Tuesday, 31 January 2012

KUTIPLAH CAHAYA ITU SEMATKAN KE QALBU

  • ‎.RANJANG LANGIT.

    Silau bimasakti menggugah
    melantai rinduku dengan cadar doa
    apa yang kau tumpah hingga basahku tergadah
     ranjang langit-ku bergetar pada tasbihmu yang bergetah
    99 asma qasidah-mu memecah
    berserak bagai kunang mengerdip bagai bintang
    aku yang kian payah mencari wajah,
    melihat purnama-mu tersenyum dalam cerah

    Aah maiyyah
    wahuma akum ainama kuntum
    kebersamaan mengharum pada kelopakmu ku-cium
    kelambu-kan sanding cinta-ku di gening arasy
    biar mimpi buatku enggan bangun di lena kasih
    biar rindu membuatku menjadi asing pada merah marikh-mu

    Engkau
    menggulir rindu-ku ke lopak cinta,
    tiada lorong untuk pusarku selain di pelaminan kita
    hangat darahku menggelegak di asmara yang kau bawa
    apakah ini Nirvana, atau cuma arca cerminan cinta?
    jemariku mengelus, bibirmu ku-sentuh
    cakrawala-mu berbara, cintaku kau nyala

    Oh alunan resah
    memokah gelisah
    menujah lelah
    keringat membasah
    hamburan memerkah

    karamkah ratib pada sukma pesona
    tenggelamkah makna pada bijana rahsia
    engkau lebih mengerti jambak puisi
    aku lebih memahami artian sejati
    kalau Engkau Aku mengobar janji
    panji-ku hati
    jiwa-mu suci

    ku-buka cadar bintang ruh-mu
    tersipu di balik pintu pengantin-mu
    dengan busa-busa rindu di jemala-ku
    kutip-lah cahaya itu
    semat-kan ke qalbu
    itu-lah rindu-ku
    itulah Aku


    Raden Inu Kertapati
    e
    · · · 3 hours ago

    • You, Keris Abadi and 3 others like this.
      • Rabeah Mohd Ali cakrawala-mu berbara cintaku kau nyala
        lalu membara-bara membakar diriku tanpa ehsan!
        Itukah namanya cinta?
        Ah!Cinta sudah lama kubiarkan sepi...
        Yang kudambakan cinta setulus hati keranaNya
        Agar bersama bahagia di Nirvana.
        5 minutes ago · · 1
      • Raden Inu Kertapati bila saja, kau berbicara tentang nirvana.......tunggu-lah api, yang bakal membakarmu hingga sirna...
        2 minutes ago ·
      • Rabeah Mohd Ali bakarlah kalau itu hukum karma...
        kalau bakarnya tersirna hingga ke neraka lebih baik nafasku terhenti sekarang..kerana aku tak sanggup hidup dalam murkaNya
        2 seconds ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA KUMPULAN PUSI ILAHI)
      1 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;