- ~~~BERTUAH~~~
Duhai adikku
pernahkah kau merasa bertuah
dalam hidupmu ?
bangun pagi...setiap hari
kau bisa menghirup udara percuma
kurniaan Allah yang Maha Pengasih
Ketika dini hari
kau masih boleh melihat
suria tersenyum memancarkan sinarnya
masih boleh mendengar kicauan burung
dan unggas
kau masih boleh mencium
pipi ibu dan ayah tercinta
tidakkah itu dikira sebagai bertuah ?
Duhai adikku
mungkin hari ini
kau merasa malang tiada berkasut
seperti yang diimpikan
tetapi...ada insan yang lebih malang
tiada berkaki
mungkin hari ini
kau merasa malang ditinggalkan bapa
tahukah kau...mungkin...ada insan lain
yang lahir tiada berbapa ?
mungkin hari ini kita merasa miskin
dan serba kekurangan...
tetapi...masih ada insan
yang tiada punya apa-apa
Hidup perlu disyukuri adikku
bak kata pepatah...
jika kita tidak dapat apa yang kita suka
kita kena suka apa yang kita dapat
kerana...hanya Allah yang mengetahui
rahsia pemberianNya
syukurilah segala nikmat
yang diberiNya
patuh dan beribadatlah kepadaNya
hadapilah segala ujian dengan tabah
dan sabar...
positifkanlah fikiranmu dik...
kerana Allah...tidak akan membebankanmu
dengan apa yang tidak mampu
ditanggung olehmu
Liz~~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment