WARKAH UNTUK SEMUA RAKAN GRUP PUISI ILAHI
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kepada semua rakan di grup Puisi Ilahi yang sentiasa
tersanjung di hati.
Izinkankan aku berbicara pada kalian semua walaupun tanpa suara
Pabila suara hati berbicara yang mendengarpun hati-hati yang tenang.
Sudah puluhan tahun aku berkarya bersendirian
Duniaku adalah berkarya...,'sasteraku adalah duniaku'
Dunia yang kuminati sejak dari kanak-kanak lagi.
Teringat aku dua puluh tahun yang lalu...semasa aku ada kudrat...
di mana aku menjalankan kajiselidik setiap karyaku pada pembaca
yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur , taraf pendidikan
dan taraf pekerjaaan....rata-rata mengatakan karyaku bagus dan
memenuhi citarasa pembaca...Allahu Akhbar...
kepuasan pembaca adalah kepuasanku sebagai seorang penulis
pendapat-pendapat mereka semua menguatkan semangat aku untuk
terus berkarya dan yakin dengan karya yang kutulis.
Dalam usia sebegini ..aku tiada kudrat lagi untuk menjalankan
kajiselidik seperti itu kerana menggunakan kudrat yang banyak
berhujan...berpanas..turun bas naik bas...dengan membawa karyaku
dan borang-borang kajiselidik... berat macam batu...kalau
dah minat tidak kisahkan itu semua yang penting ada kepuasan menulis.
Allah SWT itu Maha Kaya Maha Memahami hambaNya...
Dengan izinNya aku diberi celik IT
Dapatlah aku meneruskan agendaku untuk membuat kajiselidik pada karyaku.
Pada mualanya teman fb ku ramai juga ...tapi bila mana mereka sekadar
ada je akaun fb tapi tak aktif dan bilamana berkomunikasi diam membisu tanpa
apa jawapan...aku terpaksa padamkan nama mereka...bukan untuk memutuskan
talisiraturrahim tiada niatpun begitu...terus terang tujuan aku ber fb
dengan mereka bukan untuk mendengar mereka umpat keji...kutuk mengutuk
orang...berbangga dengan kepandaian diri dan berbangga dengan kekayaan
dimiliki atau kuasa mereka yang ada...tidak...tidak...tidak..justeru
rakan-rakan fbku boleh dikira dengan jari
yang tinggal itulah rakan fbku yang lebih berharga daripada permata.
Kadang kala aku menerima sindiran kerana memutuskan talisiraturrahim
gara-gara nama sahabatnya dipadamkan...aku diam je...kerana aku tak
mahu melukakan hati mereka...moga rakan-rakan yang telah kupadamkan
harap dapat mengerti dan memaafkan aku dan Allah ampunkan aku.
Ada tu pangkat datuk ....dia baik sangat...selalu memberi sokongan
setiap kali karyaku bersiaran...memandangkan dia ada komitmen yang
tinggi pada pertubuhan belia anjurannya ...aku undur diri dari
menjadi rakan fbnya...kalau dia tak sibuk mungkin aku menjadi teman
fbnya semula...
Tanpa dugaku seorang hamba Allah masukkan aku ke grup Puisi Ilahi...
Terperanjat juga kerana siapalah aku hendak dibandingkan dengan
mereka yang hebat-hebat belaka...tapi kugagahi juga demiNya dan dalam
diam aku bersyukur padaNya kerana mengizinkan aku masuk ke grup Puisi Ilahi.
Aku bukanlah seorang ustazah atau orang yang arif dalam ilmu agama...
tapi minat sangat dengan puisi yang bertemakan KETUHANAN ...
Kukarang puisi bukanlah hendak menunjukkan aku ini sempurna baik...
tapi di hati ini ingin sangat meraih redhaNya dan cintaNya tambahan
pula usia sebegini...apa lagi yang hendak difikirkan kecuali memikirkan
bekalan untuk dibawa ke hari mati...
Insya-Allah di sinilah tempat yang sesuai untuk aku berkarya
yang bertemakan KETUHANAN ...namapun grup Puisi Ilahi takkan lah
lari dari tajuk kot? Moga tidak lari dari tajuk yang diilhamkan
oleh pengasasnya. Dan hingga kini aku tak tahu siapakah pengasas
Grup ini...moga Allah Limpahkan rezeki yang melimpah ruah padanya
agar dapat dia berjihad ke jalan Allah selagi nyawanya di kandung badan.
Jikalah grup ini tempat untuk:
keji mengeji
umpat mengumpat
bergaduh
menunjukkan karya siapa yang hebat!
mencipta nama sebagai penulis agar dikenali ramai lalu disanjungi
sedangkan tiada karya yang hebat kecuali Al-Quran Kitab Allah.
Tujuan berkarya dan berpuisi di grup,'PUISI ILAHI ini hanyalah semata untuk
mendapat pandangan Allah bukan manusia
justeru menulislah dengan karya yang terbaik untuk dipersembahkan
kepada Allah SWT...biar sebaris ayat pun tak mengapa yang penting
ikhlas dalam berkarya bukan ada niat sedikitpun untuk menyakiti
hati-hati orang yang hendak membacanya...
Berkaryalah kita semua dalam suasana kasih sayang dan hormat menghormati
jagalah hati rakan-rakan semua... kerana mereka semua ingin ke jalanNya
jadilah seperti, 'Padi...Semakin Berisi Semakin Tunduk'.
Harapanku pada rakan-rakan semua dapat terima kehadiranku di sini apa adanya
dan sudi memberi pendapat dan memperbaiki karyaku mana yang kurang keindahan bahasa...aku amat alu-alukan...faham-fahamlah aku hamba baru belajar kalau salah berkarya tolong ajarkan ye...
Doaku pada Allah moga grup ini berjaya merealisasikan visi dan misi
grup ini ditubuhkan. Amin Ya Rabbal A'Lamin
Sebelum berundur ...kumemohon jutaan ampun dan maaf jika kata-kataku ada
yang menyinggung hati rakan-rakan semua dan memohon maaf juga sepanjang
aku berkarya di Grup Puisi Ilahi ...aku insan yang tak sempurna...harap
sudi maafkan aku.
Akhirkata sambutlah salam ukhuwah puisi dariku untuk kalian yang sentiasa
tersanjung di hatiku.
'SELAMAT BERKARYA SEMOGA KARYA KITA DITERIMA
ALLAH SWT SEBAGAI BEKALAN DI AKHIRAT'
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Sahabat yang menyayangimu keranaNya,
Rha NS
30 Januari 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment