Thursday, 29 November 2012

PADA SEBUAH KEDAMAIAN AAMIIN (5)(FISABILILLAH)

  • Photo
    Unlike · · · November 18 at 9:20pm

    • You and 4 others like this.
    • Ratu Rimba Niagara Awan Jingga Di Gaza ( buat Gaza Pelestine )

      awanmu jingga lagi
      sekian lama derita di bumi sendiri
      berbuih-buih darah merah menyala

      mengalir merentasi liku-liku semalam.
      merah lagi dalam jingga
      Gaza deretan sejarah mengusap lagi
      bertih asap bersambungan dalam ratap
      tanpa belas kasihan hujan peluru muncul tiba-tiba
      meratah menjunam dengan kejam
      lalu hari ini berulang kekejaman lagi
      dari syaitan segala ibu syaitan
      darah yang mengalir buat di megahkan.

      Kini kezaliman tiada kesudahan
      skrip yang sama semenjak dulu
      berulangan sepanjang waktu
      dunia hanya mengutuk sambil tersenyum
      betapa jeleknya aku melihat sendiwara ini
      tapi apa daya kudratku
      hanya setitis doa dan airmata
      sebagai penawar kesejahteraan dan keamanan
      buat mu Gaza Palestine...

      Coretan pilu: Lezaihasra Lm
      Besut,8.11;2012

      GUGURNYA PARA SYUHADA DI BUMI GAZA

      Duhai… Rakyat Gaza tersayang
      sabarlah dengan dugaan Allah ini
      kami di sini dapat merasakan
      penderitaan kalian di sana,
      kalian tentu dalam keadaan sangat getir
      menghadapi dugaan yang amat berat ini!

      Kelaparan…! Kesakitan…!
      Kezaliman rejim zionis ke atas
      kalian dan kematian keluarga
      tersayang ada di mana-mana…!
      Ya Allah…
      Selamatkan rakyat Gaza…
      Selamatkan bumi Gaza...
      daripada kekejaman Israel.

      Kami percaya…
      Kalian dapat
      menghadapi dugaan ini
      dengan tenang kerana pasti
      kalian gugur sebagai para syuhada!
      Syuga adalah tempat yang layak untuk kalian!
      Subhanallah!

      Karya: Ratu Rimba Niagara
      4 Muharram 1434H
      18 November 2012M

      KARYA LEZAIHASRA LM & RATU RIMBA NIAGARA
      4 Muharram 1434H
    • Ratu Rimba Niagara TERIMALAH SYAHIDKU

      Hari ini
      di kala kita di sini
      diulit mimpi

      mimpi indah-indah tapi tak pernah bermimpi
      ada di luar sana di sebuah negeri
      sedang diuji
      diuji
      terus diuji Ilahi
      tanpa henti
      tak tahu bila akan berhenti
      tapi
      mereka tabah dalam redha takdir Kaseh Ilahi
      tapi sadarkah kita saudaraku yang dikasihi?
      kita pun sedang diuji
      sebenarNya diberi mata hati
      masih tak punya hati
      masih tak wujud ehsani
      tiada sedikit pun ehsan simpati
      untuk membantu saudara kita yang dizalimi
      mereka zionis Israel laknatullah sesuka hati
      melancarkan serangan bertubi-tubi
      kepada saudara kita di bumi Gaza yang dikasihi
      di langit Gaza berdentam berdentum sana sini
      bagaikan indahnya cahaya api
      sambil bergelak ketawa mereka zionis israel tika membedil
      mereka di angkasa raya gelak ketawa
      sedangkan di bumi Gaza
      berteriakan rakyat Gaza yang tak berdosa terkena bedilan
      yang digugurkan bagaikan salji...
      lautan tangisan
      lautan darah
      lautan jenazah para syuhada
      ada di mana-mana
      darah mereka yang tak berdosa
      atas kerakusan zionis laknatullah
      menjadi sungai darah para syuhada
      sungguh pun merah pekat di pandang mata
      aliran sungai darah para syuhada di Gaza
      itu adalah lambang cinta mereka pada Allah Azzawajallah
      wangian sungai darah para Syuhada
      dapat dihidu oleh penghuni Syurga

      tak terfikirkah kita...
      adakah kita masih bermimpi
      atau saja tak mahu memikirkan
      gimana kita boleh membantu
      saudara kita yang masih selamat di sana
      tidakkah kita mahu membantu mereka
      termampu daya kita
      percayalah kepekaan kita
      kepada saudara kita di bumi Gaza
      ada Niaaian di sisiNya
      mari bersama kita fikirkan
      gimana mahu membantu mereka
      agar mereka selamat dari kekejaman
      zionis yahudi laknatullah itu...
      jika kita masih berleka lagi
      tidak memperdulikan saudara kita di Gaza
      tidak mustahil negara yang kita cintai ini
      akan ditakluki oleh zionis laknatullah itu
      kerana itu janji mereka
      tidak akan membiarkan
      seincipun bumi Islam di muka bumi ini
      dan masa itu baru kita tahu
      gimana penderitaan rakyat Gaza
      tanpa dibela saudara seislamnya
      menyesal pun tak berguna
      mungkin tika itu kita sudah pun
      berada di alam barzah
      mereka dikira mati syahid
      tapi kita gimana?
      dulu ada kesempatan berjuang fisabilillah
      alasan takut mati
      alasan takut habis harta
      tapi takut mati akhirnya mati juga
      kalau masa hidup ada kesempatan mati syahid
      tapi bila dah mati tak tertebus syahid
      syahidku di mana?

      Allahu Akbar...
      aku hambaMu
      aku mahu pulang kepadaMu
      terimalah syahidku
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      Ratu Rimba Niagara
      6 Muharram 1434H
      20 November 2012M
      Like ·

    • Awan Jingga Di Gaza ( buat Gaza Pelestine )

      awanmu jingga lagi
      sekian lama derita di bumi sendiri
      berbuih-buih darah merah menyala
      mengalir merentasi liku-liku semalam.
      merah lagi dalam jingga
      Gaza deretan sejarah mengusap lagi
      bertih asap bersambungan dalam ratap
      tanpa belas kasihan hujan peluru muncul tiba-tiba
      meratah menjunam dengan kejam
      lalu hari ini berulang kekejaman lagi
      dari syaitan segala ibu syaitan
      darah yang mengalir buat di megahkan.

      Kini kezaliman tiada kesudahan
      skrip yang sama semenjak dulu
      berulangan sepanjang waktu
      dunia hanya mengutuk sambil tersenyum
      betapa jeleknya aku melihat sendiwara ini
      tapi apa daya kudratku
      hanya setitis doa dan airmata
      sebagai penawar kesejahteraan dan keamanan
      buat mu Gaza Palestine...

      Coretan pilu: Lezaihasra Lm
      Besut,8.11;2012

      GUGURNYA PARA SYUHADA DI BUMI GAZA

      Duhai… Rakyat Gaza tersayang
      sabarlah dengan dugaan Allah ini
      kami di sini dapat merasakan
      penderitaan kalian di sana,
      kalian tentu dalam keadaan sangat getir
      menghadapi dugaan yang amat berat ini!

      Kelaparan…! Kesakitan…!
      Kezaliman rejim zionis ke atas
      kalian dan kematian keluarga
      tersayang ada di mana-mana…!
      Ya Allah…
      Selamatkan rakyat Gaza…
      Selamatkan bumi Gaza...
      daripada kekejaman Israel.

      Kami percaya…
      Kalian dapat
      menghadapi dugaan ini
      dengan tenang kerana pasti
      kalian gugur sebagai para syuhada!
      Syuga adalah tempat yang layak untuk kalian!
      Subhanallah!

      Karya: Ratu Rimba Niagara
      4 Muharram 1434H
      18 November 2012M

      KARYA LEZAIHASRA LM & RATU RIMBA NIAGARA
      4 Muharram 1434H
      Like · · · November 18 at 9:33pm
      GAZA SYURGA MENANTIMU

      saat kupejam mata
      apakah yang berlaku di bumi Gaza?
      air mataku berderai tanpa henti
      jiwaku meronta
      sesak nafasku
      seakan terhenti detak jantungku
      seakan dendamku membara kepada
      rejim Zionis dan sekutunya Amerika
      yang zalim lagi keji terkutuk itu?

      kamu....kamu...kamu....
      adalah syaitan yang mempertopengkan manusia?
      mata letaknya mata hati kamu?
      kamulah ahli neraka paling bawah sekali
      itu doa kami paling layak untuk kalian
      yang bermaharajakan syaitan dan iblis
      segala syaitan kamulah
      segala iblis kamulah
      laknatulah!
      kamu manusia paling terkutuk!
      aku benci...aku benci...aku benci....
      hilang sabar aku gara-gara kalian
      apabila melihat keganasan dan kezaliman
      yang tidak berperikemanusiaan
      kepada saudara seislamku di bumi Gaza

      Langit yang aman damai
      kamu ledakkan dengan
      dentuman peluru maut
      merentap nyawa
      ribuan saudara seislamku

      Dentuman peluru
      Kau gugurkan dari langit
      bagaikan hujan salji
      tanpa henti memusnahkan
      segala yang ada di bumi Gaza
      ranap dalam sekelip mata
      mereka saudara seislamku
      bertempiaran lari
      mencari tempat perlindungan
      tapi tiada tempat yang selamat
      hanya menadah tangan
      menunggu bantuan Ilahi
      menyelamatkan
      datuk nenek, ibu ayah. suami isteri anak, adik kakak, saudara mara
      yang kini bergelimpangan mayat di sisinya
      mayat-mayat yang tersayang terburai daging sana sini
      paling dahsyat!
      memilukan menyayatkan hati!
      dendamku padamu kian membara
      akan aku pastikan suara dendamku ini
      akan sampai ke seluruh benua alam
      akan bangkit para tentera fisabilillah pejuang syuhada
      membantu saudara seislamku di bumi Gaza
      kerna di sana Syurga menanti...

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      4 Muharram 1434H
      Like · · · November 18 at 4:44pm

      • 2 people like this.


      • WARKAH UNTUK PEJUANG FISABIILILLAH
        'BERJUANG MERAIH ANUGERAH DARI-NYA'

        Berjuang untuk diri sendiri demi alam akhiratku
        berjuang tanahair sendiri lambang cinta negaraku
        berjuang negara jiran demi kasihku
        berjuang berbakti pada semua kerana Tuhanku
        kerana sayang aku berjuang
        berbakti pada Tuhan
        berbakti pada manusia
        berbakti pada diri sendiri
        berjuang bukan memburu penghargaan
        berjuang bukan ingin mendapat sanjungan
        tapi berjuang inginkan anugerah
        anugerah dari Tuhanku
        LaillaahaillAllah MuhammadarRasulullah
        itulah anugerah
        yang didambakan
        yang diusahakan
        moga DIA Ehsan
        menganugerahkan-Nya
        padaku
        pada semua pejuang fisabilillah
        yang ikhlas
        ke jalan-jalan-Nya
        Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        'SALAM MAAL HIJRAH 1434H'

        Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,

        RATU RIMBA NIAGARA @ PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
        ISTANA RIMBA NIAGARA
        MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
        PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
        29 Zulhijjah 1433H
        14 November 2012
        Like · · · November 14 at 8:13am

0 comments:

Post a Comment

 
;