Thursday 29 November 2012

PADA SEBUAH KEDAMAIAN AAMIIN (15) KERABAT DIRAJA



  • YA TUHANKU RAHMATILAH RAJA KAMI

    Sultan Johor berjiwa rakyat,
    Utamakan rakyat dari kepentingan sendiri;
    Sultan Johor sentiasa di hati rakyat,
    Tuanku berduka takkan dibiarkan sendiri.

    Keluh kesah rakyat tuanku ambil peduli,
    Tangisan rakyat tuanku susah hati;
    Bersama rakyat tuanku senang hati,
    Pengorbanan tuanku sentiasa di hati.

    Bagaikan pilu hati ini,
    Jika ada rakyat tak senang hati;
    Tuanku yang baik hati,
    Moga Allah Merahmati.

    Rakyat Johor keutamaan tuanku,
    Susah rakyat susahlah tuanku;
    Susah senang bersama perjuangan tuanku,
    Makanya kami sentiasa ingati kebaikan tuanku.

    Ya Tuhanku Rahmatilah raja kami,
    Kami syukuri kurniaanMu,
    Menganugerahkan hamba-Mu untuk kami,
    Seadil mampu menjalankan tanggungjawabMu.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    9 November 2012
    (DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK TUANKU SULTAN JOHOR
    & SELURUH RAKYAT JOHOR TERCINTA)
    Like
    Like · · · November 9 at 11:07am
  • KAWAN BERSUKA RIA TAK PERLU DICARI,
    SUKARELA DATANG MENGHIBUR HATI;
    KAWAN SAMA MENANGIS SUKAR DICARI,
    MOGA AKU DIKELILINGI KAWAN SEJATI.
    Like · · · November 8 at 4:33pm

    SELAMAT MENGHADIRI MAJLIS MESYUARAT RAJA-RAJA
    KE-230

    Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
    Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
    Patik dari Rimba Niagara
    dan wakil dari seluruh penghuni rimba niagara
    mengucapkan selamat menghadiri
    Majlis Mesyuarat Raja-Raja ke-230
    Moga setiap agenda mesyurat
    Memberi impak yang besar kepada
    Rakyat jelata di bumi bertuah Malaysia ini
    Kami rakyat jelata di Malaysia
    Mengaku bersumpah setia
    Kepada Institusi diRaja Malaysia
    Sepertimana yang termaktub
    Di Prinsip Rukun Negara ...
    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    Daulat Tuanku!

    'RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA'

    Ingatan tulus ikhlas daripada patik:
    Rabeah Mohd Ali
    Ratu Rimba Niagara
    Istana Rimba Niagara
    Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand
    8 November 2012
    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    11 minutes ago · Like
    Ratu Rimba Niagara PANTUN SULTAN & TYT KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

    Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tercinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat berkerjasama.

    Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
    Kepentingan rakyat amat dirasai;
    Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
    Sejak generasi dahulu hingga kini.

    DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
    Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
    Budi disemai Allah berkati,
    Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

    Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
    Kebajikan rakyat amat diutamakan;
    Bertuah sungguh rakyat Pahang,
    Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

    Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
    Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
    Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
    Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

    Pemangku Sultan Kedah amat dihormati,
    Menabur budi tidak terhingga;
    Ke mana pergi rakyat mentaati,
    Rakyat Kedah amat berbangga.

    Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
    Kepentingan rakyat amat dijaga;
    Masalah rakyat diberi perhatian,
    Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

    Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
    Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
    Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
    Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.

    Negeri Terengganu pesat membangun,
    Di bawah pemerintahan Raja penuh kebijaksanaan;
    Tuanku Mizan suka beramal kebajikan,
    Kepada rakyat Terengganu tidak pernah dilupakan.

    Bertuah sungguh rakyat Sabah,
    Punyai TYT yang amat memahami;
    Denyut nadi rakyat Sabah,
    Maju Sabah dan dihormati.

    TYT Negeri Sarawak baik budi,
    Semua rakyat Sarawak menyayangi;
    Tutur kata sebaik budi,
    Akan dikenang hingga ke mati.

    Melaka negeri penuh bersejarah,
    Diperintah oleh TYT yang berkarisma;
    Ramai pelancong datang berhijrah,
    Menjadi Pusat Perlancongan Sejarah yang ternama.

    Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Abdul Rahman Abbas,
    Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang;
    Berjiwa patriotik dan berhati ikhlas,
    Memerintah Pulau Pinang penuh kasih dan sayang.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    8 November 2012
    (DIILHAMKAN SEMPENA MAJLIS MESYUARAT RAJA-RAJA
    KE-230)
    Like · · · November 8 at 12:56pm

0 comments:

Post a Comment

 
;