Monday, 30 January 2012

"SIAPA ITU?" KARYA RADEN INU KERTAPATI



Maulana Jalaluddeen ar-Rumi bercerita;

Orang pergi ke pintu yg tercinta dan mengetuk. Suatu suara bertanya;

" Siapa itu?"

Ia menjawab, "Inilah aku."

Suara itu berkata, "Tiada ruang di sini untukku dan untukmu" Pintu di tutup.

Setelah 7 tahun dlm kesunyian dan kehilangan, orang ini kembali ke pintu Yang Tercinta lalu mengetuk.

Suatu suara dari dalam dalam bertanya, " Siapa itu?"

Orang itu berkata, " Inilah Engkau.."
Pintu di buka untuknya!
· · · about an hour ago

  • You and Eliz Mawar Putih like this.

    • Rabeah Mohd Ali
      JANGAN KUNCI PINTU CINTAMU

      Kenapa harus dikunci pintu cintamu
      izinkan aku mengetuk
      mengucapkan salam sejahtera
      duhai kasih yang kucintai
      izinkan aku bertahta di hatimu
      mencintaimu seikhlas hati
      menaburkan bunga-bunga
      cinta suci tanpa debunga pemalsuan.

      Mempelangikan hidupmu
      yang sepi dan suram
      ku akan bahagiakanmu
      sepanjang hidupmu
      percayalah padaku sayang
      cintaku sepenuh hati
      tanpa ada kecurangan
      aku bersumpah setia padamu
      untuk memadu cinta
      di dunia hingga ke Syurgawi.

      Nanti cinta kita
      bersulamkan kasih dalam iman
      usah diragui cintaku lagi
      kutunggu hatimu terbuka untukku.

      Jika tiada realiti cinta kita
      bermimpilah aku bahawa kau membalas cintaku
      itupun sudah memadai untukku
      menagih cintamu tak kesampaian
      kau bukan milikku...
      aku pasrah dan redha.

      Karya Rha NS
      1 Januari 2011

      27 minutes ago · · 1



  • (PETIKAN DARIPADA KUMPULAN PUISI ILAHI)
    30 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;