- Akhtarullah Syihab and Dymm Tuanku Mudarasulail Alasatam like this.
- Rabeah Mohd Ali Terima kasih pada Dymm Tuanku kerana sudi menyokong patik dalam berkarya...berkarya adalah dunia patik yang patik minat sejak di zaman kanak-kanak lagi.17 minutes ago ·
- Rabeah Mohd AliKARYAKU DUNIAKU! SASTERAKU DUNIAKU!
Duhai hati kenapa kau setega itu?
Kau tak rasa bersalah ke pada
semua teman-teman di alam mayamu?
Adakah kau taksub dengan dunia kau?
Hingga kau setega itu melepaskan mereka
daripada menjadi teman alam mayamu...
Duhai yang memiliki hatiku...
Saat kau tanya soalan ini
aku bagaikan disaat-saat dihiris sembilu pilu...
Jiwaku meruntun merasa aku bersalah
hingga saat ini aku terluka dan retak seribu
tapi terlebih dahulu aku sudah meminta maaf
kepada mereka semua kenapa aku harus mengundurkan
diri daripada mereka
Moga mereka semua maafkan aku dan Allah ampunkan aku
Matlamat aku mahu berkawan dengan mereka kerana mahu:
Bertukar-tukar pendapat dan idea
Berkongsi pengalaman mereka
Berkomunikasi di alam maya dalam ertika kata positif,
mesra dan harmonis bertukar ilmu yang mereka ada tapi
bukan tujuan untuk berbangga diri dan merendah-rendahkan
sesiapa saling ingat mengingati nasihat menasihati dalam
suasana bijaksana dan mengundang Nur Hidayah Kasih dariNya
Pabila kusiarkan karya-karyaku pada mereka...
Cuma seorang dua saja yang memberi sokongan habis-habisan
Yang lain senyap...
Biarpun mereka sendiri orang sastera sama macam aku minat sastra
tapi tidak sebagaimana yang kuharapkan untuk menyokong minat
sasteraku ini
Habis engkau mahu mereka memuji karyamu hebat sangat!
Begitu yang kau mahu?
Tidak terlintas pun aku mahu mereka memuji karya aku begitu...
kerna aku sedar siapa aku...yang tidak sehebat sasterawan
yang hebat-hebat aku cumalah peminat sastera picisan di jalanan
yang tidak dipandang sebelah mata oleh sesiapa dan aku pun
bukan hendak dipandang sesiapa yang aku mahu Allah Taala
yang pandang kerja-kerja penulisanku...
Aku menulis kerana:
Kasih sayang pada Allah dan sekelian manusia ciptaan
Allah Taala Tuhanku
Tiada niat langsung untuk membangga diri atau hendak
mempopularkan diri
Kau tahu puluhan tahu aku menyepi diri kerana aku
tidak suka orang mengenali siapa aku tapi untuk pengetahuan
engkau bukan semudah ini aku memunculkan diriku di alam maya
Kau cakap tak serupa bikinlah...
Bukan saja kau menyiarkan ribuan karya-karya mu dan bergaya
bagaikan permaisuri apa matlamatmu? Itu yang kau katakan
bukan membangga diri?
Aku siarkan karya-karyaku kerana Allah beri aku ilham tak
akan lah aku nak lepaskan beitu saja rugilah aku kerana
setahu aku setiap yang baik itu datangNya dari Allah
moga karyaku ada nilaian di Sisi Allah
Habis tu yang kau bergaya bagaikan permaisuri tu kenapa?
Kau berangan nak jadi permaisuri ke? Cerminlah sikit diri kau tu...
jangan nak berangan yang tak akan jadi nyata...Hahaha ada hati konon
Masya-Allah aku tak terfikirpun ke situ...
ada aku kata aku nak jadi permaisuri?
Yang aku kata nak jadi Permaisuri Rimba Niagara.
Adakah kau faham apa maksud Rimba Niagara?
Rimba itu maksudnya hutan...maknanya Permaisuri Hutan. Adakah
manusia yang tinggal di hutan?
Tak ada yang ada di hutan haiwan...
Ha...tahu pun engkau...takkanlah aku nak jadi permaisuri hutan
kau kata aku hendak berbangga diri?
Ye tak ye juga ye...tapi takkan lah kau bercita-cita hendak
menjadi permaisuri hutan ye?
Engkau ni pun satu...lurus tiang sangat...ini semua untuk
menghidupkan watak dalam karyaku Putera Sang Kuriang...
Sampai begitu sekali?
Kalau aku tidak hargai karya aku siapa lagi! Kerana
Karyaku Duniaku! Sasteraku Duniaku!
Dan untuk pengetahuan engkau aku sentiasa sedar siapa
aku ini...seorang wanita yang telah lanjut usia dan
yang kau lihat cantik itu cumalah sebagai topeng mekap
dibuang makeup itu jadilah aku wanita hodoh ...
jangan terpedaya dengan topeng mekap ye...
Sekarang baru aku faham ...kenapa dan kenapa...
Apa yang kau faham tentang kenapa? Boleh aku tahu...
Kenapa kau lepaskan rakan facebookmu....
Kenapa kau bergaya bagaikan permaisuri ...
Kerana Karyaku Duniaku! Sasteraku Duniaku!
Karya Rha NS
19 Oktober 2011See More8 minutes ago · - Rabeah Mohd AliPuisi Karyaku! Duniaku!
Aku berkarya bukan mencipta nama.
Aku berkarya bukan berbangga diri.
Aku berkarya kerana tanda cintaku
pada Allah, manusia dan pada
sekalian alam ini.
Bakat karya anugerah
dari Yang Maha Esa
takkan kupersiakan.
Ya Allah aku syukuri
kerana terpilih menerima
anugerah-Mu.
Ini satu tanggungjawab…
Kupikul setulus ikhlas.
Moga karyaku memberi
hidayah untukku dan kepada
sesiapa membaca.
Kakukan jemariku jika karyaku
mengumpat mengeji manusia
menabur fitnah sana-sini.
Lancarkan jemariku untuk menulis
perkara baik dikira di alam barzah
itu kumahukan Ya Allah!
Aku mesti banyak
membaca,
mendengar,
melihat,
mengkaji,
memikir,
dan bermuhasabah diri
agar karyaku dapat hidupkan
jiwa-jiwa mati!
Jiwa-jiwa mahu hidupkan rohani.
Aku mewakili suara anak-anak kecil
sengsara akibat perang.
Mewakili suara rakyat yang sentiasa ingin dibela.
Mewakili suara kerajaan untuk rakyatnya.
Moga suatu hari nanti
suara-suara hasil karyaku
bertebaran di muka bumi ini
dihayati dan dihargai oleh
seluruh penghuni bumi ini!
Siapalah aku tanpa Pertolongan dari-Nya
menghasilkan karya dikira amal jariah.
Anugerah-Mu ini akan kujaga kerana
Karyaku! Duniaku!
Karya : Rha NS
(18.1.2011)4 minutes ago · - Rabeah Mohd Ali SASTERAKU DUNIAKU
Masih kuingat lagi semasa usiaku menjangkau sembilan tahun ,
novel sastera kakakku bertajuk, ‘ Hikayat Merong Mahawangsa’
kubaca dengan penuh kusyuk seolah-olah aku berada dalam
dunia Merung Mahawangsa menyaksikan aksi mencabar itu dan
aku yang berkomunikasi dengan watak yang ada dalam novel
tersebut.
Pada umur dua belas tahun, anak-anak buahku mengelilingiku
mendengar aku bercerita bangsawan yang berkisarkan kepada
watak nenek kebayan dan cerita-cerita fantasi yang ideanya
datang secara spontan semasa bercerita. Mereka mendengar
penuh kusyuk .
Segala watak yang kuceritakan kubawa dengan
penuh emosi, pelbagai watak ada sedih, suspen,lucu yang geli
hatinya apabila watak seram mereka akan menjerit , suspen
mereka melopong, kalau watak lucu mereka gelak habis-
habisan. Waktu yang aku suka apabila melihat mereka tergelak.
Aku apa lagi...ada aje idea untuk membuat mereka tergelak.
Agaknya ini punca aku rapat dengan anak-anak buahku.
Dan ini juga membuatkan aku lebih berimaginasi cerita-cerita
fantasi kanak-kanak sebab itu aku suka bercerita dengan
kanak-kanak sambil bercerita idea datang mencurah-curah.
Yang lebih menyukakan , aku dapat menyiapkan sebuah
buku cerita kanak-kanak bertajuk,‘Tangan Emas’ diterbitkan
Fajar Bakti .
Tapi yang buat aku kecewa apabila seorang kawanku kata
aku kuat berangan, aku diam aje seakan merajuk , mujurlah
kawan kepada kawan aku mengatakan kerana aku kuat
beranganlah aku boleh buat cerita-cerita imaginasi kanak-
kanak. Tak semua orang jadi penulis buku kanak-kanak.
Pasaran buku kanak-kanak luas. Tengok JK Rowling , buku
nya digemari kanak-kanak dan juga orang dewasa dengan
cerita-cerita imaginasinya.
Apapun aku ucapkan terima kasih kepada kawan kepada
kawanku itu, dengan kata-katanya itulah yang membuatkan
aku yakin dengan karya imaginasiku. Terima kasih yang tak
terucap.
Apabila usiaku lima belas tahun, ketika aku mengikut bapa
dan ibuku menaiki kereta, pergi ke rumah saudara maraku
di Kuala Pilah Negeri Sembilan , aku begitu suka menghayati
permandangan sawah, gunung-ganang, bukit- bukau,
permandang perkampungan semuanya memukau aku
dan jiwaku terusik untuk aku lebih berimaginasi. Yang
buat aku terperasan sendiri apabila aku berangan hendak
menjadi novelis hingga anak-anak gadis yang duduk
ditangga sedang membaca novelku. Ah! Aku senyum
dalam imaginasiku yang ingin menjadi seorang pengarang.
Semasa aku di tingkatan empat , secara kebetulan aku
dilantik guru menjadi pengawas sekolah. Aku menulis
sebuah cerita pendek bertajuk, ‘ Ratina’ , yang lucunya
kawan-kawan perempuan sekelasku membaca sambil
air mata berjuraian, ada yang membuat mereka begitu
sedih. Apa tidaknya aku menulis pun sambil menangis
apabila mengarang cerita ,’Ratina’. Penuh emosi !
ketika menulis. “Beah … sedaplah cerita Ratina ni…
sambunglah lagi,” pinta Rosilawati. “Insya-Allah ..kalau
ada ilham datang aku karang lagi”
Yang seronoknya semua kawan perempuan sekelas denganku
mereka menyokong aku menulis. “Beah masuklah pertandingan
mengarang cerpen , mana tahu menang . Apa kata pagi
Sabtu ni kita pergi pantai cari ilham, ha…nanti kau dapat
banyak ilham apabila tengok permandangan pantai,”
cadang Norlaila. “Elok juga idea kau tu.”
Setelah mendapat kebenaran keluarga aku pergi bersama
Norlaila ke pantai. Secara kebetulan rumahku dekat dengan
pantai. Inilah mengalaman yang tak dapat dilupakan.
Kepada kawan-kawan terima kasih di atas sokongan yang
tak berbelah bahagi padaku. Terima kasih tak terucap.
Ketika menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, aku
sibuk mencari kelas penulisan, dah rezeki agaknya aku
terjumpa di surat khabar , jika berminat menjadi ahli
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN).
Aku menaiki bas pergi ke tempat alamat yang tertera untuk
mendaftar sebagai ahli Persatuan Penulis Negeri Sembilan.
Dari situ aku mula aktif menghadiri bengkel penulisan yang
dianjurkan oleh persatuan. Semua bengkel penulisan aku
hadiri, yang masih segar dalam ingatan apabila bengkel
penulisan novel guruku yang mengajar ketika itu saudara
Anwar Ridhwan yang kini sudah bergelar Sasterawan
Negara. Secara kebetulan aku baru saja habis menyiapkan
novel Ratina, manuskrip Ratina kuberikan kepadanya
untuk diedit dengan sokongannya yang tidak berbelah
bahagi padaku, novel Ratina habis diedit. Aku amat berpuas
hati. Di sini aku mengucapkan terima kasih yang tidak
terucap.
Satu lagi pengalaman indah sebagai seorang penulis apabila
Persatuan Penulis Negeri Sembilan dengan kerjasama GAPENA
membuat lawatan sambil belajar ke Indonesia. Pengalaman
ketika aku di sana , aku mendapat ilham menghasilkan ,
Putera Duyung. Sekarang sudah 17 tahun dalam simpananku.
Baru sekarang aku mahu mempromosikan, Putera Duyung.
Harap ada penerbit yang sudi melamar skrip Putera Duyung.
Gambar-gambar mengujakan inspirasiku,
Terima kasih Pejuang Casper Matti:
Karya Putera Duyung bertema ganbar itu,
Doakan karyaku menjadi legenda nanti.
Skrip Ratina pula sudah tiga puluh tahun dalam simpananku.
Aku cuba-cubalah tanya pada teman facebookku seorang
penerbit filem , berminat tak dia… menjadikan novel Ratina
kepada skrip TV, Jawapan yang diberikan amat memeranjat
kan dia kata emelkan padanya untuk dipertimbangkan. Tapi
malangnya novel Ratina masih berbentuk manuskrip lama.
Aku pun cadangkan hendak hantar skrip Putera Duyung.
Sekali lagi memeranjatkanku skrip Putera Duyung , insya-
Allah diterima dalam proses temujanji untuk perbincangan
bagi menjadikan realiti, hanya Allah yang tahu, aku pasrah.
Tanya pulak teman facebookku namanya Awang Karim Kadir
katanya dia berminat untuk dijadikan teater muzikal , hingga
sekarang aku tunggu kata putus darinya samaada jadi atau
tak. Tanya pulak saudara Satile Sagin pemuzik untuk mereka
muzik bagi Skrip Putera Duyung dia berminat hendak beri
kerjasama. Ketiga-tiga mereka kukirimkan dvd gambaran
penulis tentang kisah cerita cinta Putera Duyung dan
Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang. Apa komen
daripada mereka tentang dvd tu aku masih menunggu
jawapannya tika ini. Apapun aku ucapkan jutaan terima
kasih kepada mereka bertiga kerana secara tidak langsung
menyokong minatku ini. Terima kasih tidak terucap.
Yang paling tidak dapat kulupakan apabila manuskrip
Ratina kawanku kata cerita yang sudah ketinggalan
zaman. Dia gelakkan aku katanya pada kawannya
cerita Ratina ni seolah-olah tenguk TV hitam putih.
Aku cuma diam aje dalam luka. Tapi yang kelakarnya
kalau diizinkan Allah novel Ratina diterbitkan nanti
kulitnya hitam putih , aku tak hiraukan apa kata kawanku
tentang Ratina. Yang penting aku puas dengan duniaku
seorang penulis. Biarpun dia mentertawakan aku, aku
redha kerana itu haknya.
Yang pentingnya aku sudah membuat yang terbaik
dalam kerjayaku sebagai seorang penulis yang
telah menjadi darah dagingku sejak dari dulu hingga
ke akhir hayatku , Insya-Allah. Berkarya dan terus
berkarya kerana Sasteraku ! Duniaku!
Karya: Rhs NS
8 Mei 2011a few seconds ago ·
- (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
1 Febuari 2012
Tuesday, 31 January 2012
TERIMA KASIH DYMM TUANKU MUDARASULAIL ALASATAM KERANA SUDI MEMBERI SOKONGAN KEPADA HASIL KARYA PATIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment