Tuesday, 31 January 2012

KEHAMPAAN KARYA PUTERI CENDANA

  • UPDATED POSTS
  • KEHAMPAAN

    Kehampaan
    telah menyelinap
    di setiap ruang diri
    telah kuintai kasih
    dalam luhur budi
    yang kudapati
    sisa-sisa emosi diri
    yang hancur
    dilumat lebur
    tanpa kesejatian yang luhur.

    Gemersik rindu semalam
    telah menjadi bahang api
    yang menyala
    ke segenap ruang diri
    lalu membakar rindu
    hingga terbelenggu aku
    di dalam aku..

    ~~Puteri Cendana~~
    ~~01.02.2012~~
    · · · 26 minutes ago

    • You and 2 others like this.

      • Raden Inu Kertapati uittt??....
        12 minutes ago ·
      • Rabeah Mohd Ali Pabila aku terbelenggu di dalam aku...
        aku terus kaku ....membisu tanpa suara tanpa hati
        lalu aku makan hati....hati...hati...setiap hari...
        terpaksa relakan kau pergi dalam keikhlasan bermunajat padaNya
        membenarkan cinta kita menyatu dalam restu!
        2 seconds ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA KUMPULAN PUISI ILAHI)
      1 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;