Monday 30 January 2012

JANGAN PELAJARI APA-APA DARI KU KARYA RADEN INU KERTAPATI


JANGAN PELAJARI APA-APA DARI KU

Jangan pelajari apa-apa dariku
sehingga engkau mengerti alir darahku
dari biara Siddharta
dengan lapan ajaran Buddha
dalam tapabrata!

Jangan pelajari apa-apa dariku
sehingga Upanishad di kitab Veda
menjadi busur panah Arjuna
merentas dadamu dgn cahaya
dan Mahabbratha terkoyak sirna

Jangan pelajari apa-apa dariku
sehingga Tursina mengecup dahimu
dan Tongkat Musa membelah NiL di dadamu
menjadi 12 jaluran
dan keyakinan turun ke ubun-ubunmu
dalam rupa gulir tawajjuh
lalu engkau menyungkur jatuh
dan jasadmu luluh

Jangan pelajari apa-apa dariku
sehingga kaca & permata kau pandang sama
dan kau tergadah fana
dalam limpahan cinta
dari cangkir Nirvana

Raden Inu Kertapati
· · · Sunday at 11:20pm

    • Rabeah Mohd Ali Jangan pelajari apa-apa dariku
      sehingga kaca & permata kau pandang sama

      Aku mahu belajar apa saja yang kau tahu
      agar dapat kubezakan kaca dan permata
      kerana aku mahukan limpahan cinta
      dari mereka yang cintakanNya
      a few seconds ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA KUMPULAN PUISI ILAHI)
    31 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;