cukup...cukup sudah
        bahtera lancang kuning
        tersadai karam terlalu lama
        cukup sudah ianya menanggung
        segala gubuk derita
        diinjak...injak
        dihina
        seolah lancang kuning
        tak pernah wujud
        sedangkan lancang kuninglah
        yang pertaruhkan nyawa
        demi kemerdekaaan nusantara ini
        setelah merdeka lancang kuning
        tidak dipedulikan
        dikebumikan tanpa nesan
        apakah ini adil untuk
        tetesan darah lancang kuning kanda?
        dengan
        tetesan air mata ini
        tetesan darah ini
        tinta-tinta lancang kuning ini
        kan dinda renjiskan
        ke seluruh pelosok bumi SeNusantara ini
        biar mereka tahu gema
        suara lancang kuning
        akan terus bergema
        tanpa henti
        hingga terhenti nafas
        inilah sumpah dinda pada
        lancang kuning
        agar suatu masa nanti
        bahtara lancang kuning
        akan belayar penuh
        megah...gagah!
        yang menerajui
        bahtera lancang kuning itu
        adalah kanda
        dan permaisuri kanda
        biarpun dinda dari jauh
        hanya memandang kebahagian kanda
        itulah hadiah dari dinda untuk
        pewaris yang telah lama kanda lupakan

        berjanjilah pada dinda
        kanda akan pertahankan
        pewaris tahta kerajaan
        lancang kuning ini
        hingga dapat diwariskan
        kepada kerabat lancang kuning
        SENUSANTARA

        ADINDA PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
        13 Oktober 2012
        October 13 at 7:54pm · Like
      • Ratu Rimba Niagara DI BAWAH LINDUNGAN RAHMAT KASIH-NYA

        Sejarah tetap sejarah
        Darah yang mengalir adalah darah keturunan diRaja
        Tak akan hilang
        Itulah sejarah yang tak akan terpadam
        Yang diwarisi hingga ke anak cucu
        Telah tercatat sejak Azali Tuhan menaikkan darjat hamba-Nya
        Segala-Nya dengan izin-Nya
        Biarpun berdarah diRaja
        Kekuasaan yang diberi bukanlah untuk
        Pakaian kebanggaan sebagai diRaja
        Tapi adalah memikul tanggungjawab kepada
        Rakyat dan akan dipertanggungjawabkan
        Raja yang disayangi rakyat
        Adalah Raja yang berjiwa hamba
        Hamba kepada Tuhan
        Kerana DIA lah Raja Segala Raja
        Raja Yang Berkuasa Di Dunia
        Raja Yang Berkuasa Di Akhirat
        Yang Memiliki Segala Kerajaan Alam Semesta
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

        Semoga semua yang DiKurniakan-Nya
        Darjat Di-Raja di bumi ini
        Menjadi Raja kepada rakyat jelata
        Yang sentiasa prihatin kepada masalah rakyat
        Memerintah dengan adil dan saksama
        Agar dapat mengundang Rahmat Kasih Dari-Nya
        Maka jadilah sebuah negara yang
        Aman damai sejahtera selamanya
        Di Bawah Lindungan Rahmat Kasih Dari-Nya
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        1 Muharram 1434H
        15 November 2012M
      • Ratu Rimba Niagara AKU INGIN MENGOLAH SEJARAH JADIKAN PUISI SYAIR PANTUN GURINDAM CARA BARU MEMPOPULARKAN SEJARAH DI JIWA ANAK CUCU RUMPUN MELAYU SENUSANTARA

        Aku bukan ahli sejarah
        Tapi aku peminat sejarah
        Aku mahu menghargai sejarah
        Dengan caraku sendiri
        Aku ingin mengolah sejarah
        Jadikan puisi syair pantun dan gurindam
        Cara baru untuk mempopularkan sejarah
        Di jiwa anak cucu rumpun Melayu
        Agar mereka menghargai
        Sejarah moyang mereka
        Yang bersusah payah
        Memerdekakan negara tercinta
        Agar anak cucu dapat menumpang teduh
        Dengan aman sejahtera
        Tanpa ada permusuhan
        Yang akan membuatkan
        Negara moyangku dijajah semula
        Aku tak mahu sampainya jadi begitu
        Makanya
        Kurela
        Keringat dan darahku ini dijadikan tinta
        Pena untukku menulis
        Dengan air mata dan darah
        Dan takkan kuhiraukan lagi
        Segala penghinaan mereka ke aku
        Kerana aku berpena bukan
        Untuk dipandang mereka
        Aku menulis
        Demi pandangan dari-Nya
        Demi anak cucu rumpun Melayu SeNusantara

        Aku tak berhajat apa-apa dari kalian
        Tapi tolong jangan sepikan karya-karyaku ini
        Kerana ianya lahir dari hati dan kasih sayang nan suci
        Moga Allah sahaja yang dapat membalas sokonganmu itu
        Dan tolong doakan aku agar dapat berpena
        Sehingga terhenti nafas
        Terhentilah pena

        Karya Ratu Rimba Niagara
        13 Ogos 2012
        PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
        13 Ogos 2012
        24 Ramadan 1433H
        (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
      • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK RAKAN PUJANGGA
        'DI MANA ADA KARYAKU DI SITULAH AKU'

        di kala aku benar-benar
        mengharapkan kau memahamiku
        harapan pengertiaan darimu
        hancur berkecai...kecai...
        kau masih tidak memahamiku
        lalu hatiku terluka
        sudah banyak kali aku katakan padamu
        bukan nama bukan sanjungan bukan material
        menjadi dambaan hidupku
        yang aku mahu karyaku
        diterima pembaca di seluruh dunia
        jikalah atas belas kasihan-Nya
        karya aku menajdi material
        material itulah
        ditunas-tunaskan
        berbunga berbuah
        hasilnya sebagai bekalan
        untuk dituai di Sana nanti

        tapi dalam aku tenggelam
        di lautan kepastian darimu
        aku menaruh kepercayaan
        agar kau memahamiku
        dalam satu perkataanmu
        kau luruhkan segala
        kepercayaanku
        bahawa kau masih tak
        memahamiku
        seolah aku rasakan
        selama ini kehadiran aku
        dalam hidupmu
        hanyalah untuk menyusahkanmu
        dan menyandarkan segala
        harapan padamu
        sesak dadaku
        seakan berhenti
        detak jantungku

        dan kerana tidak mahu
        menyusahkanmu lagi
        biarkan aku begini
        sendirian dengan karya-karyaku
        tanpa sokongan darimu lagi
        dan aku senang begini
        tanpa termakan budi
        tanpa menyusahkan kamu lagi
        atau sesiapa saja
        kerana dari dulu lagi
        sejak aku melangkah
        perjuangan dunia sastraku ini
        aku hanyalah sandarkan
        semuanya kepada-Nya
        bukan sesiapa
        jika di masa hidupku
        karya-karyaku tidak diterima
        tidak mengapa kerana aku sudah redho
        manalah tahu dalam ribuan karya-karya
        yang aku tulis itu hanya satu saja
        diterima dan dipandang oleh-Nya
        itupun lebih berharga dari alam dan seisi-Nya

        selepas ini di bumi mana
        Allah letakkan karya-karyaku
        di situlah aku berkarya
        tanpa sesiappun tahu
        siapa aku ...di mana aku
        aku cuma berada
        pada yang telah diTentukan-Nya
        dimana ada karyaku disitulah aku
        sehinggalah dijemput pulang ke Pangkuan Ilahi

        RATU RIMBA NIAGARA
        16 Oktober 2012
        November 15 at 11:30am · Like

        BERUNDUR BUKAN BERARTI KALAH
        APALAH SALAHNYA MENGAKU KALAH DEMI AKHIRAT

        apa hendak diharapkan pada kesenangan yang tak pasti
        yang kuharapkan kawan sejati
        berkata selari dengan hati
        bukan membuat kita makan hati
        dendam yang ingin kupadam
        api yang dinyalakan
        makanya berapi-api jadinya
        dan api yang paling aku takutkan api neraka
        apabila dendam tak padam
        sabar yang diharapkan
        melebur dalam dendam
        aduhai malangnya aku jika
        dendam berapi ada di mana-mana
        aku berada
        apa yang disakitkan aku pun tak tahu
        makanya demi ketenangan hati
        agar selalu sabar tertanam di hati
        pergi melenyap
        dari pandangannya
        walaupun dia berada di sini
        kerana di mana aku berada
        dendamnya pasti akan
        memakan sabarku
        berundur bukan berarti kalah
        apalah salahnya mengaku kalah
        demi akhirat
        demi ketenangan roh dan jasad...

        RATU RIMBA NIAGARA
        1 Muharram 1434H
        15 November 2012
        November 15 at 1:42pm · Like
      • Putra Kencana Alam Alhamdu'lillah..
      • MaharajaPancung Pancar Temasik Sultan mana ni?..cuba cakap betul betul...peliklah yang disebut-sebut tu dah AlMarhum lamaaa dah..lepastu cari waris pulak tu?...kalau betul maka seharusnya nenda2 semua dah temu dgn cucu-cicit mrk kan?...agaknya klon punya?..pencerahan pls Putra Kencana Alam..jgn pakai rembat aje ...
      • Ratu Rimba Niagara Silalah jawab duhai Putra Kencana Alam...jawab dengan fakta dan bernas...agar tak dikatakan Maharaja Pancung Pancar Temasik..pakai rembat aje...ah! nggak bisa dibilang gitu...kalo dipancung lagi nggak bisa...
      • MaharajaPancung Pancar Temasik agaknya this is just a figment of your imagination ?...
      • MaharajaPancung Pancar Temasik that's right my friend the elegant Ratu Rimba Niagara..we need facts here,not myths...I can get swayed by your sweet poems and poetry but I do need some mere facts,at least ,to bide by...your first comment demands an answer...apologies all around if I sound crude...
      • Ratu Rimba Niagara Maharaja Pancung Pancar Temasik...bawa bertenang...nak dipancung pun bukan sebarangan ...tunggu Putra Kencana Alam bangun dari peraduannya...bila dia jawab nanti barulah boleh buat penilaian sendiri samada imaginasi atau pun realiti. Inikan sebuah majlis diRaja...makanya segalanya yang bersangkut paut dengan kerabat diRaja & rakyat SeNusantara samada realiti atau imaginasi 
        kita boleh debatkan secara win...win barulah best gitu...hehehe
        barulah hamba boleh salut pada semua ahli majlis yang bersidang di sini...gimana pendapatmu MaharajaPancung Pancar Temasik?
      • MaharajaPancung Pancar Temasik LIKE LIKE LIKE...hehe...daku cari scabbard utk ku sarung kembali pedang Excalibur ini..hehe..
      • Ratu Rimba Niagara santai saja dong di sini...hilangkan segala teka teki secara santai..barulah tak tercari-cari di manakah sarung pedang yang hilang itu ye...hehehe jangan sudah dapat sarung pedang...semua mahu dipancungnya...nanti ramai pulak ahli majlis ini tak berkepala kena pancung oleh MaharajaPancung Pancar Temasik...nggak bisa gitu dong...hehehehe
      • Putra Kencana Alam Hmm..carilah dulu diri sendiri..barulah mengenal asal usul keturunan..jika mamai dibuai mimpi..maka bermimpilah saja smpi ke akhirnya..masakan nama yg tertera di atas tidak dikenali..kelak terpancung diri sendiri..jgn mara aaa...
      • Ratu Rimba Niagara Jawap ajelah pertanyaan MaharajaPancung Pancar Temasik itu..dengan fakta dan jelas agar tak dikatakan kisah diceritakan ini cuma ilusi ...jika sudah jawab tapi masih tak yakin akan kebenarannya ..kerana masih teka teki...pancung saja diri sendiri agar semua puas hati...jangan mara aaaahhh...
      • MaharajaPancung Pancar Temasik Mcmtu jawapan diberi
        Nanti ku cari kepala ku buat ganti
        Diriku yg terpancung sendiri
        Tiada masaalah buat jiwaku ini

        Ternyata yg disebut Almarhum2 tadi tiada disini
        Silakanlah dikau mencari lagi..
        Semua mrk sangat ku kenali
        Samada pada mu yg klon dan pd ku yg ori?..
        Hehehe...skrg pancung lehermu sendiri..
      • Putra Kencana Alam Jika selalu mengikut 'fakta' itu hanyalah ma nu sia yg meletakan..berbudi bahasa adalah keperibadian..jgn lah suka menyangka menyangka yg buruk saja yg datang dari 'org'..diri sendiri yg dianggap 'betul' berbicaralah dgn sopan agar sedap telinga mendengar..berkarialah dgn tulus agar tiada terguris..jgnlah sesekali menyokong atau menegakkan ketidakbenaran..kelak ketulahan diri sendiri..
      • Putra Kencana Alam Yg paling bahaya..ada juga yg jd 'Batu Api' hehehe..
      • MaharajaPancung Pancar Temasik Hentam sajelah Labu..hehe...marah nampak?...relax lah bro...baru kena geletek sikit dah nak naik tsunami?...ingat..perang jiwa sudah bermula..sama2 kita rehearsal dulu agar tak gelebah bila jumpa nemesis kita
      • Ratu Rimba Niagara Jikalah begitu Maharaja Pancung Pancar Temasik...carilah nama yang tak guna pancung...kerana bila guna pancung...ada unsur negatif..carilah nama yang positif sikit...contoh..MAHARAJA APA YE...TAK ADA IDE INI minta Putra Kencana Alam carikan nama baru...agar tak ada unsur batu api...yang ada sedingin salju....hehehe
      • MaharajaPancung Pancar Temasik Maaf semua kerana namaku dari nenda
        Asalnya Maharaja Tan Lela Pancung Tak Bertanya
        Maaf..bukan boleh kamu tukar2 gitu sahaja
        Ini namaku yg hanya ke4 dari 5
      • Ratu Rimba Niagara Putra Kencana Alam ...inikan majlis...gunakanlah wajah sendiri begitu juga maharaja pancung gunakan gambar sendiri biar jelas ahli-ahli majlis nak berdialog sesuatu topik ...ini tidak berkomunikasi dengan kerislah...dengan gambar cinonitlah...hehehe kelakarnya...hhehehe maaf jangan marah ye...jangan pula kata batu api...nggak tega dong...hehehe
      • Putra Kencana Alam Mana ada bro..hehe aku bukanya marah..Nasihat..!! Ooo yeke..cis..kata laluan..???
      • Putra Kencana Alam Hehe..rupanya ko org suka bergurau ya..org Malaka mmg begitu..jumpa saja seperti mahu bergaduh..lps tu minum semeja..hehehe
      • Ratu Rimba Niagara Selagi maharaja pancung & putra kencana tak mahu memunculkan diri ..tak mahulah berbicara dengan tuanku berdua...sebab keris dan gambar cinonit...tak saling faham puteri bunian berkata...hehehe
      • MaharajaPancung Pancar Temasik Dunia ni pentas dan selalunya kita ni unggak latihdiri utk fulldress rehearsal
      • MaharajaPancung Pancar Temasik Nanti anda terus tak nak keluak dari hutan tau bila dah tenok muka Patik yg ori..calibuuuut..jaga cik Ratu Rimba Niagara,jaga...hahaha
      • MaharajaPancung Pancar Temasik Ok..Putra Putra Kencana Alam...cepat ko pujuk Ratu Rimba Niagara..takut Pangeran Adipati Agong sepok kita berdua..!!!
      • Ratu Rimba Niagara siap siaga ok...wajah kurniaaan Allah macam mana rupa pun tetap ganteng & macho kerana yang menciptaNya Maha Bijak Sana cuma kita saja tak mahu mensyukuri itu yang pakai gambar bungalah, kerislah , bintanglah . bulanlah yang lebih lucu lagi gunakan gambar patung...seolah kita ini bercakap dengan patung...sudahlah tak dengar suara ori cuma suara maya...jangan mara ye..yang pakei gambar bukan sendiri ...hehehe
      • Ratu Rimba Niagara Lainlah ini majlis anak wayang bolehlah guna topeng apa saja....ini majlis yang suci murni yang membincangkan topik yang berat...pastinya yang tubuhkan majlis ini ada misi dan visinya tersendiri...bukan sekadar suka-suka ...canda-canda...betul tak?
      • MaharajaPancung Pancar Temasik Maaf dipinta Pangeran Adipati Agong yg mulia
        Tiada niat Patik mencerca
        Saje test rakyat yg taat setia
        Perjuangan yg besar diluar sana
        Belum ditahu apa ending nya
        Harus Patik bantu hapuskan syak wasangka
        Agar tercapai matlamat kita hendaknya ...!!!!
      • Putra Kencana Alam Hehe siapa lah kita..org ada gambar rupa..jika masa sudah tiba akan ku paparkan wajah yg sekian lama belindung keris..
      • MaharajaPancung Pancar Temasik Putra Kencana Alam---Patik pakai topi keledar..utk mempertahankan diri..hehe..tadi kan Ratu Rimba Niagara suruh pancung kepala sendiri?..hehe
      • Ratu Rimba Niagara Moga majlis yang ditubuhkan oeh Pangeran Adipati Agong tercapai segala misi dan visinya. Aamiin. Dan kita sebagai ahli grup mendukung segala apa yang diinginkan dalam cita-citanya mengwujudkan grup majlis diRaja Nusantara ini dengan jayanya. Aamiin.
      • MaharajaPancung Pancar Temasik Part ni Patik suka..A'meen X 313 kali
      • Ratu Rimba Niagara Pokoknya harus dipancung semua yang tak jelas...yang jelasnya sekarang tak ada perselisihan faham walau sebesar zarrah pun. Ok. Jika ada bicara hamba yang tersalah bicara harap diampunkan..kalau merajuk jangan lama-lama nanti hamba rindu....hehehe
      • Raja Sabrie Palakka Putra Kencana Alam ini pasti kacak orgnya. bila kita mahu bertemu?
      • Putra Kencana Alam Hehe..mahkota Puteri di atas batu jemala..lambang Ratu Rimba Niagara..nasib untung ada topi keledar..jika tidak tak dpt mempertahankan diri..makanya Ratu Rimba Niagara juga perlu ada topi keledarnya sendiri..hahaha
      • MaharajaPancung Pancar Temasik Dah cakap dah..dia hanya nak temu Putra Kencana Alam..huhu.mcmana ni Ratu Rimba Niagara?..tu le Patik undercover as Korean King..huhu..muka ku bo nobody want to c leh
      • Ratu Rimba Niagara hamba nikan puteri bunian...nampak tapi tak nampak ye...hehehe
      • Putra Kencana Alam Alhamdu'lillah..biar mulanya seperti gamat..namun keakrabatan yg sebenarnya di cari..apalah ada pada kehebatan..jika tidak Allah yg memberi..
      • Putra Kencana Alam Apa salahnya kita bersua..sudah sekian lamanya kita terpisah..7 keturunan kembalilah sudah..membawa semua keluarga dunia dan akhirat..
        23 hours ago via mobile · Like · 2
      • MaharajaPancung Pancar Temasik Patik dah kehabisan pantun
        Pada Ratu Rimba Niagara Patik harapkan jasa
        23 hours ago via mobile · Like · 1
      • MaharajaPancung Pancar Temasik Hahaha..bahasa empayar Melaka
      • Ratu Rimba Niagara Ye..semasa ada kesempatan dan peluang Allah pinjamkan untuk bersuara...kita bersuaralah yang indah-indah...kerana kita tak tahu apakah kata-kata kita nan indah ini kali terakhir... kan tenang bila sudah meninggalkan dunia ini dengan bahasa-bahasa indah yang menenangkan roh dan jasad...hati kita tak sakit ..hati orang yang mendengarnya pun tak sakit....kita saling bermaafan jika tersalah bicara...kerana kita hadir ke majlis ini untuk mencurahkan bakti biarpun sepatah dua perkataan boleh membuka minda...mahukan perubahan yang boleh memberi kebaikan dunia dan akhirat. Aamiiin.
        23 hours ago · Like · 1
      • MaharajaPancung Pancar Temasik Patik tulis pakai Short Hand
        Ratu Rimba Niagara baca pakai Long Hand..
        Hahaha....
        23 hours ago via mobile · Unlike · 1
      • Putra Kencana Alam Hehe MPPT..fine thank U..ular melingkau atas pagau..
        23 hours ago via mobile · Unlike · 2
      • 23 hours ago via mobile · Unlike · 1
      • MaharajaPancung Pancar Temasik ALL' S WELL THAT ENDS WELL
        23 hours ago via mobile · Unlike · 1
      • Putra Kencana Alam Jika kita sudah sepakat..syaitan dan Iblis dpt diikat..maka turunlah Malaikat kedlm jasad utk menjalankan amanat Syariat..Allahuakbar!!!7x..
        23 hours ago via mobile · Unlike · 2
      • Ratu Rimba Niagara Kejap lagi kena dera baca jangan sampai mata jadi juleng sudahlah ye maharaja pancung...silap haribulan tercabut topi kublai khan yang dipakai tu kerana berpeluh-peluh membaca puisi hamba ye...hehehe
        23 hours ago · Like · 1
      • Putra Kencana Alam Bila kata sudah tertera..isi hati keluar melata..barulah puisi panjang berjela..sampai penat kita membaca..belum tua sudah pakai cermin mata..hehehe
        23 hours ago via mobile · Unlike · 2
      • Rashid Nordin muka ayahanda maharaja pancung sebiji mcm maideen anak mami tu yg jual pesembor
        12 hours ago via mobile · Unlike · 2
      • 13 hours ago via mobile · Unlike · 2
      • MaharajaPancung Pancar Temasik Hehehe..ada jugak yg bole identify Patik..
        13 hours ago via mobile · Unlike · 1
      • Ratu Rimba Niagara Oo...anak mami rupanya ..tapi macam mana rupanya ye ..sebab katanya rupanya macam laksamana Cheng Ho...hehehe

        (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISALAM NUSANTARA)
        14 Muharram 1434H
        28 November 2012M

0 comments:

Post a Comment

 
;