Monday, 30 January 2012

ADUHAI... DUNIA INI HANYALAH YANG KULIHAT


  • Aduhai....
    Dunia ini hanyalah,
    apa yang aku lihat.....
    sedangkan akhirat,
    adalah apa yang disingkap....
    Dan aku...
    diberikan sesuatu,
    yang tak dapat ku gambarkan,
    langsung aku kehairanan,
    namun semua itu telah dijelaskan,
    meski ku tau hanya dikemudian...

    Manakala...
    ikhlaslah aku dengan 'irradah' ku,
    kerna Tuhan akan menggendengku,
    membuatku berjalan,
    bersama 'qadar' Nya,
    dan langkah-langkahku,
    semakin panjang,
    menyusuri kehidupan...
    Ku palingkan telingaku,
    terhadap apa jua,
    buruk sangka dan kenistaan,
    demi sebuah keikhlasan,
    yang ku pertahankan....

    Biarlah ku ditimpa kemusnahan,
    asal disekitarku ada kerahmatan,
    kerna andai ada peruntukan,
    'au-lawhul mahfuz' telah tertuliskan....
    Andai nanti ku meningkat usia,
    tidaklah aku khuatirkan,
    kerna itu tandanya 'kehampiran',
    pada 'Sang Raja' yang punya kekuatan....
    Meski zahirriyah tampak lemah,
    batiniyah bertambah kekuatan,
    tulang temulang semakin lesu,
    dan kulit ketipisan,
    namun sirr ku kewaspadaan,
    itulah rasa kepuasan,
    yang tidak terbandingkan.....
    See More
    — with Rimba Bara and 30 others.
    · · · 3 hours ago ·

    • Ayahanda Chik and 29 others like this.
      • Raden Inu Kertapati ‎..................
        3 hours ago · · 1
      • Alief Thayank Bunda tak pernah jemu baca puisi akak...
        sungguh menyejukan jiwa....
        petang akak
        3 hours ago · · 2
      • Diari Amirdza met petang dik Alief.....^_^
        3 hours ago · · 1
      • Arms Ganu WI tq sis ^_^
        3 hours ago · · 1
      • Chinta Aqu Sungguh menyusuk di kalbu ku
        3 hours ago · · 1
      • Aisha Zamrie tq sweet heart...
        3 hours ago · · 1
      • Alief Thayank Bunda tq akak syg...
        mizz u
        3 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali ULAT ROH

        Semua orang pasti mati
        tak tahu bila masanya
        akan mati
        mahu tak mahu pasti tempuhi juga
        muda atau tua
        pasti mati
        aku tak terkecuali
        pasti mati
        adakah aku takut?
        Ya ...aku takut
        kalau matinya aku
        tanpa bekalan
        kalau aku yakin ada bekalan
        tapi aku tetap takut
        takut bekalan yang kubawa
        tidak diterimaNya
        lalu aku dicampakkan ke Neraka
        itulah yang kutakuti
        bukan aku takut mati
        aku takut...aku takut bekalanku tak diterimaNya nanti.

        Apabila mati...
        Jasadku tentu membusuk
        dimakan jutaan ulat
        jika itu hukum alam
        aku redha
        tapi jika amalanku
        dimakan ulat-ulat rohku
        macam mana?
        Allahu Akbar
        merana rohku
        merana yang tak tertebus!
        Nak menangis pun tak berguna
        jasad dah hancur dimakan ulat
        tangisan roh percuma saja.

        Ya Allah ... aku rela jasadku dimakan ulat
        tapi aku tak mahu amalanku dimakan ulat-ulat roh
        tolonglah Ya Allah kasihanlah aku
        izinkan aku melakukan amalan ikhlas semata keranaMu
        agar ianya menjadi
        bekalan yang Kau terima
        dan jauhkan bekalanku dimakan ulat-ulat roh.
        Amin Ya Rabbal A'Lamin.

        Rha NS
        30112
        3 hours ago · · 2
      • Farid Sham selamat petang maknyer.. tq for tag.. kabare?
        2 hours ago ·
      • Zainaldin Zainal tkaseh
        2 hours ago ·
      • Puan Seri Zulia thanks..:)).
        about an hour ago ·
      • Pangestu Kurnia Endang THANK U Kak Diari Amirdza
        selamat malam
        about an hour ago ·
      • Nurfiz Nataysha Nabilla tQ ♥
        about an hour ago ·
      • Zuraini Zulkifly suka sgt2 .....ilhammu sentiasa ada kepuasan....,tenang jiwaku bila meneliti bait2 ayat...Diari Amirdza ^_^
        23 minutes ago ·
    • (PETIKAN DARIPADA WALL DIARI AMIRDZA)
      30 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;