Ratu Rimba Niagara shared Roshairane Ira's photo.~Aku Yang Keliru~
Semalam yang hangat
menyapa sebuah rindu yang dingin
beku dalam hati suram
senyap dalam sepi perasaan
itulah aku yang terbiar...
Bila cinta menyapa
hati dipeluk bahagia
titis titis kasih mendap di luhur jiwa
kata kata manis hinggap memberi harap
akulah yang disapa rindu...
pada rapuh sebuah mimpi.
Tika ini..
ada suria mengepak hangat
juga mendung yang menghitam
buatku nanar bergayut resah
kembali suram
kelam merona di mata
suram bersiaga di dada
sampai bilakah begini...
keliru.
~Besut~
10.41 pagi
11282012
Ratu Rimba Niagara shared eskapades's photo.
Nestled on the shore of a peaceful and serene lagoon...
http://www.eskapades.com/auction,2676
Ratu Rimba Niagara shared a status update.
MENITI KE SYURGA FIRDAUS
Ya Allah
Ya Kekasihku
Yang kupuja
Yang kucinta
Sepenuh iman
Ya Allah
Tiada apa
Yang lebih kuingini
Melainkan cintaMu
Yang aku fikirkan
AdalahMu
Ya Allah
KehadiranMu
Sentiasa kurasai
Kau sentiasa sudi
Mendengar rintihan kalbuku
Ya Allah
Aku berduka
Kau yang menyembuhkan luka
Ya Allah
Aku khilaf
Kau memaafkan kekhilafanku
SesungguhNya
Kau Maha Mendengar
Kau Maha Memahami
Kau Maha Penyayang
Kau Maha Pemaaf
Kerana sifat-Mu
Maha Agung
SeAgung cintaMu
Yang tiada tandingan cintaMu
Kau mencintai
Kau menyayangi
Semua hambaMu
Tanpa meminta apapun balasan
Malah balasan cintaMu kepada hambaMu
Kau balas dengan balasan Syurga
Allahu Akbar
Tiada Cinta Yang Maha Agung
Selain cintaMu
Apa saja yang aku fikirkan
Kau makbulkan apa yang kufikirkan
Telah Kau rentangkan
Jalan-jalan ke SyurgaMu
Ya Allah
Berilah aku peluang
Meniiti jalan ke SyurgaMu
Dengan selamat
Tidak tergelincir tika meniti
Titian ke SyurgaMu
Ya Allah
Jauhkan aku
Daripada mereka yang berniat jahat
Untuk memesungkan niat suciku ini
Ya Allah
Pastinya titian jalan ke SyurgaMu
Banyak dugaan yang akan kulalui
Bagi menggagalkan aku ke jalan SyurgaMu
Makanya Kau selamatkan aku daripada
Sebarang niat jahat mereka itu
Segala niat baik atau jahat
Kau saja yang tahu
Jika niatnya baik padaku Kau balaskan kebaikannya
Jika niatnya tak baik Kau berilah hidayah padanya
Ya Allah
Syurga bukanlah matlamatku
Matlamatku meraih cintaMu
Maka balaslah cintaku ini
Dengan Kau izinkan aku
Dan memberi peluang padaku
Untuk meniti jalan-jalan
Ke Syurga Firdaus
Syurga paling tinggi martabatnya
Ya Allah
Dengan Rahmat KasihMu Tanpa Batas
Berilah aku peluang
Meniti jalan-jalan
Ke Syurga Firdaus
Dengan selamat
Dalam restuMu
Dalam redhaMu
Tika aku hidup Kau balas cintaku
Tika aku mati Kau membalas
CintaMu ke aku
Dengan balasan Syurga Firdaus
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Makbulkanlah Ya Allah
RATU RIMBA NIAGARA
14 Muharram 1434H
28 November 2012M
(PUISI TERCETUS BERKAT PERSAHABATAN DENGAN
RAKAN FB HAMBA , TUAN AHMAD TAJUDDIN PEGAWAI TENTERA FISABILILLAH TERLAHIRNYA PUISI ,
MENITI KE SYURGA FIRDAUS ADALAH HASIL IDEANYA
TERIMA KASIH TUAN. SEMUANYA DENGAN IZIN-NYA AAMIIN)
14 Muharram 1434H
28 November 2012M
Tuesday, 27 November 2012
INDAHNYA PELANGI CINTA SYURGA
Ratu Rimba Niagara shared eskapades's photo.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment