Sunday, 29 January 2012

MOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG TAHAN DIUJI


Bayang Amirdza.....
sesegar embunan,kasihku padamu semakin mekar....
143.... — with Bayang Amirdza.
· · · 8 hours ago ·

  • Diari Amirdza and 18 others like this.
  • 1 share1 share
    • Zarina Rohani cantiknye......
      8 hours ago · · 1
    • Aisyah Teh takkan layu walau pn apa jua rintangan yang menduga..
      8 hours ago · · 1
    • Diari Amirdza amin....♥
      8 hours ago ·
    • Fizol Shawn I like····
      8 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali MOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG TAHAN DIUJI

      Merah itu warna
      Warna itu merah
      Merah itu darah
      Darah itu pekat
      Jangan buat naik darah
      Jangan buat darah menyirap
      Kerna itu punca darah tinggi
      Punca cepat mati

      Darah....darah....darah..
      Merah,,,merah...merah...

      Engkau marah
      Aku marah

      Api pun menyala-nyala
      Hati terbakar
      Terbakar segala amalan

      Perang mulut
      Semua keluar apa dipendam di hati
      Bagaikan memuntahkan lahar membara-bara

      Menggelegak-gelegak merah menyala-nyala
      Kata berdasarkan nafsu hati yang tak takut mati
      Macam hidup seribu tahun lagi

      Pabila orang diperang tewas tersungkur
      Suka...gelak kerana menang besar
      Tapi tak tahu hukum karma menanti pasti

      Api menyala-nyala
      Menggelegak bagaikan bara
      Rasalah balasan api neraka akibat marah tanpa usul periksa!

      Justeru samalah kita tarbiyah diri sendiri
      Supaya tidak marah-marah
      Supaya sabar atas dugaanNya
      HambaNya yang tak henti diduga
      Allah sayangkanNya

      Moga kita terpilih menjadi hambanya
      Yang tahan diuji
      Diterima dalam redha
      Demi mendapat redhaNya
      Tika hidup dan mati
      Amin Ya Rabbal A'Lamin

      Rha NS
      29 Januari 2012
      6 hours ago · · 1

  • (PETIKAN DARIPADA WALL DIARI AMIRDZA)
    29 Januari 2012 

0 comments:

Post a Comment

 
;