PIALA KEMENANGAN DARI-NYA
Duhai harimau
Kau kucinta
Duhai garuda
Dikau kukasih
Dua-dua
Sama kucinta
Sam kukasih
Janganlah
Sesekali kalian
Bergaduh
Gara-gara
Hanya
Sebuah bola
Yang tak benyawa
Memberi padah akhiratmu
Kata mengata
Umpat mengumpat
Pukul memukul
Jadi dendam kesumat
Bola yang tak bernyawa
Sudahlah teruk
Disepak
Dilambung
Dilecek
Ditanduk
Dipijak
Diseret
Semata-mata inginkan
Dipuja sebagai pemenang
Jaguan bola sepak dunia
Punyai peminat
Dan hidup senang dalam dunia glamor
Pelekkan bola yang
Dipijak sesuka hati
Terlalulah hinanya bola
Tapi bola itulah
Yang membuatkan mereka
Rasa bangga akan kemenangan
Merebut piala
Hingga menjadi bergaduh
Tuduh menuduh
Fitnat menfitnah
Dendam kesumat datang
Tujuan asal bola
Yang mahu
Menyatukan
Talisiraturrahim bernegara
Menjadi sebaliknya
Saling bermusuhan
Sematalah kerana bola tak bernyawa...
Jikalah bola itu bernyawa
Pasti walaupun tak bernyawa
Memberi nyawa
Pada sebuah ikatan
Ukhuwah kaseh talisiraturrahimi
Hidup bernegara
Berkasih sayang demi-Nya
Dan memberi makna
Kepada alam akhirat
Walaupun hanyalah
Sebuah bola tak bernyawa
Semoga
Harimauku
Garudaku
Bisa berjabat tangan
Jika terluka
Kita tak mahu saling luka melukai
Kerana kita tak mahu hidup
Cuma sekadar senda gurau yang alpa
Moga kita sama muhasabah diri
Ayuh kita teruskan matlamat kita
Untuk kita berjaya dunia dan akhirat
Dan akhiratlah matlamat kita
Kerana kita tidak tahu
Sebentar lagi kita dijemput Ilahi
Moga kalimah di akhir kita
Dapat melafazkan
LAAILLAAHAILLAALLAH MUHAMMADDARRASULULLAH
itulah anugerah dariNya yang ktia dambakan
sepanjang kita berhidup di muka bumi ini
Aamiiin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
SETIAP YANG BAIK ITU DARI-NYA
YANG KHILAF ITU DARI SAYA
MAKANYA MAAFKAN SAYA
18 Muharram 1434H
2 Disember 2012M
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment