Wednesday, 1 February 2012

KUNJUNGAN DYMM TUANKU MUDARASULAIL ALASATAM MENCEMAR DULI KE SELURUH MALAYSIA


  • Kunjungan Tuanku mencemar duli ke seluruh Malaysia melawat sahabat sahabat yang Tuanku kasihi Tuanku mulakan dengan langkah Bismillah melangkah ke Utara,Timur dan Selatan. Amin semoga perjalanan ini menggamit memori indah.


    · · 18 hours ago near Pulau Tikus, Pulau Pinang ·

    • You and 24 others like this.

      • Rabeah Mohd Ali Semoga kunjungan Tuanku mencemar duli ke seluruh Malaysia di samping mengeratkan talisiraturrahim dengan semua sahabat yang Tuanku kasihi Diberkati Allah SWT . Amin Ya Rabbal A'Lamin.
        18 hours ago ·

      • Puteri Delima Sari Alhamdulillah kunjungan yang penuh dengan kenangan-kenangan terindah di sini...
        17 hours ago · · 1

      • Syima Ima wow
        17 hours ago ·

      • Rabeah Mohd Ali Kunjungan Tuanku mencemar duli,
        Mengunjungi Malaysia bertemu sahabat dikasihi;
        Selamat datang Tuanku Mudarasulail yang dikasihi,
        Kunjungan Tuanku sentiasa dinanti menyatukan talisiraturahimi.

        17 hours ago · · 1

      • Ridhwan Rahim Semoga Lawatan Tuanku Mencemar Duli ke Utara Diperkenan dan Dipelihara Allah Taala..Warga Utara mengucapkan Selamat Datang Ke Pada Dymm Tuanku Mudarasulail Alasatam
        14 hours ago ·

      • Rabeah Mohd Ali Bersempena Kunjungan Tuanku Mencemar Duli Ke Seluruh Malaysia izinkan patik mengirimkan gurindam dan pantun bertemakan Ikatan Antara Rakyat Dan Raja-Raja Di Seluruh Malaysia Yang Tercinta sebagai cenderahati daripada patik di sini.

        GURINDAM ANTARA RAJA DAN RAKYAT JELATA

        Ampun Tuanku Sembah Patik Harap Diampun
        Di sini patik mengucapkan jutaan terima kasih
        yang tidak terhingga kerana kesudian Tuanku
        membalas Kad ucapan Hari Raya Aidilfitri dan
        Ucapan Kemerdekaan Ke-54 negara tercinta

        Terharu rasa hati patik tak dapat hendak
        diungkapkan dengan kata-kata kerana
        siapalah patik...
        Tapi itu semua tidak Tuanku pentingkan

        Terbukti sudah ke semua Raja-Raja Di Malaysia
        begitu prihatin dan sayangkan semua rakyat baginda
        tidak sama sekali membeza-bezakan
        siapa pun rakyat, baginda terima dengan kasih sayang
        antara Raja dengan ke semua rakyat baginda

        Selama ini yang ada di benak pemikiran rakyat
        Antara Raja-Raja dengan rakyat ada jurang perbezaan Darjat Kebesaran
        Kerana ada rasa jurang perbezaan Darjat Kebesaran hubungan rakyat dengan Raja renggang
        Hakikatnya tidak begitu duhai rakyat Malaysia!

        Hati nurani semua Raja sememangnya mengasihi rakyat jelata tanpa ada rasa membezakan siapa pun rakyat yang menaungi negeri jajahan baginda rela berkorban demi rakyat dan negara tercinta!

        Kesusahan rakyat dan derita rakyat baginda terpanggil untuk menghulurkan bantuan
        Negara ditimpa bencana alam ...baginda turut merasai penderitaan rakyat yang ditimpa musibah baginda bantu terdaya mampu ,kesusahan rakyat kesusahan baginda juga

        Kesempurnaan hidup rakyat dan kesejahteraan negara tercinta ini sentiasa diikuti dan dalam perhatian semua Raja-Raja

        Bilamana rakyat dan pemerintah tidak bersatu hati tentunya kegusaran di hati baginda Sultan kerana hanya yang difikirkan melainkan keamanan negara tercinta!
        Baginda mahu tiada jurang antara rakyat, pemimpin dan Raja

        Ampun Tuanku Daulat Tuanku
        Sembah patik harap diampun
        Semuanya bersatu hati mengekalkan Kemerdekaan Negara Tercinta

        Makanya keamanan negara tercinta ini
        sentiasa dalam perhatian semua Raja-Raja di Malaysia

        Semangat patriotik Ke Bawah Duli Tuanku
        Amat rakyat jelata kagumi
        Rakyat jelata bersumpah setia dan
        Akan taat setia kepada ke semua Ke bawah Duli Tuanku
        Keprihatinan ke Bawah Duli Tuanku kepada semua rakyat di Malaysia
        Amatlah membuatkan ke semua rakyat jelata terharu dan menghargai
        kasih sayang Ke Bawah Duli Tuanku kepada semua rakyat jelata

        Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Ke-54
        Malaysia Negara Tercinta ini ..Rakyat Malaysia kesemuanya mengaku
        akan taat setia kepada ke semua Raja-Raja Di Malaysia sepertimana
        Yang termaktub dalam Rukun Negara Yang Kedua ,
        "KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA"

        DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!
        MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

        Karya Rha NS
        13 September 2011
        (Diilhamkan Bersempena Meraikan Sambutan Hari Malaysia &
        Kemerdekaan Malaysia Ke-54 Pada 16 September 2011)

        10 hours ago ·

      • Rabeah Mohd Ali PANTUN PERTABALAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14

        Sekalung tahniah di atas pertabalan,
        Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
        Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
        Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

        Yang di-Petuan Agong ke-14 berjiwa rakyat,
        Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
        Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
        Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.

        Masalah rakyat masalah baginda juga,
        Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
        Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
        Pengorbanan Tuanku membuatkan rakyat rasa terharu.

        Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
        Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
        Rakyat sentiasa berterima kasih,
        Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.

        Agong kami Raja yang penyayang,
        Sayangkan rakyat sayangkan negara;
        Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
        Saling bantu membantu demi negara tercinta.

        Raja dan rakyat berpisah tiada,
        Sehati sejiwa mempertahankan negara;
        Rakyat 1Malaysia mempertahankan institusi di-Raja,
        Raja-Raja sentiasa di hati rakyat 1Malaysia tercinta.

        Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

        Karya Rha NSl
        13 Disember 2011
        (Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV Sultan Abdul Halim Muadzam Shah)

        10 hours ago ·

      • Rabeah Mohd Ali PANTUN SULTAN-SULTAN & TYT KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA TERCINTA

        Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Agong berwibawa,
        Memerintah negara adil saksama;
        Rela berkorban demi rakyat tercinta,
        Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

        Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
        Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
        Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
        Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.

        Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
        Kepentingan rakyat amat dirasai;
        Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
        Sejak generasi dahulu hingga kini.

        DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
        Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
        Budi disemai Allah berkati,
        Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

        Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
        Kebajikan rakyat amat diutamakan;
        Bertuah sungguh rakyat Pahang,
        Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

        Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
        Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
        Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
        Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

        Pemangku Sultan Kedah amat dihormati,
        Menabur budi tidak terhingga;
        Ke mana pergi rakyat mentaati,
        Rakyat Kedah amat berbangga.

        Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
        Kepentingan rakyat amat dijaga;
        Masalah rakyat diberi perhatian,
        Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

        Sultan Kelantan berhemah tinggi,
        Memerintah Kelantan adil saksama;
        Rakyat Kelantan takkan rugi,
        Raja dan rakyat berkerjasama.

        Negeri Terengganu pesat membangun,
        Di bawah pemerintahan Raja penuh kebijaksanaan;
        Tuanku Mizan suka beramal kebajikan,
        Kepada rakyat Terengganu tidak pernah dilupakan.

        Bertuah sungguh rakyat Sabah,
        Punyai TYT yang amat memahami;
        Denyut nadi rakyat Sabah,
        Maju Sabah dan dihormati.

        TYT Negeri Sarawak baik budi,
        Semua rakyat Sarawak menyayangi;
        Tutur kata sebaik budi,
        Akan dikenang hingga ke mati.

        Melaka negeri penuh bersejarah,
        Diperintah oleh TYT yang berkarisma;
        Ramai pelancong datang berhijrah,
        Menjadi Pusat Perlancongan Sejarah yang ternama.

        Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Abdul Rahman Abbas,
        Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang;
        Berjiwa patriotik dan berhati ikhlas,
        Memerintah Pulau Pinang penuh kasih dan sayang.

        Karya Rha NS
        25 Disember 2011

        10 hours ago ·

      • Rabeah Mohd Ali Semoga Dymm Tuanku Mudarasulail Alasatam sukacita menerima kiriman gurindam dan pantun bertemakan Raja 1Malaysia ,TYT dan Rakyat 1Malaysia daripada patik sebagai kenangan terindah untuk Dymm Tuanku dan rakyat Dymm Tuanku yang tercinta.
        10 hours ago · · 1



    • (PETIKAN DARIPADA WALL DYMM TUANKU MUDARASULAIL ALASATAM)
      1 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;