Monday, 30 January 2012

SUNNAH ORANG BERJUANG KARYA NUR QALEESYA AZZAHRA


Sunnah orang berjuang

Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata

Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang
Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa

Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya
· · · 7 hours ago

  • You, Eliz Mawar Putih and 4 others like this.
    • Raden Inu Kertapati ‎...........................
      7 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Seorang pejuang tidak minta disanjungi...
      Seorang pejuang ...hanya mahu apa yang diperjuangkannya dekat di hati walaupun dia sudah mati tidak kembali...
      2 seconds ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA KUMPULAN PUISI ILAHI)
    30 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;