Wednesday, 1 February 2012

WARKAH ISTIMEWA UNTUK DYMM TUANKU MUDARASULAIL ALASATAM

  • WARKAH ISTIMEWA UNTUK DYMM TUANKU MUDARASULAIL ALASATAM

    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh
    Dymm Tuanku Mudarasulail Alasatam
    Ampun Tuanku Sembah Patik Harap Diampun,
    Izinkan patik mengarangkan syair pantun gurindam dan seloka
    Untuk santapan minda Dymm Tuanku Mudarasulail Alasatam dan
    dikongsi bersama rakyat jelata.

    Patik berkarya kerana menghargai Kurniaan dariNya pada patik
    Anugerah darinya patik syukuri dalam syahdu dan sendu
    Tiada patik harapkan sanjungan melainkan redhaNya dan cintaNya
    Moga menjadi bekalan akhirat setelah patik tiada nanti
    Sokongan Dymm Tuanku amat patik hargai dan sanjungi
    Terharu rasa patik tak dapat hendak diungkapkan dengan
    kata-kata bertambah semangat patik untuk mengarangkan
    pantun syair gurindam istimewa untuk seluruh Raja Melayu
    samada dongengan atau realiti Tanpa izinNya...
    patik tidak dapat mengarang kisah-kisah diRaja kerana
    siapalah patik hamba yang tak sempurna .
    Moga dengan izinNya patik dapat menghidangkan syair pantun
    gurindam dan seloka dengan jayanya.

    Moga Dengan izinNya juga Allah sampaikan kiriman karya-karya
    patik di angin lalu untuk Dymm Tuanku Mudarasulail Alasatam...
    Moga Dymm Tuanku sukacita membaca karya-karya patik dan
    terhibur hati hendaknya.

    Jika ada kekurangan keindahan bahasa diRaja ampunkan patik
    kerana patik kurang mahir berbahasa istana tapi patik cuba sebaik
    yang mungkin agar ianya menjadi lebih sempurna dan indah Insya-Allah.

    Didoakan semoga Dymm Tuanku DiRahmati Dan DiRedhai Allah
    dari dunia hingga akhirat. Amin Ya Rabbal A'Lamin

    Ampun Tuanku,

    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
    Patik Rabeah Mohd Ali @ Rha NS
    31 Januari 2012
    · · Yesterday at 9:24am


      • Dymm Tuanku Mudarasulail Alasatam Amin Yarabbal Alamin.dengan Kurnian Allah yang Maha Esa semoga yang menzahirkan pantun dan seloka ini akan dimuliakan oleh Subhana Allahu Taala.
        Yesterday at 1:46pm · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin
        Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar
        Yesterday at 1:52pm · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dymm Tuanku kerana sudi membaca pantun dan seloka karangan patik dan dengan sokongan Dymm Tuanku bertambah semangat untuk patik terus berkarya sehingga terhenti nafas terhentilah pena.
        Yesterday at 1:56pm · · 1

    • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
                                                &
      (WALL DYMM TUANKU MUDARASULAIL ALASATAM)
      31 Januari 2012
  •           

0 comments:

Post a Comment

 
;